19/04/2012

Labuan ~ last day

Assalamualaikum... ok saya berpeluh-peluh kepanasan ni. hehe. baru je siap kemaskan bilik. dah tukar cadar, cuci kain baju sume, bersihkan kipas -even x bersih sgt sbb takot nak panjat kerusi-.  senang hati tengok bilik kemas dan bersih. tapi sayu hati tengok bantal hubby. uhuk! -nangis lagik pasal sedih- semalam masa hubby nak pi kije dah hntar hubby ngan linangan air mata gitu. hehe.

saya : D, rasa macam xnak balik je. (suara kuar x kuar je. air mata bergenang gitu.)
hubby : hahahaha...
saya : sedih...
hubby : xpe, mumy baliklah bersalin kat sana, lepas bersalin nnt balik la sini balik. (sambil gosok-gosok pale wife. peluk bahu wife yg cengeng)

apa lagi saya peluk hubby and x bagi dia pi kije. hahaha. boley pulak macam tu kan? tp hubby p kije jugak. takpe..takpe..esok hubby cuti sbb nak hantar wife pi airport. kesian hubby saya. macam manelah nanti dia saya duk kampung lama-lama. adui..nak cinta-cinta jarak jauh mcm dulu mmg x sanggup dah kot. dulu lainlah takde ikatan kan? sekarang dah jadi suami isteri. mati kerinduan la saya. hahaha. ayat yg mmg x boley blah langsung.


p/s : malas nk packing, suruh hubby la malam nanti boley? hehe.

17/04/2012

Last checkup at Labuan

Assalamualaikum...

ok, finally settle jugak checkup kat Labuan ni. hari ni last. nanti sambung kat Kemaman pulak. So far sume macam ok la. darah ok, timbang naik 1.5 kg lagi. sungguh hairan kenapa timbang asik naik padahal dah control makan. my baby besar kot. memang ada info mengatakan kalo mum kemungkinan ada diabetes baby mesti besar. uhuk! xpelah yg penting baby sihat. degupan jantung baby pon ok. cume hb mum yg menurun. tp still undercontrol. dari 12 ke 11. x taw dah mum nak wat macam mane lagi. asalkan jgn under 11 sudah. nurse tekan-tekan kat perut and cakap kepala baby dah ke bawah. Nurse pesan jangan banyak sangat berjalan or naik turun tangga. sebab baru 7 bulan ni. 

hari ni pas checkup terus balik je. x merayap kat bandar dah macam selalu. seriously cakap mum memang dah x berapa larat sangat nak jalan. ni pon sedang menanggung sakit pinggang. x bagitaw pon kat dady sebab tanak dia risau. lagipon jumaat ni dah nak fly kang susah hati pulak dia. Saya pon make sure yang diri saya ni sihat. kalo boley janganlah ada problem pape. nak problem-problem tunggulah dah sampai Kemaman nanti. so baby please....behave ya sayang. kesian mumy and dady ni. hehe.

MIL dah awal-awal siapkan buah tangan sikit untuk mak kat kampung. kirim ikan terubuk masin dengan kek lapis Serawak. sampai naik segan pulak saya. kek lapis tu adik ipar yg duduk kat bintulu yg post kan ke Labuan. sebab MIL mintak dia tolong belikan sebab nak bagi mak saya. isk..buat susah-susah je. nak bayar balik tp adik ipar cakap x payah. dia sedekah. hehe. malu ai. terima kaseh daun keladi. lain kali ai nak lagi ok. hahaha. 

makin nak balik rasa makin berat hati nak berjauhan dengan hubby. rasa macam sensitif semacam je. x taw nape. malam-malam x boley tidur renung wajah dia rasa rawan je hati ni. rasa pilu dan sayu je. sampai nangis sebab takot nak pisah ngan dia lame-lame. tapi nak buat macam mane..separuh hati tu nak sangat balik sana separuh hati lagi macam sedih nak berjauhan. mintak-mintak xdelah terasa sangat nanti.

hurm.. tu je lah untuk hari ni. malas dah nak menaip. pinggang sakit ni. adui..

16/04/2012

T_T

rasa macam sayu je. sedih la pulak nak tinggal hubby sensorang kat sini. rasa macam x sanggup la pulak nak berjauhan lama-lama. 

