31/05/2013

kerajinanku.

dulu saya kalau boleh taknak orang tahu saya ada blog. tapi kini tidak lagi. taklah terlalu overexpose kata orang. cukuplah sekadar kalau ada yang tahu, tahulah. yang tak tu taklah kan. cuma kalau after this kalau orang mintak link saya bagilah kan. idoklah sampei tahap buek pengumuman dengan microfon " hello..hello... kunjungilah blog saya bla bla bla..." tu gila publisitimurahan namanya. kennn??

hari ni macam tak ada apa yang saya nak share just jemari ai halus mulus ( perasan ) rasa nak menaip. ni tak lain tak bukan hormon rajin tengah aktif.  hujung minggu since awal mei memang very the very me busy. sampai plan nak berpicnic pun tak on lagik. sebab takde masa yg suitable. tengoklah kut after birthday adeeb nanti. eh, saya takde gitau ke minggu depan yakni 9 june kami nak buat doa selamat sempena adeeb dan raihan dah umur setahun. buat sekali dengan majlis khatam quran. saya tak tahu nak sediakan dish apa. mertua nak buat laksa. adik ipar pula ada cakap yang dia nak tempah satay. saya?  dalam kepala ni adalah plan nak goreng ayam berempah. simple and easy kan? beselah, i ni slow sikit bab masak ni. haha. ada sudah saya tempah kek. mertua cakap tak payah kot beli kek.. tapi dalam hati saya menggerutu lah kan, hari lahir apa kalau takde kek. dah lah first time saya nak buat hari lahir anak. hihi.  takpelah kot diaorang cakap may be takde orang nak makan kek tu nanti. saya makanlah sorang sorang. haha. alala..potong je lah and bagi tetamu bawak balik kalau x habis. nanti nak paksa husband bawak i gi  bandar. nak cari goodies untuk budak budak yg datang. encik suami x habis habis ingatkan pasal kurma. eee...oràng tahulah. sibuk je. haha.

entri terpaksa dihentikan tetiba anak bujang i bangun. baru je dia tido dua puluh minit. grr!!

p/s: tajuk entri x related pasal terpaksa stop blogging. sila jangan marah.

28/05/2013

travel with adeeb

sebenarnya saya baru balik dari kota kinabalu selepas beberapa hari kat sana. alang alang cousin husband kahwin kami sempat la sambung cuti. and saya pergi dengan mertua. husband tak ikut. penat memang penat bawak anak kkecil berjalan tapi tak kan nak tinggalkan pulak. kalau ikutkan memang dah rancang lama tapi bila dekat tarikh nak pergi saya nyaris nak cancel ikut tapi tak berani nak cakap kat mertua sebab takut kena marah. hihi. kami menginap di homestay condo universiti di menggatal. memang selesalah kondo tu. da wifi, aircond, complete kitchen, swimming pool dan macam macam lah. not bad lah tinggal situ.

day 1, 23/05/2013.
kami naik feri dari labuan jam 8.30 am. sesak lah jugak memandangkan dah cuti sekolah. dari labuan menuju ke menumbuk lebih kurang dua jam.ni kali ketiga kot saya naik feri. pening kepala tengok laut. lagi la penat mengejar si adeeb bertawaf satu feri. jalan sana jalan sini maklumlah baru dapat kaki. berdukung dan berpangku taknak dia  sekarang. asyik nak berjalan je. tiba di menumbuk dalam pukul sepuluh lebih kami terus menuju ke kota kinabalu. my father in law yang driving. kami bertiga je. ops! empatlah termasuk adeeb. singgah di papar for lunch. tapi adeeb tidur so saya tunggu dalam kereta. sampai ke kk menuju ke menggatal jalan jem ditambah dengan hujan yang maha lebat. jdi kami sampai di homestay jam dua lebih. check in je terus masing masing mandi, solat dan berehàt. lepas maghrib kami berjalan jalan ke one borneo. memang besar la shopping complex ni sampai kami tersesat cari kereta parking kat mana. haha. nasib da bawak stroller kalo tak penat nak dukung adeeb.

