24/09/2012

breast feed

tajuk entri kemain. macam nak post fakta-fakta yang penting untuk bacaan ibu-ibu gittew. padahal nan hado.  ok sebenarnya ini versi saya saja. mungkin ada info-info dari blog orang lain yang lebih berguna dan bermanfaat. 

terus terang saya cakap fully breast feeding baby sangat memerlukan semangat dan jiwa yang sangat cekal. (ayat karangan pmr) lebih-lebih lagi saya pada masa itu dikelilingi oleh orang-orang yang sangat kurang kesedaran betapa pentingnya susu ibu. tiada makanan yang paling berkhasiat untuk bayi melainkan susu ibu. dan pada masa itu saya akui yang saya hampir letih untuk berjuag seorang diri mempertahankan pendirian saya. mujur saya tidak pernah berputus asa. 

antara cabarannya, bila mengalami bengkak susu. bayi dalam pantang kebiasaannya memang lebih banyak tidur dari berjaga. adeeb pon x terkecuali. banyak tidur dan kalau nak menyusu memang terpaksa kejutkan. lagi teruk bila tetap taknak bangun walaupun kita kejutkan. sakitnya bengkak susu sampai tahap nak demam mama dibuatnya. belum lagi susu sentiasa keluar sampai basah baju. memang saya stress masa tu. tak tahu macam mana nak buat, nak bagi selesa. sangat x suka dengan keadaan tu. then, saya mula bertanya kawan, search kat internet, minta pendapat mereka yang dah berpengalaman akhirnya saya temui cara supaya saya dapat bf baby dengan senang hati.

saya ni pulak jenis yang malas nak pump susu. apapun bagi saya, breast pump sangat penting untuk persediaan bersalin. sebagai contoh, selepas lahirkan adeeb, adeeb sakit and duduk dalam incubator. susu disalurkan melalui tiub. oleh kerana adeeb x sempat nak menyusu mana nak dapat susu kan? susu formula memang tak dibenarkan sama sekali di hospital melainkan kes-kes tertentu seperti ibu yang belum sedar dari operation nurse akan bagi baby susu formula. so, nurse minta saya pump susu supaya adeeb dapat minum susu ibu even melalui tiub cuma. sebab kalau baby tak hisap or tak pump susu takkan keluar.

lagi satu bila orang selalu provok kita. 'nanti kau susah nak tinggal anak kau.' 'kau x malu ke nanti nak selak baju bagi anak nyusu?' 'nanti susu kau kering.yelah dalam pantang ni memanglah banyak lagi susu' 'kedekutlah tu nak beli susu formula kat anak' helloooo!! please ok people! rasa masa tu nak je saya cekik-cekik manusia yang jenis macam ni. memang sangat menyakitkan hati. kalau x cekal memang boleh terpengaruh. ok kalau cakap susah nak tinggal baby, saya nak tinggal baby untuk apa? saya bukan ibu yang bekerja. even ibu yang bekerja pun boleh full bf baby kenapa tak saya yang surirumah sepenuh masa ni? kalau cakap x malu nak bagi susu kat tempat awam, sekarang ni kebanyakan tempat ada sediakan tempat khas untuk menyusu baby. even takde tempat pun kite boleh beli nursing cover untuk menyusu kat public. susu kering? tu sebab kau malas bagi anak direct feed tu yang susu kau drop. idiot! kedekut? tolonglah, suami saya lebih dari mampu insyaAllah. 

sebagai ibu, saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya. jangan cakap 'macamlah kau tu dah empat puluh kali beranak.' orang sekarang lebih celik dari orang dulu okey. banyak sumber-sumber yang boleh kita cari. tak semestinya kita tak pernah ada anak kita tak tahu kan? kita kan generasi berilmu.huhu. lagipun kat internet macam-macam input yang kita perolehi right?

jadi korang, cekalkan hati dan jangan putus asa. banyak kebaikan susu ibu ni. anak pun cerdik. insyaAllah jadi anak yang soleh. berkat susu ibu. setiap kejadian Allah tu, ada kebaikan-kebaikan yang kita x nampak.


