05/07/2013

dikuasai penyakit M

assalamualaikum...

betapa malasnya daku ketika ini. pakaian masih belum berpacking walhal tinggal esok sehari je lagi masa then lusa mau flying without wing sudah. memandangkan ini may be akan jadi entri yg last daku bertabah jugak gagahkan jari jemari supaya menaip. confirm this blog will sunyi sepi sepanjang daku di kampung. redhalah dikau wahai blog mempunyai tuan serupa daku.

satu hape pun tak usik padahal esok dahlah ada kenduri kat rumah mak long. dalam hati ni asyik cakap ' alaa...jap je kot nak packing barang. bukan banyak mana pun nak bawak balik. ' lagilah malam nanti bebudak tuisyenlah, nak rendam beras pulutlah...konon encik azhar nak makan pulut kuning. siap nak tempah bagai lagi. toksah duk membazir sangat boleh tak? meh sini bini mithali buatkan. walhal haram tak penah buat pulut kuning tapi dah laki teringin sangat nak makan kita terai buat. jadi tak jadi belakang kira. pasrah.

adeeb dah setahun lebih. sudah berlari pun. tapi masih lagi suka jatuh jatuh pasal gopoh sokmo. tapi dia jarang nangis kalau jatuh and biasanya dia akan bangun balik dan sambung melasak. kalau layan dia main kita yang terlebih penat dan berpeluh. pi pizza hut hari tu siap merangkak sepanjang meja. lagilah naik tocang dia bila datuk memang layan kerenah cucu biaq pi depa nak main apa. sil perasan muka saya dah berubah terus tegur fil and bagi adeeb duduk dalam baby chair. maunya tak geram kan fenat lagi tu nak layan dia. adess... gigi pulak ( sorry ittew takde snap picture gigi anak nak upload tat cini. ) dah ada sepuluh batang. geraham dua kat bahagian bawah yang dah keluar. tapi yg sakit hatinya kalau time nak gosok gigi serupa macam nak kena dera dia punya meraung taknak gosok. geram betul. macam berkungfu kami dua veranak dalam bilik ayaq tu noo..

so, lusa memang confirm nak singgah rumah mell. dah ready gift untuk syukrii ali. kami akan singgah terus lepas sister pick up kami kat airport. mula plan nak pi malam tapi risau takut terlewat plus tak jumpa jalan jadi kami tukar plan. hopenya tak mengganggu tuan rumah ler. hihi. jangan lupa buat kek yang sedap. buat banyak banyak hokey! hakhakhak. jangan mare gurau saja. chill!

oklah, daku mau offline sudah. tu setambun barang minta dipacking. bertabahlah kemas dengan si pengacau kecil nih. T__T. insyaallah andai panjang umur berjumpa lagi. ampun segala salah silap terkasar perkataan sepanjang blogging. jangan simpan dendam. ( bajet ada yg baca belog ) SELAMAT BERPUASA!

02/07/2013

naluri keibuan ini

tajuk agak menggelikan ye. hihi. first time dalam satu hari ada tiga post yg saya update. hormon rajin tengah aktif. okey straight to the point.

saya kan baru pi melawat jiran sekampung bersalin so semangat berkobar kobar nak anak kecik lagi. alalalala...geram kan tengok baby kecik yg still merah merah, asyik tidur siang. geram betul tengok. semoga ada rezeki untuk kami lagi. insyaallah. so, bila dah tengok orang baru bersalin topik perbualan pun banyak pasal beranak je lah kan. cerita pengalaman masing masing. mil pun terkeluar cerita pasal adeeb masa baru lahir yang terbelit tali pusat dan semua semua tu. jiran punyalah terkejut bila saya kata doctor tak bedah tapi saya bersalin normal.

then dia keluar cerita yang kawan dia pun sama kes dengan saya. tapi bezanya anak kawan dia meninggal. rasa nak nangis saya dengar. dan dan jiran tu cakap doctor ni kadang kadang main agak je. dah orang tu tak sakit, tak keluar tanda cek la detail sikit whats the problem kan. ni yakin yakin je baby kat dalam perut sihat walafiat. macamlah kita boleh nampak. cubalah masa mum pi serah diri tu rajin rajin scan perut dia orang. bukannya dia orang tak bayar bil hospital. cas je lah masa nak keluar tu.