day 2, 24/05/2013.
after breakfast kami menuju ke putatan. nak pergi rumah uchu dimana tempat kami sepatutnya berkumpul untuk sama sama bergerak ke masjid untuk acara akad nikah. lama lah jugak kami berkumpul kat situ memandangkan ada doa selamat dan jamuan kecil untuk familli. the best thing is i got something from uchu.actually uchu baru balik dari vacation kat london. so she give me one tshirt of course from london. one for me one for sister in law. thanks a lot uchu. oh ya, uchu tu mak saudara husband yang bongsu. orangnya sangat baik. anak anak dia semua bijak. yang lelaki bakal ke ireland kot. nak ambil medic. lepas jamuan kami berkonvoi ke masjid teluk likas. alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri. malam tu kami sekali lagi pergi ke one borneo and dinner kat pizza hut. sebenarnya say kurang sikit dengan makanan maacam ni. bagi saya tak kenyang and i still want nasi.may be orang kampung sangat kot saya ni. jadi tekak pun tekak melayu yang pandai telan budu belacan je. kalau tak kerana masuk dalam keluarga husband ni agaknya sampai mati kot x kenal pizza.haha. very the very orang kampung kann??

day 3, 25/05/2013.
dalam pukul sepuluh pagi kami ke wisma muis. sebab majlis persandingan diorang tempah kat dewan wisma ni. memang banyak protokol kan kahwin kat dewan. bagi saya kenduri kaat kampung lagi meriah. bagi saya lah. maybe bagi orang lain tak.si adeeb tak payah cakaplah. mana reti duduk diam. nak panjat stage lah, tolak kerusilah dan ada je kerenah dia yang menguji kesabaran mama. redha je lah dapat anak aktif terlampau. haha.nasib ada fil yang sudi tolong tengok tengokkan adeeb sama. kalau tak pengsan jugak mama sorang sorang. pelamin dia simple je tapi cantik. tema biru putih.kami pihak laki semua berbaju coklat.

day 4, 26/05/2013.
kalau ikutkan hampir semua yang bertolak balik hari ini. tapi kami belum sebab fil memang nak sambung cuti. kami sempat pergi ke tamu mingguan kota belud. memang besar la paar minggu dia tapi kebersihan tak tahu nak letak kelas ke berapa. sebab agak kotorlah. saya letak adeeb dalam stroller memandangkan dia tidur. dan saya sangat setuju yg stroller memang tak sesuai langsung kita bwak ke pasar minggu or tempat tempat like this. sebab orang ramai dan saya persa saya sorang je yg tolak baby dengan stroller.hihi. balik dari kota bvelud kami singgah tengok rumah terbalik kejap dekat tuaran kot. tapi kami x masuk just tengok dari luar je.

day 5, 27/05/2013.
last day. pagi pagi dah check out. tapi singgah jap kat kk sebab fil ada urusan kat cidb. lepas fil siapkann urusan dia kami singgah lunch dekat kimanis dan terus ke beufort. saja singgah beli buah. lepas berhenti solat dekat masjid kami terus ke menumbuk dan ambik feri balik labuan.

sebenarnya ni kali ketiga saya bercuti ke sabah. first masa anakdara dulu. masa kerja kat pejabat adun chukai. rindunya kehidupan zaman anak dara. huhu. second masa pregnant si adeeb kami bercuti kat kundasang then third baru ni dengan adeeb. antara ketiga tiga mestilah enjoy masa zaman solo dulu kan. hehe. tapi yang lain pun not bad lah jugak. tapi bila ada anak kecil memanglah penat. hihihi. apapun masih lagi undercontrol. haha. gamabr memanglah tak ada sebab saya tak ada camera. handphone pun handphone biasa yang tade camera. hihi. tab x bawak sebab husband x kasi bawak. so memang takde lah gambar. apapun kenangan telah terlukis di ingatan. cewahh..ayat jiwang karat penutup entri.

