27/02/2016

Pengalaman bersalin anak kedua

Hi blog. Dah lama nak share kisah beranakkan huda. Tapi gitulah. Aura nak mengarang tu taknak mai. Haha.

Oklah, alkisah...

Malam 27 jan 2015 dalam pukul 11 lebih si adeeb bocor. So macam biasalah bangun tetiba rasa iols pun bocor. Haha. Rasa basah2. Ehh...air apakah ni. Dah dupdap dah pasal dah overdue dua hari. Sebab kita dah ada pengalaman melahirkan jadi kita automatik tahu okehh thats the tanda nak bersalin. Tapi buat biasa je sbb tak banyak pun..sikit je. Sakit pun takk.. so tukarlah pampers adeeb semua then baring balik. Pastu i text husband *shift malam* cakap dah kuar ni tanda nak beranak tp x sakit pun. So rilex..cool.. husband tnya nak g spital tak saya cakap takpalah..tunggu la dulu mcm mana. Ok.

Saya pun tido macam biasa..dalam kol 5 pagi 28 jan 2015 saya terjaga dan mula rasa contraction. Tapi buat x tahu je sbb tak kuat..tak kerap lagi.. xpalah tunggu suami balik keje lah. Dalam kol 8 pagi saya cakap kat mak, rasa nk g spital dah ni sbb ada kuar tanda malam td n dah sakit. Mak tanya sakit banyak ke sakit sikit? Saya kata baru sakit gitu2 je. So mak kata tak payahla pegi lagi. Tunggu sikit lagi..ok.

Husband balik keje tanya nak g tak spital saya kata nantilah sbb contraction tak kuat mana lagi. Macam mild je..so husband kata dia nak tido jap kalo rasa nk g spital cepat2 bagitahu. Ok!

Dalam kol 11 pagi tetiba nangis kat bilik. Sakit makin kerap tp masih bertahan..nangis tu pasal hati ni duk risaukan adeeb. Tak pernah kami dua beranak berpisah. Apatah lagi nak tido tanpa antara satu sama lain. Mmg duk risau adeeblah. Haha. Dalam kol 3 petang sakit dah kuat, mak abah suruh pegi hospital dah..jangan tunggu dah.. so kami pun pergilah ..

Kisah kat labour room...tunggu next entry.. tata!

posted from Bloggeroid

18/02/2016

Zaman kanak kanak

Hi blog.

Tadi abang long hantar satu video kat grup adik beradik kami. Wuuhuhu.. sedih tengok. Rindu sangat dengan zaman kanak2. Bila tengok balik kat mana diri kita sekarang ni terasa macam wahhh...!seberapa pantasnya masa telah pun berlalu. Sedihnya.. tak sangka..dn tak terasa pun..dh lama sgt tinggalkan zaman hingusan.

posted from Bloggeroid

16/02/2016

Resepi donat tanpa telur. Mudah lagi sedap.

Hi.

First time saya nak share resepi ni. Resepi donat je pun. Hihi. Actually lama dah tangguh nak buat. Mula2 saya demam..pas tu ameena hat demam. Time ameena demam tu jadi leceh habis semua keja tak leh buat.

Resepi ni saya olah sendiri je pas google sana sini.. jumpa byk resepi then saya gabung2 jadi ler resepi saya yg memang cukup sesuai utk orang hat ada penyakit m ni. Hehe.

Bahan2.

1. Sepaket yis (mauripan)
2. Dua sudu marjerin
3. Dua sudu gula
4. Tiga sudu teh susu pekat manis
5. Air masak setengah cawan. (Suam2)
6. Tiga cawan tepung

Caranya

1. Dalam satu bekas, campurkan yis, susu pekat, gula dan air masak suam. Kacau rata jap then biarkan seketika.
2. Dalam bekas lain satukan marjerin dgn tepung. Gaul2 depa biaq mesra gitu.
3. Campurkan bahan2 dari bekas 1. Ke bekas 2. dan start uli doh sampai sebati elok bersatu depa semua.
4. Uli selama yg korang nak. Agak2 dah elok semua tak lekat kat tangan, biarkan doh tu. Tutup dengan towel lembab.
5. Dalam setengah jam doh dah naik, korang bolehlah start canai & terap ikut bentuk yg korang nak. Sebelum tu tumbuk2 doh tu sikit bagi angin keluar.
6. Goreng & gaulkan dengan gula. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba ya. Senang yg amat dan di jamin sgt gebu.

P/s : petua mak saya nak bg donat lembut uli selama mana yg boleh. Saya uli dlm setengah jam lebih gtu. X larat aihh sampai sado lengan i tau. Hihi


posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

14/02/2016

Quote pilihan


posted from Bloggeroid

09/02/2016

Al kisah Demam

Hi blog!

Saya demam selesema dah tiga hari actually. Tak tahu pasal apa demam kali ni sungguh pelik. Habis urat sendi rasa sakit, lenguh2 & macam bisa. Rehat time tengok tb pun ambik selimut. Pesal ntah sejuk semacam. Takut gak kut la kena denggi pasal sekarang musim dia. Tapi alhamdulillah cuma demam urat je. Huhu.