20/09/2012

hang out!

tajuk tak hengat. hang out la sangat. sebenarnya ia lebih kepada membawa adeeb pergi mothly check up dekat klinik desa. tipah tertipu sudah korang. tapi dah alang-alang keluar and husband pon off maka haruslah masa berkualiti itu kita manfaatkan dengan sebaiknya. cewah!

adeeb turn 3 months old. sudah 8 kg ok uolls. mak aii, semangatnya lah kan? anak sapa lah tu. berat yang amat sampai abah pon tak mau dukung adeeb lama-lama. huh! mama jugak yang kena kan. nasib badan. so, semalam kami pergi ke Ujana Kewangan je pon. tu je lah tempat semegah kat Labuan ni. nak pergi mana lagi kan? bukan ada tempat yang menarik tertarik kau memang the bomb pon. bolehlah dari takde langsung. jadi oreng-oreng Labuan sila bersyukur.

kami breakfast roti sardin. punyalah lembab service dia. nasib adeeb tidur time tu. kalau tak ada kemungkinan meragam jugak. mama mengantuk tunggu order. dah lah pangku si debab. hahaha.then lepas breakfast kami jalan-jalan pergi Parkson, Giant. seciput je pon. kat dalam Ujana Kewangan tu je ok. bukan bangunan berasingan. korang jangan tertifu. haha. takdelah memborong sangat biasa-biasa saje. then, kami pergi Pos Laju sebab nak tuntut envelop yang opah kirim. lepas tu balik. 

balik rumah mandikan adeeb dan apa lagi, kami tiga beranak pon tidur keletihan. habis cerita. hahaha. gambar? ada, nantilah upload.


nota kaki : Puan Mell, i mintak maaf bebanyak sebab menyusahkan you lagi. sila jangan marah. :)

18/09/2012

selepas setahun inilah hasilnya

ok. saya confuse kenapa dah tukar setting font colour still jugak keluar colour pink? abaikan.

baiklah, semalam genap setahun usia pernikahan kami. pejam celik pejam celik dah setahun. cepat kan masa berlalu? syukur pada Ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan buat kami suami isteri. dan memandangkan 16 september merupakan ulang tahun perkahwinan mentua yang ke 40 tahun ( 40 tahun ok. jubli emas berlian sudah. ) dapatlah kami menumpang celebrate bersama-sama. jadi malam tadi kami sekeluarga menyambutnya di Pizza Hut. ( sebut Pizza Hut dengan nada macam iklan kat tivi. )

malam tadi merupakan malam ketiga Adeeb keluar waktu malam. first masa saya ikut mak ke Kuala Terengganu, second, when we go to Kuala Lumpur. third, last nite. saya memang belum biasakan lagi Adeeb keluar berembun waktu malam. rasanya kurang elok untuk anak kecil. am i rite? so, percubaan kali ketiga juga ok macam sebelumnya. Adeeb boleh adapt dengan situasi kat restoran. syukur tak meragam nak menyusu. sebab mama dah make sure Adeeb kenyang sebelum berjalan. good boy, my son.