22/05/2013

saya muhasabah diri sendiri

pernah tak korang kenal seseorang yang kadang kadang suka cari silap korang? suka cakap lepas? suka sindir menyindir? tapi tetiba dia buat kebaikan pada korang hingga korang x mampu nak balas balik budi baik dia sampai mati sekalipun. pernah x? 

inilah situasi yang sedang saya lalui sekarang. saya rasa dia tak pernah suka kat saya. sampai kadang kadang saya tertanya apa ya silap saya pada dia. tapi dalam sekelip mata dia mampu menjadi seorang manusia yg paling memahami apa yg saya lalui. yg boleh menangis bersama sama saya. yg mendengar luahan hati saya. x tercapai dek akal saya kadang kadang dengan semua ini.

itulah manusia. Allah x jadikan kita sempurna. Allah mencipta kita berbeza beza. kenapa? Allah mencipta ada yg kaya ada yg miskin. kenapa? Allah mencipta ada yg bijak dan ada yg kurang bijak. kenapa? Allah mencipta ada yg sakit ada yg sihat. kenapa? kenapa? kenapa? sehingga kadang kadang kita khilaf. merasakan Allah itu tidak adil. subhanallah. selalu kita berburuk sangka dengan Penguasa seluruh alam. astaghfirullah. ampunkan dosa dosa ku ya Rabbi. walhal semua ini ada hikmah yang tersembunyi. supya kita saling melengkapi sesama kita. am i rite? 

kadang kadang perjalan hidup kita yg dah tertulis x seperti yg kita rencanakan. kita siapa nak menolak takdir? kalau x percaya pada qada dan qadar runtuhllah iman saya. kalau asyik nak menyalahkan takdir derhakalah sayavpada Allah. rasanya kalau diberi pilihan tiada orang yg nak ditimpa dugaan berat berat. tiada orang yg nak jalani hidup yg sukar.tapi siapa kita nak tolak   takdir? since kita belum dilahirkan lagi Allah dah tulis perjalanan takdir kita. selamat atau celaka kita semua dah termakktub dibawah kekuasaanNya. sebagai hamba wajib kite terima dengan sabar. bertaakal dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. jangan sesekali kita simpan dendam dengan takdirNya.

saya tulis entri ni sebab nak ingatkan diri. nak teguhkan iman.  semoga saya tergolong di kalangan manusia yang sentiasa berserrah diri pada Ilahi.amin. Allah x akan sesekali menguji kita sesuatu yg diluar kemampuan kita.ujian Ilahi tanda kasihNya keppada kita. jdi, bersyukurlah jika diuji.

20/05/2013

cita-citaku yg tersembunyi

dah lama saya nak kongsi tentang cita cita saya dengan korang. ramailah sangat korang tu kenn... tak kisahlah. huhu. dulu masa kecik kecik asal cikgu tanya je pasal cita cita mesti nak jawab cikgulah, doktorlah, polislah. macam tu je kerjaya yang ada dalam dunia ni. tapi tu lah kan. nama pun kanak kanak. itu je lah yang dapat difikirkan. hihi.

sebenarnya to be honest saya seorang yang tak ada cita cita yang tepat. i mean cita cita saya selalu berubah ubah mengikut peredaran masa. nak jugak tulis peredaran masa. apakah.? kalau kawan kawan saya kebanyakan semua dah set mind diorang nak jadi apa even ada yg tak menjadi cita cita mereka tapi x ada kot macam saya yg x tetap pendirian ni.

masa saya ikut PLKN pernah terpengaruh nak jdi tenterà sekejap. saya? nak jadi tentera? sangatlah tidak logik disitu. dengan sikap cengeng ni nak jadi tentrra memanglah agak tidak masuk akal dengan diri i yang is manja ini. then, saya ambil course sarjana muda kerja sosial di UUM. dan dan tu cita cita nàk jadi kaunselor. alahai.... apa la nak jadi. sungguh tidak trtap iman dihati. bila fikir fikir saya sendiri yang always adabkonflik dalaman dengan diri sendiri macam mana nak jadi kaunselorbkan. then saya ubah cita cita lagi. kali ni nak jadi lecturer pulak. pulak dah.