15/04/2012

dating wif hubby

Assalamualaikum...

ok hari ni hari ahad so hubby cuti. bangun pagi tadi lepas sarapan terus masak untuk makan tengahari. biasalah kalo hari ahad memang tugas saya kena masak. sebab MIL pi kursus haji tiap-tiap ahad. ahad depan xtaw la sape yg akan masak sebab saya dah tak de kat sini. mesti kelam kabut MIL nanti. oh ye, jangan hairan kenapa saya masak awal. kan saya mengajar budak-budak tuisyen setiap weekend jam 9 pagi. so terpaksa settlekan kije cepat-cepat. hihihi. macam mak mentua pesan, just masakkan lauk sambal telur dan goreng sayur je. so itulah yg saya buat. 

lepas siap masak tadi saya pon tercongok la depan tv. ( bila takde sesapa kat rumah barulah tgk tv. kalo x macam segan) tp saya rasa tv yg tgk saya tadi. fikiran melayang-layang sebab boringnye lah life kat sini. dah la takde kawan. sume orang kat rumah ni pulak jenis suka berkurung dalam bilik. tetiba hubby datang and tanya nak pi klinik x. aik? pelik ni. baiknye dia hari ni. hehe. saya tanya lah klinik bukak x sebab weekend. hubby cakap bukak. sebenarnye bukan klinik gov tapi private sebab nak amik surat pelepasan dari doktor untuk naik flight. 

so kami pi la klinik wilayah. sebab klinik tu yg nurse kat kk suggest suruh pi. then sampai kat klinik sekali pompuan yg jaga kat reception tu cakap kalo nak surat tu, kena datang dlm 18 or 19 april sbb surat tu valid for 3 days tempoh penerbangan. pulak dah! nurse kat kk cakap valid 7 hari. bengang la pulak.. so hubby tanya budak tu klinik wilayah je ke yg boleh kuarkan surat tu. budak tu cakap klinik wilayah just panel for MAS. kalo AirAsia sume klinik pon boleh. so tanpa buang masa kami pi klinik suria pulak. jumpe doctor lily je lah. tp dugaan dtg lagi. hahaha. doctor lily takde sebab ada kes kat hospital. haiyo. geram la jugak sikit kan. last kami ke poliklinik permai and nasib kami baik. so jumpe doctor selva and beliau keluarkan surat untuk saya. kenalah bayar rm20. hubby cakap surat je pon tapi rm20 kena bayo. haha. lawaklah hubby ni. alaa..hubby ni. rm20 je pon bukan rm200. hehe. tp bila pikir-pikir balik betul jugak. sebab doctor tu jgn kata nak cek saya, cuit pon tidak.. hehehe. pepun syukur lah sebab dah settle satu hal.

then kami pon jenjalan la kat bandar. tapi kenalah pi makan dulu sebab ibu hamil ni dah kelaparan. haha. hubby tanya nak makan apa so kami pi KFC je. takde lah order beriya-iya sangat. just potato wedges, ayam seketul, fries and dua minuman. milo and coffee. tu je. lepas makan saya ajak hubby pi Labuan Supermarket. hubby beli baju dan seluar track. sbb nak pakai time mancing. bese dia pakai jeans habis kotor and payah nak cuci. hihi. saya pulak sempat lagi menambah koleksi stoking baby dan sarong tangan baby. hihi. lagi satu saya mintak hubby belikan anggur merah. sebab dari hari tu teringin nk makan. dah cakap lama kat hubby tapi dia lupa. huhu. oh ye, sebelum pi makan tadi hubby sempat singgah kedai mancing. huhuhu.

so, seronok jugak dapat keluar dengan hubby sesekali. bukan salu dia ada masa nak bawak saya jalan. hehehe. tq hubby sebab belanja tadi. hehe. i love you!

14/04/2012

my bestfriend

tutt..tuttt.. ok itu bunyi mesej yg baru saya terima ni.  petang-petang macam ni dapat khabar baik dari Kemaman memanglah buat saya gembira. kan? 

saya dengan ini nak ucapkan tahniah buat kawan baik saya nun jauh di sana kerana telah selamat melahirkan baby girl. hikhikhik. mesti comel dan lemah lembut macam mum dia kan.

to : Suhaira

semoga kehadiran orang baru akan menyerikan lagi rumah tangga Suu dan hubby. dan semoga si kecil yg comel itu akan menjadi anak yg solehah. Amin.

dengar je kawan baik dah bersalin buat saya jadi makin nervous la pulak. x sabar nak balik sana nak tgk baby dia. 