now baru sedar besarnya tanggungjawab menjadi seorang ibu. kadang-kadang rasa macam ajaib sangat bila ada seseorang yang hidupnya terlalu bergantung pada kita. yang memerlukan perhatian kita hundred percen. dulu people arround me always said, "lia, spend time with ur hubby betul-betul sebelum baby keluar." saya rasa pelik dan buat saya terfikir 'ish!ada anak pon still boleh spend time with hubby what?' at that time la. sekarang ini bila ingat balik memang betul apa yang orang cakap. bukan tak ada masa cuma masa itu agak terhad. waktu tidur, rehat, makan, buat kerja saya sudah x menentu. kadang-kadang macam tak ada langsung time nak rest. semua bergantung pada waktu tidur baby. tapi bila baby tidur bukan bermakna mama pon boleh tidur. time tu lah terkejar-kejar nak makan, nak mandi, jemur kain, lipat kain, dan semua-semualah. sangat penat. tapi itulah tanggungjawab. kenon-kenon sayalah ibu mithali. ( perkataan kenon-kenon i baru cipta tadi ) sebab tu lah syurga di bawah tapak kaki ibu kan? macam inilah agaknya letihnya mak saya nak jaga saya 4 beradik dulu-dulu. sobs! saya insaf sekarang, mak. 

semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada saya supaya saya dapat menjaga anak dan suami saya sesempurna yang boleh. Amin.

today Adeeb turn 3 month old.


ouhh..chubbynya pipi mama. silalah berdiet.


with abah yang always maintain. sooo jealouse!


doakan kebahagiaan kami. :)

16/09/2012

tatih..tatih..

hahaha..mesti korang ingat saya tengah ajar adeeb bertatih kan? salah la weii..mana ada budak umur 3 bulan dah pandai jalan. adeeb ni meniarap pon belum boleh lagi. huhu.

tatih yang saya maksudkan adalah merujuk pada diri saya yang masih lagi bertatih dalam dunia bloggin' ni. kalau nak bandingkan saya dengan Hanis Zalikha ( nak juga bagi contoh blogger yang dah tiptop. LOL. ) siapalah saya kan? ibarat langit dengan bumi gitteww.

jadi sekarang saya nak elakkan post entry yang mengarut dan yang tak mendatangkan manfaat buat kita semua. cewahh! bajet ada baca blog ni. hahaha. marilah kita sama-sama berkongsi sesuatu yang berfaedah ye kawan-kawan. ok bai!

perlu ke tajuk?

Salam...

kenapa tajuk entry kali ni macam tu? sebenarnya saya dah blur nak letak tajuk apa. so entry ni memang tak de tajuk hokay. 

baiklah saya nak story petang semalam adeeb menangis yang x boleh dimaaafkan. hampeh je kan? sebenarnya saya pergi mandi sebab dia dah tidur i tinggalkan je lah kan. selama ni belum pernah lagi dia menangis masa i mandi, so i mandilah lama-lama sikit. sesudah mandi buka je pintu bilik air kedengaranlah UWAAA!!! UWAAAA!!! so apa lagi kan? mama yang panik ni terus berlari dengan rakusnya tengok anak dah kejung dalam buaian. korang taw ke kejung tu apa ek? i keluarkan dia dari buaian and dukung dia tetap menangis. bagi susu pon menangis. macam dah merajuk dengan mama pasal mama tinggal dia sorang. so, dengan mama la menangis sebab kasihan anakku.

memanglah takde sesiapa di rumah time tu kecuali adik bongsu hubby tgh tidur kut kat bilik sebelah. memang i x tutup pintu bilik sementara i mandi. sedih sangat tengok adeeb nangis macam tu. terus telefon mak kat kampung ni sambil pangku adeeb. mak marah la pasal selalu sangat tinggalkan adeeb seorang diri. mulalah membebel takot cucunya jatuh buai la, tergolek dari katil la, blablabla... tapi nak buat macam mana, memang dekat labuan ni i terpaksa selalu tinggalkan adeeb sorang dalam bilik. kalau x macam mana i nak buat kerja. sobs sobs.. kalau boleh saya memang xnak tinggalkan adeeb seorang diri. but i have to.