tapi bila dah bekerja lain pulak jdinya. saya pernah kerja dengan wakil rakyat. masa tu tekanan kerja ya Allah x tahu nak cakap macam mana. kerja saya lebih kepada politik. ikot dato sana sini. setiap kali dato turun melawat kawasan wajib kena ikut. kadang kadang kerja yang x logik pun kena buat. hal peribadi or famili dato pun kita kena involve. apakah? time tu sangatlah raasa diti dipergunakan. stress x payah cakaplah. selalu kena marah dengan p.a dato. dengan ketua penyelia, dengan penyelia lagilah. saya x tahu kenapa penyelia saya tu suka sangat marahsaya. memang dia tu jenis bajet gud gud u know. very thevery menyampah kat dia.  masa tu lah cita cita saya berubah terus. nak jadi bos pulak. pasal nak marah orang suka hati saya.nak rasa macam mana bestnya dapat marah orang x tentupasal kan.. haha. teruk betullah. akhirnya akibat trkanan kerja yg melampau, saya x tahan then saya berhenti. masa tu saya sedat. politik bukan bidang saya. saya sesekali x akan terlibat lagi dengan kerja kerja politik. ini janji saya.

ok baiklah. saya sedar yang saya ni  berjiwa sensitif lagi penyayang. ok silakan muntah. baldi ada kat tepi tandas.saya sangat menyukai kanak kanak. even budak tu x adorable sekalipun saya boleh jatuh sayang. x macam adik saya. duka budak budak comel je. kalau bidak tu x comel jangan haraplah dia nak suka. apa lagi nak cuit. nak cuim lagilah tak. ada jugak orang macam ni kan? hihi. saya pulak x kisah. asalkan budak tu bersih saya suka. x comel pun x pe. salkan nampak terurus. bukan nampak macam budak yg ibu dia x cakna. jadi sejak itilah saya simpan cita cita nak bukak taska. tapi xnaaklah jadi pengasuh. nak jadi owner. yg ada pekerja. yang boleh marah pekerja yg x jaga kanak kank dengan baik. masih lagi nak jdi boss yg boleh marah pekrja . haha. tapi nak realisasikan bukan sesuatu yg mudah. berdoa je lah moga impian ini akan tercapai.adik saya pernah cakap one day dia nak bukak rumah untuk jaga orang orang tua. menarik jugak kan? insyaallah suatu hari nanti. doakan okeh!

15/05/2013

tentang adeeb

tiap tiap hari saya tulis blog sekarang. mungkin hormon rajin tengah aktif kut. pdahal bukan banyak sangat hal yg nak diceritakan. takpelah, nanti bila dah tua and buka blog mesti tersenyum sendiri sebab ini semua nanti hanya jadi kenangan. am i rite?

tetiba tergerak hati nak buat entry pasal adeeb. ni tanda kasih sayang mama yang x berbelah bahagi buat satu satunya anak mama. ( ok fine, buat masa ni anak baru adeeb sorang. wink! )

mengandungkan adeeb tidak mudah. melahirkan adeeb seribu kepayahan. membesarkan adeeb sejuta dugaan menjengah. tapi mama tabah. sebab adeeb kekuatan mama. adeeb lah racun dan adeeb juga penawar. suatu masa dulu tak pernah terlintas di hati mama yg mama akan mengasihi  satu nyawa lain melebihi nyawa mama sendiri. tak pernah terjangkau di fikiran mama yang mama akan melindungi seseorang lebih dari segalanya. tak pernah mama terfikir yang mama akan berkorban apa aje yang ada dalam dunia ni demi adeeb.

membawa adeeb selama empat puluh minggu mengandung bukan senang. mama boleh dikatakan lebih banyak melaluinya sendiri. ada orang mengandung selalu nak marah tak tentu pasal. mama juga macam tu. tapi dengan kuasa Yang Maha Esa mama mampu mengawalnya. ntah dari mana datanng kekuatan pun x tahu. mungkin tinggal dengan mertua mendorong kita lebih menjaga adab dan tingkah laku.