Tapi yg tak bestnya si Adeeb & Ameena dah terjangkit sama. Sian tgk hidung memasing merah. Hihi. Sorry ye anak2 mama.

Sejak beranakkan ank no. 2 boleh kata sebulan sekali wajib demam. Antibodi dah tak kuat. Tambah masih bf Ameena so nk ambik ubat pun x berapa berani.

Get well soon anak2. ♥♥

posted from Bloggeroid

05/02/2016

Pregnant Ameena Huda

Selamat pagi.

Pengalaman mengandungkan Ameena So far ok. Saya mengandungkan Ameena lepas suami berpindah dari Labuan ke Kemaman. Memang saya teringin sangat nak baby lagi time tu dan Adeeb pun belum masuk dua tahun time lekat and masih menyusu badan. Jadinya alhamdulillah sesungguhnya Allah Taala itu Maha Mendengar dan memakbulkan doa saya.

By the way, sejak awal pregnant tu macam dah rasa aku mengandung anak perempuan kali ni. Plus kita dah pernah mengandung jadi pengalaman seterusnya tu kita memang dapat beza. Suami pun berfirasat yg anak kedua kami girl. Hihi. Time tu saya paling sebuk cari nama.. excited la katakan. Haha. Tapi gitulah, plan nama lain bila beranak kasi nama lain.

Pregnant Ameena ni xda alahan teruk pun. Just loya nak termuntak time gosok gigi pagi2 je. Pahtu duk rasa bau suami apa pasal busuk. Rasa xmau dekat. Busuk je rasa. Haha. Tp alahan gitu je la. Makan memang selera sungguh. Pahtu ngidam nak makan betik. Merata abah tolong cari tp xdak. Last aida my bff tolong crikan dpt dua biji. Makannya sikit je padahal. Hehe buat syarat ngidam kata org.

Sepanjang pregnant Ameena hb low sgt. Paling tinggi 10 gitu je bacaannya. Jenuh telan segala benda nak bg hb naik tp x naik jugak. Makcik saya jauh2 dari rompin bawak peria...suami beli pati delima semua..tp hb tetap gitu. Mak kata biasalah..lain anak lain gayanya.. memang byk kali kena amik darah pregnantkan Ameena ni. Diabetes alhamdulillah takda.

First time jatuh time ngandung. Saya terduduk kat kerusi yg dh nak patah. Memang sakit sampai lebam peha besar tapak tangan. Jatuh terduduk bontot terhempas. Hehe. Tapi syukur kandungan kuat and takda apa2. Pregnant Ameena ni boleh dikatakan saya aktif.

Ameena lahir selepas 40 minggu 3 hari dengan kelahiran yg natural no induce. Best sangat sbb saya cari banyak ilmu time pregnant dia. Tak macam time adeeb pengetahuan zero. Macam2 saya belajar kat google..teknik meneran..penafasan.. plus sil suruh buat senaman kagel. Haha.. alhamdulillah selamat semua. Apapun, pengalaman bersalin kan Ameena saya nk buat entri lain. Sbb hari tu merupakan salah satu hari yg palinggg panjang pernah saya lalui dalam hidup ni.

Till then.

posted from Bloggeroid

04/02/2016

Corat coret

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat kembali medan nak tulis apa2. Rasa seronok dapat tulis blog walau x semenggah sapa ntah nak baca. Thanks mell sbb bagitau kita apps ni. Terus kita install. Hihihi.

Actually banyak sangat2 mende nak tulis kat sini. Nanti anak2 besar esok boleh depa baca tulisan mama diaorang ni. Hii. Bukan kisah apa pun kisah depa gak. Seronok rasa kalo kita dapat tahu apa mak kita dulu lalui liku2 nak besarkan kita. Tapi zaman dulu manalah ada semua2 ni kann..

Apa2 kita nk share satu persatu dln setiap entri mana hat kita masih boleh ingat. Cth la, peristiwa banjir, adeeb patah tangan, pengalaman mengandung dn bersalin anak second, my breastfeeding journey dan mcm2 lagi la. Satu persatu nanti kita abadikan kat sini. Hihi.

Niat dari hari tu lagi, kalaulah saya dapat log in my blog again i will share something yg bermanfaat. Taknak macam dulu sangat. Hehe. Dulu pengetahuan pasal bloggin pun cetek je kan. Jadi share pn mnde2 bodoh je. Haha.

Nantilah besok2 update lagi. Babai!

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Entri first 2017

Hi.

Just try. Xtahu la menjadi ke tak ni. Let say menjadilah kan, boleh la i upload selalu. Haha! Dulu kata nk buat blog mcm diari but since i move to kemaman, i dah x pernah bukak blog. Mcm ada problem nk bukak. Xpalah. Kalo ok guna bloggeroid ni bolehlah continue my story. Banyaaaakkkk sgt mende nk share utk kenangan masa depan.

Till then ya!

posted from Bloggeroid

Test

Testinh

posted from Bloggeroid

Test

Test