labuan sekarang macam dilanda wabak kolera. ramai yg kena termasuk suami saya. saya belum lagi mintak dijauhkan la. xmau lah sakit-sakit dengan ada baby kecil ni. kesian anak saya. orang dalam rumah ni boleh dikatakan semua dah kena kecuali saya. adeeb pulak sekarang punggung melecet pasal adeeb ni kerap berat sejak lahir. tambahan anak saya x boleh pakai pampers murah. bukan nak berlagak tapi ni hakikat. masa kat kemaman pernah belikan pampers HEY BABY and kena merah merah kat punggung dia. baru ni mil beli pampers cap GIANT. ada ke pampers cap giant? sabo jelah. jenuh nak habiskan. anak saya pakai HUGGIES dry now dah tukar ke saiz L. adeeb memang besar. lahir pon dah besar kan? lagipon ni berkat susu ibu kut. :)

ahad depan ada kenduri. mil and fil dapat panggilan haji. so, buatlah doa selamat. nanti saya update pasal kenduri k. kalo rajin i amik gambar sekali. adik beradik hubby yg dekat semenanjung akan balik la dalm minggu ni. rasanya diorang hantar mil and fil sampai ke kota kinabalu kut. i and hubby hantar kat labuan je. semoga mil and fil mendapat haji yg mabrur insyaallah.

esok ulang tahun perkahwinan kami yg pertama. agaknya ada x suprise dari hubby? mana lah taw hubby belikan kereta ke untuk saya. hahaha..berangan x hengat. dapat bunga ros sekuntum pon jadilah. hahahaha...lusa adeeb genap tiga bulan. besar dah anak mama. semoga sentiasa sihat dan jadi anak yg soleh. amin..

ok lah.. tu je untuk kali ni k. nanti ada masa saya update lagi. layangkan beberapa keping gambar.


setahun lalu. yg saya pangku tu Aira Qalifa. anak cousin.


lima bulan yg lalu. di A Famosa.


this is adeeb's first picture in incubator.
( misi bagi snap pasal kesian kat ayah dia nak tengok sangat. ) 



keluarga kecilku.
( ni je gambar kami bertiga setakat ni. )


ok bai!




12/09/2012

entry di tengahari

Salam....

korang pernah x berangan? hehe.. saya ni boley dikatakan seorang yg sgt suka berangan. sebab kita boley bayangkan apa saje yg kite nak rite? waktu yg paling suitable untuk saya berangan adalah time nak tido. hihi.. mane la taw kot angan2x saya tu bersambung ke alam mimpi kan?

ok, saya selalu berangan yg suami akan baca blog saya. kiranye dia macam sleeping reader ma blog la. supaya dia boley tahu curahan hati saya, cerita saya, apa2x aje yg saya kongsi dekat sini. hihi. tapi hubby mcm x amik pot pon even wife da hint2x yg wife ada blog. huhu. hubby cume cakap " a'ah kan, sekarang ni boley dikatakan semua org ada blog sendiri' " huhuhu.

yang paling mengejutkan rupanya adik lelaki saya selalu baca blog saya. saya x pernah pon cakap kat beliau saya ada blog. tp rupenya dia dapat carik jugak. dia bagitaw saya masa saya balik bersalin hari tu. dia cakap mula2x dia saje2x je google nama dia kan, sekali muncul blog wifeyazhar ni. hahaha.. malu pon ade tp wat selamba badak je la. haha. adik pompuan saya pulak cakap dia dah agak yg saya mesti buat blog sendiri lps kawen hari tu. huhu. tp dia x pernah baca kot.

kawan-kawan pon ada yg dah taw saya ada blog. ada kot diorang baca. mb dey all juz blogwalking or whatever i dunno la kn? agaknya ada ke org baca blog saya selain puan mell ? hurmmm...

post dulu2x ada ckp yg saya xnak dah kongsikan gambar kt fb tp ada jugak gambar say lagi kan? saya serba salah jugak tp ntah la mb nnti saya akan delete balik. mgkin pendirian saya masih belum tetap. masih lagi x kuat dengan godaan2x dunia ni tp saya janji saya akan cuba ubah diri dari masa ke semasa untuk jadi lebih baik dari hari ini. insyaAllah. doakan saya ye.