melahirkan. hanya Allah yang tahu. rasanya seperti mungkin akan terpisah sudah nyawa dari jasad. menanggung kesakitan hampir dua puluh empat jam. doktor sendiri mengesahkan pada opah yang mama payah nak bersalin. sulit sepanjang proses dari start di induce. ama yg paling last keluar dari labour room pada lapan belas june itu. dan lagi adeeb tiba tiba dikhabarkan kritikal di nicu. hati ibu mana yg x luluh melihat anak yang dikandung lemah berselirat denngan wayar sana sini dalam incubator. dada adeeb berombak kencang seperti x cukup oksigen. masa tu dalam hati mama hanya mampu berkata " adeeb anak mama jangan tinggalkan mama."

kadang kadang mama pun x tahu macam mana mama mampu lalui semua itu. nurse kat hospital pernah cakap " tabahnya awak. bersalin seorang diri. anakk sakit. suami jauh. macam mana awak hadapi sendiri ye ? kalau saya pun belum tentu boleh even saya nurse terlatih. " ntah. saya sendiri pun x tahu. Allah menolong saya. saya percaya itu.

doa mama, jdilah anak yg soleh, adeeb. adeeb x ada dosa dengan mama. dan x akan pernah ada dosa dengan mama. sebab mama sentiasa ampunkan dosa adeeb dan redha mama sentiasa akan mengiringi perjalanan hidup adeeb. sentiasa.adeeb anugerah terhebat dari Allah buat mama.

14/05/2013

facebook


sebenarnya banyak perkara yang bermain di fikiran saya. hal hal sekeliling, problem kawan kawan, problem sendiri, isu semasa dan sebagainya. nak jugak tulis dan sebagainya. heh. saya kalau balik je ke sini mesti automatik jadi macam katak bwah tempurung. kàlau x online facebook confirm lah saya xkan tahu apa apa perkembangan semasa. baik hal negara dan juga sedara mara. mungkin sebab asyik berkurung, tv pun x tengok. tu yang selalu ketinggalan isu isu semasa kot.

sebut pasal fb buat saya jadi mual. tu yang kadang kadang malas nak online. banyak sangat orang yg menjengkelkan lah. sekarang ni masih lagi x habia habis pasal pru. penuh news feed pasal politik je. gila bosan saya tengok. yg x tahan berbalah sesama sendiri. pasal berlainan ideologi politik pun boleh bergaduh dengan kawan. saya peliklah. saya selalu terlintas dalam hati yg pemimpin pemimpiin x apa apa tp kita org bawahan ni yg over sangat kenapa? ntah ntah diaorang elok je duduk semeja minum kopi sesama kau yang  pengikut ni je nak gduh apa hal.

lagi kalau yg hal laki bini duk post kat fb. memang cukup aku x berkenan. ( guna ganti diri aku sebab marah ) serius cakap lah yg jenis macam ni saya perhatikan adalah golongan kita. golongan perempuan. let say fine mungkin betul laki kau main kayu tiga kat belakang kau. tapi x perlu lah kau update status kat wall tulis ayat ayat pasrah atau maki maki carut bagai. x selesaikan masalah pun kau buat macam tu. of course may be ada yang simpati kat kau dan bagi nasihat. tp mostly orang akan gelakkan kau. kau tahu tak. orang akan cakap kau x pandaibjaga laki. dan apa motif kau nak bagitahu satu dunia masalah rumah tangga kau? annoying lah.

kalu nak tulis satu persatu memang banyak lah orang yg pelik pelik katbfb ni. lagilah yang buat saya bengang yg invite main games. baru baru ni ada kawan sekolah invite main games sexual fantasy. ntah apa jenis games pun saya xtaw. nama games pun menyeramkan. bodoh betul. kalau saya tag nama dia karang malu besar pulak. rsanya dah banyak kali saya post paaal tu. ntah nape org susah nak paham.