sejak jdi ibu memang cepat sangat tersentuh kalau hal hal yg melibatkan anak ni. tambah pernah lalui pengalaman pahit lagilah touching kalau nampak gambar gambar baby sakit. contoh macam arwah adam syukri dulu tu. sedih sangat. macam manalah ibu dia lalui semua tu. semoga arwah bahagia di syurga. kadang kadang saya ni garang jugak dengan anak. tambah kalau badan terlampau penat campur stress lagi anaklah yg jadi mangsa. tapi lepas tu saya yang nangis balik sebab bodoh sangat marah anak yg tak tahu apa apa. rasa berdosa dengan anak. semoga Allah tingkatkan kesabaran saya. amin.

anda anak pemancing bukan pemain golf okey!










minggu last di labuan

assalamualaikum.

berapa hari lagi ye nak fly? alhamdulillah masalah jerebu sudah pulih. hati dah tak risau dah. semangat berkobar kobar nak balik terengganu. kalaulah husband pun nak berhijrah alangkah indahnya dunia. wuuu... mak cakap abah dah belikan tiket bus untuk mak, ayadi dan ari ke kuala lumpur. me pulak belum print lagi tiket flight. tak pelah nanti mintak sil check in terus and print boarding pass je. so tak yah nak kelam kabut sangat pi airport awal awal. pepun still kena cepat ahad nanti sebab nak urus bagasi masuk cargo. ada satu kotak besar yang penuh dengan tupperware dan satu beg pakaian. satu beg baby mama hand carry bawa naik flight. standby diapers adeeb takut poo poo dalam flight. as always. sedih jugak nak tinggal husband tapi kuatkan semangat.

malam jumaat lepas, keluar dengan sil and cousin siti. kami pergi makan makan dekat marry brown. then singgah parkson beli hadiah untuk baby jiran baru lahir. semangat anak dia. lahir 3.11kg. anak number dua. tapi menurut ibunya jaundis beberapa hari jugak. semoga baby Adli Zafran menjadi anak yang soleh. Aisy Qaleef baru 1 tahun 10 bulan dah jadi abang. seronoknya. Adeeb masih belum ada rezeki nak bergelar abang. insyaallah, ada rezeki nanti adalah. 

ahad lepas pulak husband ada pertandingan memancing. tapi dapat saguhati je number 17. bolehlah. balik jugak modal bayar yuran rm10. hihi. so, petang tu bawak adeeb pi airport. makan kat macdonald. oh ya, kat labuan ni, macdonald memang ada kat airport je. mama sempat shopping sepasang kasut flat untuk balik nanti. memang dah lama tak sarung heels,wedges sejak kahwin. kasut hantaran kahwin dulu pun jarang pakai. yelah, sebulan kahwin terus pregnant, pah tu beranak pulak. ada anak kecik yang aktif ni berangan ajelah nak melaram dengan kasut tinggi. kot terpeleot  time kejar anak tak ke haru kan? redha sajelah.

malam tadi satu famili dinner kat luar. sebab celebrate birthday sil semalam. on the way, along tanya fil kat mana nak dinner ni then fil jawab pizza hut. down terus semangat aiols. dan dan rasa nak lompat ikut tingkap pajero dan nak balik. terus rasa nyesal ikut. uwaa...tak suka makan pizza. napelah they all ni suka sangat makan western food ni i pon tak paham. husband lagilah dia memang cukup tak suka pi pizza. jemu katanya. along pon terus mengomel like eeiii...suka sangat pizza. makan nasi lagi kenyang.... hihi.. me dalam hati memang setuju sangat dengan kata kata along. tapi kita follow je selera birthday girl ok. kan birthday dia.. so biarlah dia makan apa yang dia nak. special day la katakan.

tak sabarnya tunggu ahad ni. jiwa dah berada kat kampung kot. jasad je kat sini. hihi. hurmm...sape kata tak sedih nak berjauhan dengan suami? of course lah sedih. kalau boleh setiap saat biar bersama sama. bukan senang nak lalui semua ni. tapi Allah je yang tahu apa yang bersimpang siur dalam hati. kalau orang cakap ....ehh tengok ceria je macam tak pernah ada problem pun? apa aku harus menangis dan meratap mengeluh setiap masa? camtu? apa aku mesti cerita kat satu dunia masalah aku?  begitu? motip? nak mintak simpati? sorrylah because im not that type. jangan pernah persoalkan tentang kehidupan orang lain. sebab kita sendiri pun tak akan suka orang menyibuk hal kita.

moga adeeb behave dalam flight. dua jam setengah tu lama jugak. kalau dia tidur lagi bagus. doakan semua berjalan lancar. amin.