malam tadi lps tidokan adeeb saya borak2x dgn hubby. bukan selalu dapat borak lama2x.. seronok jugak dgr nasihat suami. rupanya saya ni masih byk lg sikap yg saya kena ubah. suami x la marah tp nasihat dgn cara yg paling baik. sgt berdiplomasi, dan saya taw saya masih belum cukup matang. apapun sejak kelahiran adeeb saya perhatikan suami saya yg baik itu menjadi lebih baik lagi dr dulu. saya sangat gembira. dan saya sentiasa bahagia menjadi isterinya sejak kami diijabkabulkan. pilihan Tuhanku adalah pilihan yg terbaik buatku. syukur........

akhir kata, say nak cakap jgn terlalu over dengan sesuatu yg belum pasti sebab kita x akan pernah taw apa perancangan Allah lima minit akan datang untuk kita. saya cakap dari pengalaman sendiri. :)

10/09/2012

curahan hati

Assalamualaikum..

sebenarnya mood bloggin' ni sentiasa m'buak2x..tapi kesibukan uruskan anak wat saya selalu tergendala nak update blog. ceh! bajet ibu mithali. hahaha. ok, mesti u olls ade nampak saya update status kat Fb pasal peluang kan? ade ke 'u olls'? ko ingat ko hanis zalikha ke, lia? bajet retis org baca cerita ko. :p

ok marilah cerita pasal peluang.
peluang yg saya maksudkan adalah peluang dapat bina keluarga sendiri. i mean stay at different house dari keluarga kita or keluarga hubby. saya ni teringin sangat nak duk sendiri with my hubby and lil boy.. namun apakan daya kami masih belum cukup berkemampuan lagi. tambahan kos hidup di Labuan ni mak aii tinggi yg amat. dekat2x dengan Brunei la katakan. pampers huggies si adeeb tu kalo dekat kemaman satu pek (80 pieces) baru rm 29.90 kat sini dah rm 37.90 taw. nanges mama dengan abah. hahaha. ni nasib la adeeb fully breast feed. kalau susu formula xtaw la kos untuk adeeb sebulan dah berapa. pengsan kejap.

cuaca kat labuan sekarang x menentu. eh, tetiba cakap pasal cuaca pulak dah. ko ni pe hal lia? hahahaha..bukan ape saye sekarang ni duk tepi tingkap nampak macam nak ujan la pulak. adeeb tido ni lepas buat ribut dalam kereta tadi. haduii..itu yg kadang2x malas nak keluar tapi terliur jugak tgk org jenjalan nak jugak ikot. haha.

ok la. tu je.




sebenarnye tetiba jadi blur xtaw nak cerita apa. see u next entry. bai.

07/09/2012

puasa dan raya

Assalamualaikum...

raya dah nak habis baru nak sibuk2x nak cerita. hahaha.

puasa

puasa tahun ni saya masih dalam pantang. walaupun makan/minum kena catu, tetap gembira sebab sambut ramadhan dekat kampung halaman. meriahnya di rumah. dengan ada baby kecil lagi. hihi. yg x tahan org sahur dia sahur, orang buka dia buka jugak. org lain berbuka kat meja makan tp mama kat bawah sambil buaikan adeeb. hihi. rasa macam bibik indon je. sepanjang puasa menu saya boley dikatakan menu yg sama je. dah lah x boley minum ais. sabar je lah. dengan bf baby lagi memang haus giler. tahun ni x pernah skip sahur. bukan apa sebab takot kurang susu and kesian adeeb. so, gigihlah mama bersahur ramadhan kali ni.

dalam sibuk2x dgn baby, sempat lagi buat kuih raya. mak saya la semangat sangat. tapi seronok. sebab moment2x buat kuih raya tu sgt kelakar. macam2x lawak. dengan ular nak masuk rumah lah, dengan kepala sewel adik laki saya la..tu belum campur kuih hangus terbakar lagi tu. hihi. sambil buat kuih sambil dengar radio THR. sampai aku boley hapal lagu najwa latip. untuk dia...untuk dia.. haha...