saya lagi suka kalau kawan kawan post hal yg positif, yg happy..yg terlebih happy pun xpe even kadang kadang meluat jugak kalau yg semua benda nak bagitahu (i know mell now yousmiling coz u know who i mean) tp x kisahlah. itu lebih baik dari golongan yg saya cakapbkat atas tu.nasihat saya, x payahlah kita melampau  sangat. hal dalam kain x perlu nak over expose sangat. kalau nak cakap pasal msalah, semua orang ada masalah. hadkan sikit penggunàan fb. sebab nanti hidup jadi xde privacy. kena ada sikit ruang yg memisahkn kita dengan dunia maya. berpijaklah dibumi yg nyata.

13/05/2013

im not ready for the second one

yes! i really mean it. of course i am not ready. ready to pregnant again. sebab itulah i ambil pil perancang. betul. anak itu anugerah.. anak itu rezeki.. cuma kalau boleh biarlah dulu. adeeb still a baby. and always make mama nak sakit jantung. haha. dramatik sungguh la konon.

if baby still dua tiga empat bulan xlah terasa sangat. tapi dah umur macam adeeb tambahan my baby very the very aktif memang sangat terasa kepenatan itu. lagipun saya tinggal dengan mertua. korang boleh ke selamba je minta mertua jaga anak? boleh? terus terang saya cakap saya x boleh. sebab segan sangat. dan takut menyusahkan. mana yang termampu, selagi kuat tulang empat kerat ni, selagi tu lah saya gagahkan diri. pernah saya puasa ganti tp jam rmpat petang saya berbuka. sebab x tahan sangat. padahal x sampai lagi tiga jam nak masuk waktu berbuka kt labuan ni. tapi saya dah menggigil datu badan. nk dukung adeeb pun dah x bermaya. rasa nak pitam dalam bilik air. kaki dah x daya nak berdiri and i decide to berbuka saja. menangis saya. sebab terlampau penat.

orang boleh cakap setakat anak sorang je pun. ntahlah. mungkin org lain boleh survive but not me. semua terbeban atas bahu saya sendiri. makan x pernah kenyang sebab selalu tercekik kelam kabut dengan anak. masuk bilik air bawak anak, jemur kain kendong anak, sembahyang pun anak kacau sampai kdang kadang jadi x kusyuk bersolat. redha jelah. semoga ALLAH trima ibdat saya. dan sebab tu im not ready for the second one.

setelah beberapa lama x period, ttiba bulan march cik p mengunjungi diriku. haha. dah stress sikit pasal of course la susu drop. ni pun dah ada mulut yg tanya bila lagi nak bg anak susu formula. bengangnya la saya. kenapa lah org x da kesedaran betapa  kerkhasiatnya susu ibu ni? berbalik pda cerita tadi, masuk bulan april cik p tidak datang bertamu. hati mula terdetik risau. mengandungkah aku? oh tidak! katakan semua ini dusta. haha. macam ayat novel la pulok. dalam duk runsing finally semalam.cik p menjengah lagi. lega! haha.

tentulah saya x ready lagi. adeeb pun masih kecil. masih menyusu badan. kesian kot kalau saya bagi dia adik cepat. takut terabai. trrkurang perhatian dan kasih sayang. lagipun ekonomi x berapa nak stabil. jangan ingat saya serik nak beranak. masa baru bersalin tu ye lah ada macam rasa serik. tp kejap je. then sekarang memang trringin nak beranak lagi. cuma tunggulah dulu. sekurang kurang biar adeeb dah reti bahasa. betul x? dah pandai bawak diri kata orang. sekarang ni pun tengah lasak sangat. kerja nak memanjatbje sana sini. mana mama x rsa nak sakit jantung. haha.

p/s: sape tegur banyak typo i sumpit dia.

till then.