Puan Suu and hubby.

picture baby dia belum ada lagi lah. nanti ai update kalo dia izinkan ok. 

p/s : baru petang semalam kite chattin' kat facebook kan Suu? tahniah my dear!

saat yg sangat indah biarpun ada seribu kepayahan

Salam...

tajuk memang gedik habis kan? hahaha. xpelah..saje je sesekali nak menjiwangkan diri sendiri. tetibe datang mood nak flashback memori sepanjang hamil ni. :) 

mase dua hari lagi nak menikah dulu, makcik saye tanya saye samada nak baby cepat atau x? saye tanya dia kenapa? then dia cakap kalo belum mau makan la pil perancang sekarang. hahaha. ciss! ingatkan ape la. saye cakapla mestilah saye nak cepat-cepat. lagipon saye time tu dah 25 tahun. hubby 36 tahun. ye.. saye dan hubby beza umur kami 11 tahun. tapi disebabkan hubby saye orangnye kecil, kurus and cute (cute la sgt) so dia x nampak macam seusia umurnye. hikhikhik.

x sampai sebulan kawen, tibalah hari sepatutnye saye period. actually saye seorang yg sangat teratur period. x pernah lewat seminggu or x pernah x period dalam sebulan. sepanjang saye mendapat haid since umur 13 tahun saye memang xde masalah dengan period. cume ade problem senggugut setiap bulan. dan saye seorang yg suke menanda tarikh period. huhu. tapi bulan tu saye terlewat 1 hari. sebenarnye saya dah rase saya hamil. (macam taw-taw je) mb instint kite sendiri kot. tapi saye xnak berharap lagi. then hari kedua lewat lagi. adik ipar dah bagi alat UPT tu tapi dia pesan tunggu la sampai seminggu dulu.. hari ketiga xde jugak cik Period tu saye mula hilang sabar. hahaha. x sempat tunggu seminggu dah saye terus buat UPT and result positif. keluar dua line merah dengan jelas sejelasnya. hihihi

saye buat UPT tu time pagi. orang kate elok waktu pagi. saye bile dah tgk result positif ape lagi kelam kabut mandi nak bagitaw kat hubby. hihi. mase bagitaw hubby tu saye x sedar saye boley nangis. hehe. memang x boley berhenti menangis sebab terharu sangat. hubby gosok-gosok kepala saye dan cakap syukur. tapi hubby pesan jangan exited dulu sebab hubby nak doctor yg sahkan. baru dia betul-betul yakin.


tetibe saya dilanda demam. hihihi. selesema dan batuk sikit-sikit. hubby pulak busy kije. yelah dah sebelum tu lama hubby amik cuti pasal nak kawen kan. so mentua la yg bawak pi klinik. kami pi klinik suria labuan. sekali giliran saya terkena dengan doctor Sulaiman. redha jelah dapat doctor laki. ingatkan boley checkup dengan doctor Lily. so, sekali lagi doctor wat urine test. and doctor sahkan saya hamil. hehehe. Syukur.


dalam tempoh awal kehamilan tu saya memang alahan. nak kata teruk sangat tu x la jugak. tapi x teruk pon macam teruk. hahaha. merepeklah saya ni kan? beselah  muntah-muntah, hilang selera makan, malas mandi. ( hahaha.. serius cakap saya jadi malas nak mandi.) x suke bau hubby lepas hubby kumur-kumur listerine. saya rasa macam bau tu busuk sangat. dan yg paling saya benci adalah asyik sakit kepala. pepun masuk ke bulan yg ke empat saya dah ok. malah selera makan bertambah-tambah gitu. sampai berat badan naik mendadak 4kg. masa alahan tu saya ada jugak kena gastrik pasal xmo makan. sampai kena pi klinik.


sekarang saya dah masuk 7 bulan. walaupon macam-macam dugaan, alhamdulillah im still survive! dengan problem nak dpt diabetes la, itulah, inilah..saya masih lagi ok. tu belum campur lagi dugaan-dugaan lain. mengidam itu ini tp x dapat la, apala..macam-macam lagi. huhu. pepon saya bersyukur sebab Allah bagi say peluang merasai nikmat ibu mengandung.


dan, semoga bayi saya selamat, sihat dan sempurna sifat. mintak Allah permudahkan proses bersalin nanti dan semoga anak kami menjadi anak yg soleh @ solehah. Amin.