bazar ? rajin jugak pegi. tu pon time adik pompuan saya balik je. kalo x saya jarang kemana-mana. tahun ni adik bongsu saya belajar berpuasa. dapatlah handphone sebijik berkat kesungguhan beliau berpuasa. huhu.


raya

seronoknya raya di kampung. tp hubby raya di labuan. x kisahlah. hihi. yg penting adeeb kutip duit raya. haha. dekat rm 500 jugak adeeb dapat. include raya kat kemaman dan labuan. bagi mama boley ? hihi. tahun ni kami 1 famili sedondon kaler grey. tahun depan macam nak kaler kuning je. huhu. ramai tetamu dtg beraya. kaum keluarga, kawan2x jauh dekat. lazimnya tetamu abah dan tetamu saya lah yg ramai. hihihi. eh, baru saya ingat tahun ni saya lupa nak gantung kad raya. aiseymen....

raya keempat hubby datang. 4 hari di kemaman kami pon fly ke labuan. huhu. rasanya lepas ni saya xde masalh dah nak fly by my own coz saya dan tahu macam mane nak check in sendiri. hihi.. hubby ajar semua2x. samapai labuan jenuh pi rumah terbuka. raya kt sini not bad la jugak. tp kalo boley setiap tahun nak balik raya kemaman. hihihi...........

first ramadhan


me, my son, sis and lil brother


saya rimasss!!!


suami raya kt labuan


buat malu saya je hubby asik nak bergambar kt bandar chukai. huhu


petang sebelum nak bertolak ke k.l :(

gambar2x lain nnt saya update lg k. tata!

06/09/2012

Kelahiran yg terindah

Assalamualaikum ...

semoga malam ni saya berpeluang post entry yg panjang. hihi. gigih nak berblog even ada anak kecil. :)

ok, now hubby and baby dah tidur. saya pulak yg x boley tido. besenye, ( since ada adeeb ) saya pantang baring kompem belayar ntah kemana-mana. kadang2x time nyusu adeeb sambil baring, saya yg terlena dulu. hihi. malam ni x ngantuk pulak. may be laptop duk menggoda sangat kot. huhu.

ok,  cerita pasal pengalaman bersalin. :)

setelah 40 minggu hamil, saya masih belum sakit dan x keluar tanda2x untuk bersalin. disebabkan saya ni GDM diet control maka haruslah masuk hospital terus. huhu. pagi 17 june yg indah itu, ditemani mak saya ke hospital. macam bese la check jalan ( kena dgn doctor lelaki ) check degupan jantung baby, check itu ini dan bla..bla..bla.. saya admit. petang tu kat ward doctor pakar datang check and cakap esok pagi saya kena induce.so malam tu rehat la. sembang-sembang dengan wanita2x seangkatan denganku. huhu. dalam pukul 11 malam nurse masukkan ubt untuk buang air besar. hihi. nak cuci perut kot nanti beranak x la kuar mnde yg x sepatutnye itu. hihi.