12/05/2013

my first handphone

umur berapa tahun korang ddapat handphone? saya masa lower six. lapan belas tahun. may be ada yang sebaya dengan saya mesti setuju kalau saya cakap zaman remaja kita dahulu handphone hanyalah satu kehendak bukanlah satu keperluan macam sekarang, right? dulu siapa yang banyak duit bolehlah da handphone. yang macam saya ni cuma duk pakai telefon rumah je lah. hehe. 

my first handphone is nokia 3310. itu pun abah yang belikann. dahlah secondhand punya. hihi. tapi punyalah seronok mengalahkan dapat iphone you know. dah dapat haandphone satu hal. then abah cakap sim card kumpul duit sila beli sendiri. hah.. tercekik aku. dulu pack starter bukan macam sekarang. sepuluh ringgit je. dulu yg celcom punya yg paling murah. tu pun rm88. student sekolah like me manelah ada duit. simpanlah duit saku tiap tiap hari. haha. punyalah seksa zaman dulu. kihkihkih. dah pakai handphone pening kepala nak top up pulok. mane ada reload rm5 macam sekarang. rm30 hokay yang paling murah. sabar je lah.

tengok budak budak sekarang betapa bertuahnya. adik bongsu saya belum sekolah dah ada handphone. kat rumah boleh fikatakan bersepah handphone yg x berapa nak canggih dibuatnya main. raya tahun lepas pun belikan lagi samsung champ. yang nombor tiga pakai blackberry. yang nombor dua m
pakai s2. saya? samsung yg harga rm58 je. yang paling x canggih dalam famili samsung kot. tua tua mak pun pakai nokia e5. haha. hari tu called mak and talk to Ari. i told him i ada beli tablet. you know whatbhe told me back? "along beli tab tu pandai ke along guna?" hah amik kau. nak terjun sungai boleh? kurang asam betul kan. haha. bantai gelak besar saya dengan mak. lawak sungguh.

xpelah kann. along dah pandai guna pun!

saya ada terbaca ni kat fb. now we live in era smart phone but stupid people. did you agree?

10/05/2013

cerita hari ni.

assalamualaikum.

bersua lagi kita. cewah!! ayat bukan main bajet top blogger. kahkahkah. kau ingat kau retis? ok baiklah. well..firstly, ciss..cakap orang putih la pulak. labuan hujan lebat dari malam tadi. ad3b lena betul tidur. mama pulak jadi boring. best ko sejuk-sejuk macam ni.

semalam pergi klinik sebab kena buat pap smear. hah.. sapa kata x sakit? sakit ko taw. mencik! tapi demi kesihatan tu redah je lah. pergi x bawak adeeb. mil offer diri nak jaga adeeb. so nak senangkann mil, saya bagi adeeb nyusu kenyang-kenyang then adeeb tidur lena. saya balik dari klinik pun adeeb x bangun lagi. good boy my son.

sebetulnya yang patut buat pap smear tu sister. tapi boleh pulak sister yang bertugas tu lupa so nurse biasa je la yg buatkan. dahla i x suka kat nurse tu. cerewet bukan main. kalau x kerana i ni penyabar layan jelah omelandia tu. malslah nak cite pasal ni.

pagi-pagi bukak fb dah buat mood saya jadi spoil. yelah tetiba da seorang makhluk ni inbox saya  and suruh saya check harga collagen apabntah kat labuan ni. pure marine? ntah aku x tau. ni yang malasbsaya nak aprove orang add ni. kalau nak bisnes online ke, underline ke.. jangan nyusahkan aku boley x? dahla aku x minat dengan pape yg berkaitan dengan kecantikan ni. lagi nak suruh aku. saya sendiri pun x tahu nk survey kat mana. lagi ada orang promotbjamu susuk dara la. eee...x berkenan betul la.sebab tu kalau online fb sekarang malas nak update pape. biar x aktif supaya orang ingat dah lama online.

eh nak tanya, demam pru bila nak habis? macam macam orang shàre psal politik. penuh kat news feed tu. gila boring menengoknya. ramai betul la over. sebetulnya pendapat saya la, saya x kisahlah langsung sapa nak memerintah. sebab sapapun yg berkuasa x mengubah apa-apa hidup saya jugak. husband tetap kena pergi kerja. bukan ada orsng nak kasi duit bulan-bulan kalau diri sendiri x berusaha. ye dak?

menciklah, banyak sungguh typo. x suke tab. elok lagi guna laptop. ok bai.