13/04/2012

Dia yg bernama SUAMI

Assalamualaikum...

Hari ni dua kali saya post. ni entry yg kedua. hahaha. mood sikit punya baik ni. hehehe.

surat buat suami tercinta.
 
dear my lovely hubby, 

mumy sayang dady. sayang sangat. bila ingat macam-macam dugaan yg kita lalui sebelum kawen rase macam x percaya yg hari kita dah selamat berumah tangga hampir 7 bulan. tapi betul kata orang, cinta itu buta, tapi perkahwinan mencelikkan segalanya. bila dah bergelar suami isteri, tidur sebantal, makan sepinggan kite lebih mengenali diri masing-masing. walaupon masih banyak perkara tentang diri kita yg kita masih lagi dalam proses mempelajari dan memahami antara satu sama lain. 

kadang-kadang mumy tertanya, kenapa dady macam tu, kenapa x macam ni. dady pon salu suruh mumy macam ni, jangan macam tu. hehe. kadang-kadang kite selisih faham hal-hal yg simple. tp kita cepat sedar kan? yang kita memang different person. yg saling melengkapi kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. 

mumy nak ucap terima kaseh banyak-banyak sebab jadi suami mumy. terima segala kekurangan yg ada pada diri mumy. mumy yg x macam orang lain. :( mumy yg tersangat-sangat kerdil nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain yg pernah hadir dalam hidup dady. tapi dady tetap pilih mumy. tetap amik mumy. tetap berpegang teguh pada janji-janji kita. tetap memaafkan segala kesilapan mumy, keterlajuran mumy. mumy yg pernah melukakan hati dady dengan teruk. mumy yg membuatkan dady terus fly dari Labuan ke Kemaman semata-mata nak buktikan dady betul-betul sayang mumy. oh Tuhan, berdosanya mumy ketika itu. 

terima kaseh sebab hulurkan jari-jari dady ketika mumy pening-pening...hulurkan tangan ketika mumy mual-mual. berikan tangan dady ketika kaki mumy lenguh-lenguh. x hiraukan penat seharian berkerja sebab nak bagi mumy selesa di awal kehamilan. kesian dady. tapi dady x pernah merungut bila mumy merengek-rengek mintak picit sana sini. sabar je layan kerenah mumy yg manja ni. yg sudi hulurkan bahu setiap kali mumy menangis nak balik kampung. yg hampir setiap malam tidur di lantai beralaskan tikar semata-mata nak bagi mumy tidur dengan selesa. thanks dady. mumy love you so much. 

berat hati nak tinggalkan dady kat sini lame-lame. macam-macam mumy pikir..makan pakai dady. kalo dady penat sape nak tolong picitkan. kalo dady demam sape nak jaga. kalo dady nak mkn nak minum sape nak sediakan. sape nak kejutkan dady pagi-pagi untuk bangun gi kije. sape nak siapkan bekal dady. sape nak cuci lipat baju dady. kesian dady. terima kaseh sebab izinkan mumy balik Kemaman untuk lahirkan anak kita kat sana.

mumy ingat satu ayat yg berbunyi lebih kurang macam ni 'suami isteri yg hidup berbahagia di dunia insyaallah Allah akan pertemukan mereka di akhirat.' semoga kita akan menjadi salah satu dari pasangan itu. mumy nak jadi isteri dady dunia akhirat. mumy sayang dady. tolong doakan mumy selamat lahirkan zuriat kita. semoga anak kita menjadi kekuatan dan pengikat kasih sayang kita suami isteri. ampunkan segala dosa-dosa mumy dan redhailah mumy sbg isteri dady sepanjang hidup kita berdua. semoga Allah sentiasa memelihara rumah tangga kita di dunia akhirat. Amin.

mumy and baby love dady so much. please take care of urself and we both waiting for you at Kemaman. 

lots of love,
mumy and baby 
(^_~)

p/s : dah lame saye simpan entry ni sebenarnya. :)
saya sangat sayangkan suami saya.

gambar ni sehari selepas kami bergelar suami isteri.


waiting for 20 April 2012

Assalamualaikum...

ok, untuk kali ke empat ratus lapan puluh tiga kali saya dengan riaknya nak bagitaw lagi yang saya ada lebih kurang seminggu je lagi untuk balik kemaman. hikhikhik. Dengan itu banyaklah jugak hal-hal yg saya nak kena setelkan before fly to Kuala Lumpur. oh ye, sebelum terlupa, AirAsia dengan dukacitanya telah menghantar mesej untuk inform yg flight saya diawalkan lima belas minit. thanks a lot ye AirAsia. hahahaha.