kol 7.30 pagi 18 june. saya induce. masuk je ubt saya terus sakit. memulas2 like period pain tu. yg ampun. ..sakit yg teramat dan mula x senang duduk. nak jalan x boley pasal kena baring dalam tempoh 1 jam sebab nurse cakap takot ubat tu jatuh balik. ( dimasukkan kat bawah ) sambil tunggu sejam tu, perut diberkas. hihi..alaa..besela monitor jantung baby. huhu. ada kakak yg induce macam saya still x sakit. wahh..kebalnye dia kan? hihi..lepas sejam saya bawak berjalan sekitar ward. pi luar kat mak la. bangun x kena, duduk x kena, jalan x kena.. mak tanya sakit ke ? sakitla mak ooii..macam la mak x pernah beranak. hihi. mak x pernah kena beranak paksa. jawab ibuku dengan selamba. hahaha..dalam duk sakit tu sempat lagi ni mintak mak belikan mineral water yg sejuk okeh. nak jugak minum yg sejuk2x. dah nak terberanak pon. hihi. kol 12 waktu makan, makan dengan penuh selera walaupun sakit. haha.. teruk betul kan? eh, haruslah makan nanti xde tenaga nak meneran k. hihi. dalam kol 3 ptg contraction makin kerap. nurse panggil nak check jalan. ( selagi jalan belum terbukak 4cm selagi tu la x ley pi labour room. tahanla ko kat situ. ) hihi.. masuk bilik rawatan tengok2x ada doctor diyana. dalam hati memang gembira la sangat sebab doctor diyana pernah check jalan saya and dia buat soft je. huhu. kata doctor baru 3cm tapi doctor diyana cakap dia akan tolong buatkan jalan sikit...dia korek2 and cakap dah 4cm so sila la sediakan sepersalinan baju baby dan saya akan dihantar ke labour room.

kat labour room doctor najmi check jalan katanya dah 5cm. dia pecahkan air ketuban. haa...dan2x tu jugak saya nak teran. tapi doctor larang. katanya belum sampai masa. sebab anak sulung kena tunggu 10cm jalan terbuka. haiyo..lame lagi tu.. saya dah sakit sangat tahap nak mati dah. dah x larat nak tanggung sakit tu. ALLAH je yg tahu. dalam hati berdoa cepatla hari ini berlalu. kat labour room sementara nak tunggu 10cm agaknye berapa belas kali saya tekan button panggil nurse. cakap x tahan nak teran tp x boley. yg terkencing atas bed tu toksah cakap la. terlalu sakit sampai saya rasa dah mati agaknya saya kali ni. nurse cakap bacelah surah2x.saya gitaw nurse dah beratus kali saya baca ni, sampai nurse pon ketawa. hihi. saya penat tanggung sakit saya tanya doctor najmi boley x saya nak tido..terkejut doctor tu. sebab dalam sakit2x boley lagi nak tidur tu. haha. doctor cakap tidurlah dan saya request nak mengiring sebab kalo telentang memang saya akan teran baby sorang diri. huhu. doctor x bagi teran selagi x 10cm pasal takot koyak banyak and nanti kepala baby benjol sebab terlanggar pintu rahim yg x terbuka dgn sempurna. 

akhirnya pukul 9 mlm barulah cukup 10cm. korang bayangkan saya tanggung sakit dari 7.30 pagi. lebih 12 jam. x ingat apa dah ingat mati je. bukan nak takutkan korang tapi bagi saya beranak memang sakit sampai saya serik dah. untungnya bagi org yg sakit normal and x tanggung lama2x. yg jnis mudah. cemburu betul. tapi bahagian masing2x ALLAH dah tetapkan. saya bersalin ditemani 3 doctor, 3 misi. saya teran sehabis daya tp baby tetap xmo kuar. agaknya saya dah kehabisan tenaga. saya cakap kt diorang, x boleh dah. marah misi tu kat saya. dia cakap jgn sesekali cakap x boley. mesti boley. saya x menjerit ok. jgn korang menjerit time nak bersalin nanti. buat malu je. banyak ingat Allah. last misi tolong tolak perot saya baru baby keluar. ajaibnya, keluar je baby terus hilang semua sakit yg saya tanggung lebih 12 jam. Maha Suci Allah..besarnya kekuasaanNya.