07/05/2013

entry rojak

Assalamualaikum...

adeeb tidur dengan lena dapatlah mama luang masa untuk tulis blog sekejap. lama kan saya menyepi. bukan apa laptopnsudah binaa. hihihi. binasa ikut cakap orang sini yang bermaksud rosak. handphone juga rosak. ni pinjam husband punya tablet. huhu.

kalau ikutkan banyak yang nak diceritakan. tapi since tablet ni kan gadjet touch touch bagai saya jadi malas. sebab saya memang x reti nak guna menda menda canggih ni. maklumlah orang kampung. tak pandai saya nak pakai. 

oklah, perkembangan anak. adeeb setakat ni dah melangkah. saya risau jugak pada mulanya takut fia lambat dapat kaki. almaklumlah, ramai orang cakap anak saya mesti lambat dapat jalan sebab anak saya besar, obesitilah, itulah inilah. sebagai ibbu sedihlah jugak. tapi saya diamkan sajalah. but thank you ALLAH. saya rasa adeb membesar terlalu pantas. sampai kadang kadang saya risau takut nanti kami dah takde bonding. hihi. giginya saja dah lapan batang. bab mengigit x payah cakaplah kan.  redha saja mama. sobs. apapun, syukur dia sihat.

mama sekarang jenuh ganti puasa. maklumlah, dah rejab kita ni. lepas syaaban tup tup ramadhan. setakat ni ada berbaki laggi dua hari. dugaan betul bila kita ganti puasa dalam masa yang dalam masa yang sama kita breast feeding anak. dengan susu dropnya, badan pun menggigil tahan lapar. nak layan  kerenah si kecil yang makin lasak lahi. aduiiii... bukan senang nnak jadi ibu ni. memang patut sangat syurga di bawah tapak kaki ibu. ok lia, sila insaf.

apa? balik kampung? hehe. tiap tiap hari ingat nak balik kampung. setiap kali ada flight berlepas ( rumah mertua dekat airport okeh ) mesti dalam hati tetanya tanya bilalah flightvaku yang seterusya. kihkihkih. trruk betul homesick x habis habis. kahkahkah.

sekarang ni masa dah terisi sikit sebab tuisyen untuk budak budak dah start. tapi kali ni mengajar waktu malam. minggu depan pulak dah nak kena ajar mengaji pulak macam dulu.  sebab ada anak cousin husband nak khatam cepat. diorang biasa ngaji dengan biras waktu malam. tapi sekarang biras selalu busy banyak meeting jdi aunty husband mintak saya saya ajar cucu mereka waktu pagi weekend. nak cepat khatam. lagi pula bulan depan biras nak buat majlis khtam quran untuk anak murid dia. sambil tu saya dan ipar bercadang nak buatvdoa selamat sekali untuk adeeb dan raihan. bulan depan dah setahun. kejap je masa berlalu.

oklh, cukuplah untuk kali ni. lenguh sudah. hihi. lain kali daya update lagi. nama entry rojak pasal cerita bercampur campur. hahaha. and sorry sebab banyak yang typo. malas nak betulkan. ok bai!

02/05/2013

cerita kontot!

asasalamualaikum....

hai.... lama gila saya tak update blog. kenapa ya? nak kata busy sangat tu taklah jugak. hahaha.  sekarang ada di labuan.  bila entah nak balik kampung lagi. hurmmmmm.... satu persoalan yg tak ada jawapan.

adeeb sudah sepuluh bulan lebih. sudah bertatih selangkah dua. teruja betul hati i bila tengok dia melangkah. mama memanglah over sikit. tambahan anak sulung kan. harussslà.....haha. tengok adeeb membesar rasa cepat betul masa berlalu. adeeb plese jangan membesar terlalu pantas, nanti tak ada bonding dengan mama. hihi.

saya rasa skill menulis macam dah kurang. macam kering idea. nantilah, saya update lagi.