Sebelum balik saya mesti buat :

1. last checkup kat klinik desa sini 17 April nanti. mesti amik segala rekod kesihatan saya sepanjang preggy untuk klinik sana refer nanti.

2. kena kemas almari baik-baik. letak baju encik suami kat tempat yg dia senang nak cari dan nak ambil. paham jelah orang laki ni. main tarik je. mane yg rasa x jadi pakai disumbat-sumbat tanpa lipat balik. geram kadang-kadang. hehehe. may be suami ingat kalau dia x buat macam tu saya ni tade kije pulak nak buat kan? hahaha.

3. tukar dan cuci cadar, sarung bantal dan selimut. selimut simpan satu. nanti cadar ganti pakai yg kaler gelap sikit sebab kalo pakai yg kaler cerah alamat saya balik sini nanti xtaw la rupe cadar macam mane.

4. hantar novel-novel Makcik Munah. ( ibu saudara suami yg sangat baik hati ) 

5. Kemas barang-barang yg saya xnak pakai elok-elok sebab kalo dibiarkan takot suami buat x peduli habis berhabuk barang-barang saya.

6. bersihkan kipas, siling, lampu dan dinding kat bilik. kalo x berdebu suami bukan nak bersihkan kalo x di suruh. bilik ni cepat betul berhabuk. x suke sangat!

7. balik dari klinik desa 17 April mesti ke Klinik Wilayah untuk amik surat doctor sebab nak naik flight. Klinik tu klinik panel untuk Mas and AirAsia kat labuan ni kot.

8. ajar suami guna washing mechine. hihi. sebelum kawen, suami cuci sendiri kain baju dia. cuci tangan pakai berus ok. kesian dia. nanti ajar dia guna mechine senang sikit kije dia. tp mak mentua dah pesan suruh bagitaw suami letak je bakul baju kotor kat luar pintu bilik biar dia tolong cucikan. tp segan pulak saya. xpelah, ajar jelah suami nanti. hihihi.

9. kalo ada rezeki lebih dan suami ada masa nak ajak dia pi bandar cari gift untuk famili kat kampung. tapi ntah dia ada masa ke x sebab busy kije sangat. asyik ot je. huhuhu.

tu jelah kot. saya pon x taw dah ape lagi. hahaha. kalo ingat saya update okeh! 

tata!

10/04/2012

hari-hari terakhir di Labuan

Assalamualaikum...

cis..! Tajuk entry kali ni memang x boleh blah langsung kan? macam la dah x balik lagi ke Labuan yg x indah dan permai langsung ni. (pendapat peribadi saye ok) Lame rasenye saye x update blog ni. macam dah ade debu-debu sikit kan? ngengade la saye ni. actually, lately ade beberapa ujian yg Allah turunkan buat saye. jadi saye redha dan pasrah. walau macam mane pon tetap ade tension sikit. x pelah. kita lupekan perkara yg lepas itu. 

ok... sebenarnye ni baru balik dari hospital. biaselah saye ni kalo x kena pi hospital x sah. tengok orang lain pregnant relax je. saye ni je kot asyik kelam kabut duk kena melawat hospital. Semalam dari pagi sampai malam muka saye ade kt hospital pasal nak kena BSP. result boley tahan. paras gula menurun. Syukur. tapi tu lah. sekali dah terjerat dengan BSP ni sampai ke bersalin nanti la kena buat dua minggu sekali. pepun, saye dah x risau sangat pasal nanti saye dah kat kampung dengan my own family. jadi lapanglah dada saya ni. nasihat saye untuk korang-korang yg early preggy or yg ade plan nak pregnant tu, jagalah pemakanan anda dan amalkan gaya hidup yg sihat ok. 