tapi baby boy saya sakit. Allah bagi saya ujian. dengan hubby jauh, bersalin sorang diri, anak pulak sakit. adeeb berjuang nak hidup. serius cakap saya xkan lupakan detik2x melahirkan dia. setiap hari saya ingat. x pernah lupa sikit pon. anak saya terbelit tali pusat di leher, lemas dalam kandungan dan tertelan najis.  x menangis langsung. saya sangat takut. kesilapan doctor elisya, dia x scan masa saya datang nak admit.rasa nak je saman. huhu. kalau x mesti saya caesar terus. tapi apa yg Allah dah tetapkan adalah yg terbaik buat hambaNya. adeeb duk dalam incubator dari malam 18 june sampai 24 june hari dia discharge. sepanjang adeeb sakit naluri keibuan saya sangat teruji. airmata tak payah cakap la berapa banyak yg tumpah tengok zuriat kita bertarung nyawa nak hidup. sakit yg saya alami nak lahirkan dia rasa x seberapa bila tgk anak kita menderita. dengan wayar sana sini. jarum kat tangan dan kaki. hancur luluh hati saya. belum lagi dengan tiub masuk ke perut melalui mulut dia. adeeb x dapat bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. doctor puasakan dia pasal nak cuci sisa2x najis yg dia tertelan. sedih tgk dia x dapat menyusu. bila dah boley menyusu, doctor bagi ikut tiub dengan sukatan tertentu. pertama kali dapat direct nyusukan dia saya menangis. menangis sebab dia xmau lepaskan puting sebab terlalu lapar. kesian sangat. tapi doctor x bagi nyusu terlalu banyak pasal penafasan dia x stabil sepenuhnya. apapun Alhamdulillah, adeeb sihat. syukur pada Ilahi.

kelahiran adeeb buat keluarga saya lebih happy. ikatan kekeluargaan bertambah erat. maklumlah, adeeb cucu pertama dalam keluarga belah saya. abah dan mak saya bagi perhatian penuh kat adeeb. masa nak balik Labuan pon kesian kat diorang. hihi. xpe, ada masa adeeb balik sana tengok opah dan atuk ok. hihi.

ni ada beberapa gambar. silalah tengok :)


keadaan adeeb dalam incubator.


hari discharge.


kenangan mama masa ngandungkan adeeb 7 bulan. kat rumah mak angkat atuk kat melaka.


manja dengan abah :)


Semoga Adeeb Rafiqi menjadi anak yg soleh. doa mama dan abah semoga kamu sentiasa dilindungi Allah swt. mama dan abah sayang Adeeb lebih dari segalanya.

sekian.....

03/09/2012

capek !

assalamualaikum...

hari ni husband start kije pas coti raya yg panjang. ( dua minggu kira lama la jugak kan? ) dan aku kepenatan !!! huhu. may be belum pernah uruskan adeeb sorang diri sebelum ni. ye lah.. kat kemaman dua bulan lebih. kat sana memang ramai pembantu yg sukarela nak kaga adeeb. mama cume tukang bagi adeeb susu je. huhu. kat sana ada opah, atok, pak lang, uchu.. dan umi yg kadang2x balik cuti. haa..mulalah mama nak sendu2 ni. hihi. 1st day kat sini pas balik hari tu adeeb asik nangis je. ngan mama sekali yg nangis. tgk anak nangis mama pon banjir. ingat sume2x kat kemaman. hihi. abah hanya mampu melihat je la. no pujuk2x. kih3x. ok lah. tu je nak cite. bai!!

02/09/2012

short entry

salam...

akhirnya dapat jugak update. banyak mende saya nak cerita sebenarnya tp belum ada masa nak taip entry panjang2x. saya berubah status kini dan masih menyesuaikan diri dengan keadaan ini. masih cuba menyusun jadual harian saya supaya keje2x rumah as housewife and mama kepada my baby. semua macam kelam kabut sikit sekarang. ni pun baby ada tgh tidur kat sebelah. rindu nak post panjang2x. banyak yg saya nak jelaskan dan kongsi dengan korang. nantilah, bila dah betul2x berjalan lancar semua saya akan sentiasa update about my life. huhu. love u!