sedih jugak ni nak tinggal hubby kat sini lame-lame. lepas raye nanti baru saye balik kot. may be jugak lepas raye aidiladha. pepun still belum dapat persetujuan hubby. by the way my mum and dad in law dapat panggilan haji tahun ni. so nanti risau jugak ade anak kecil tapi takde orang tua kat rumah. paham-paham je lah baby ni kan. buatnye nangis tengah malam x tahu nanti kami laki bini nak buat ape. tengoklah nanti. Hubby saye ni memang x romantik macam hubby orang lain. dia memang x pandai tunjuk perasaan dia. jenis serius gitu. huhu. tapi saye taw dia sayang and care. banyak jugak dia berkorban untuk saye sejak saye makin sarat ni. perempuan preggy ni meman banyak kerenahnya. nak nak time tido malam. satu katil saye konker. hahaha. bukan ape sebab saye x selesa, rimas, panas dan asyik berpeluh. hubby sekarang amik keputusan melarikan diri tido di bawah. hehehe. kadang-kadang kesian tengok taw..dah la satu hari kije penat pahtu tido kat bawah pulak. huhu. saye taw dia nak bagi saye selesa. thanks hubby. i love you.

mood nak pindah makin kuat rasenye. tapi hubby macam berat je nak tinggalkan Labuan ni. pernah gak saye terpikir nak kije kat k.l and biar hubby kat Labuan. bukan ape, dengan care tu nanti saye pikir mesti hubby terbuka hati nak pindah sane memandangkan saye ngn anak kt semenanjung. betul x? hihi. licik x saye? saye bukan x suke duk sini tapi ntahla. susah nak terangkan. korang cubelah dulu baru korang taw. 

oklah, nanti saye sambung lagi k. tata. :)

02/04/2012

checkup lagik!

Assalamualaikum...

ok betul macam baru lagik update pasal checkup kan? Sebenarnye sekarang kena pi dua minggu sekali dah. tu yg asyik checkup je. Before diz sebulan sekali jek. huhuhu.

So, pagi tadi mase husband nak pi kije kite tumpang la sekali pi same-same. Sampai je kat klinik, klinik belum bukak lagi. terawal la pulak. tp dah ade seorang ibu ngan dua anak duk menunggu. ade lagik yg lebih awal dari kite taw. duduk x sampai sepuluh minit misi pon bukak klinik. letak je buku pink kat kaunter depan terus pi toilet sebab nak tengok urine kite ok x. setakat ni belum pernah lagik kena kencing kotor. syukur Alhamdulillah.

x lama lepas tu misi panggil kite. timbang berat naik 1.5kg. hehehe. dalam duk kurangkan makan pon berat still jugak nak bertambah. ok lah tu. sebab karang x naik bising pulak misi. misi check degupan jantung baby, check darah, check kaki bengkak ke x, check itu ini sume ok xde masalah. lega rase. then misi ajar cara nak kira pergerakan baby dalam perut. start hari ni dah kena kira sampai la bersalin nanti misi cakap. misi ajar dua kali dah paham. huhuhu. pah tu misi tanya ubat ade lagik ke x. kelentong misi cakap dah nak habis. hahaha. saye selalu tipu misi kalo tiba bab ubat ni. sebenarnye ade 4 jenis ubat yg saye kena makan. acid folic, iron tablet, vitamin b complex dan vitamin c. biasa saye cume makan acid folic je tiap-tiap hari. yg lain tu ade la jugak skip-skip gitu. hahaha. korang sume silalah jangan tiru perbuatan x bermoral saye ni. hehe.

then selesai checkup saye pon pi merayap ke bandar. hahaha. kali ni lagik cergas dari yg hari tu. hari tu berani makan je sensorang. hari ni siap pi jalan kat Financial Park and Labuan Supermarket lagik. hikhikhik. Sebenarnye bukan setakat jalan je tapi menyoping sekali gitteww. hihik. x beli ape pon sangat cume beli beg balik kampung. hahaha. murah je pon. memang dah niat nak beli sebab balik nanti malas nak bawak beg troli tu. nak hand carry je. sebab xmau bawak balik baju banyak-banyak. yelah, kt kemaman tu dan setambun baju saye. buat berat jek kan? kat supermarket tu kite beli sardin ( hubby nak start bawak bekal p kije ) beli kopi hubby dan beli apple ijau untuk diri sendiri. hihi. oh ye! lupe nak gitaw kite sempat singgah makan kat restoran hari tu. hahaha. 

so, tu jelah cerita saye untuk kali ni. 9 april nanti kena BSP. nanti saye update pasal tu ok. dan lagik satu may be 19 april tu saye kena jumpe pakar zat makanan sebab dia nak bagi nasihat kat saye. malas saye nak pegi. saye nak off handphone hari tu nanti. hehehe.

babai!