28/06/2013

mereka ini...

hari ni tak tahu nak update apa. pagi pagi online facebook pergi page adik. belek belek gambar, baca status update dia orang. tetiba rasa nak cerita tentang mereka kat blog ni. bila berjauhan serius rasa rindu sangat dengan dia orang. tak sabar nak jumpa minggu depan. *senyum lebar*

famili saya seimbang. tiga lelaki tiga perempuan. *including mak  dan abah* tapi lepas kahwin dan adeeb lahir kami dimonopoli oleh kaum adam. hihi. adik perempuan saya pada personal pendapat saya sangat sangat struggle. dia sejak umur tiga belas tahun merantau. sampai sekarang. tak dinafikan dalam adik beradik dia paling pandai.upsr dapat 5A, pmr pun straight A. result spm jangan cakaplah. nangis kalau nak banding dengan result iols. heh. jadi dari form one sampai form five dia duduk asrama. study kat mrsm. lepas spm dapat matriks. tapi ditolaknya sebab nak masuk universiti terus. dapat tawaran ke maktab pun dia tolak. kadang kadang saya terfikir kenapalah saya tak duduk asrama jugak dulu? kalau tak mesti struggle jugak. hehe. saya tengok banyak perkara positif yang dia lalui sebab berjauhan dengan famili. buktinya, mana ada dia menyusahkan mak dan abah. habis study je terus kerja menunggu. study kat u pun hukm yang taja. tak payah pikir camne nak bayar hutang ptptn. tsk. mampu kumpul harta sendiri. al quran tu pun dah sebelas kali khatam. saya? separuh jumlah dia pun tak sampai. malunya. padahal saya kakak. tak tunjuk contoh yang baik langsung kenn...

antara adeeb rafiqi, arizairin haiqal dan hadzerin ayadi. i vote for ayadi which is antara mereka bertiga yg paling senang nak jaga masa kecil. even masa tu saya merungut rungut dan selalu tension sebab nak pergi main mesti kena bawak adik.tapi lepas melalui pengalaman jaga ari dan adeeb i honestly admit yg ayadi paling senang. kalau letak dalam stroller tak pernah bangun or try nak turun. compare dengan adeeb yang memang kena pasang tali pinggang siap siap. duduk dalam rumah bagi mainan sebakul dia akan main sendiri dengan asyiknya. kita just tension at that time sebab always kena jadi tukang kemas. kalau tengok tv dia akan leka tengok sampai habis so senang kita nak buat kerja rumah.cuma tension sebab tak boleh nak tumpang tengok sebab asyik channel kartun dua puluh empat jam.

ari pulak even hyperactive senang sikit dari adeeb. tapi nak banding dengan abang,baik lagi abang masa kecik. zaman ari kami mula terpaksa menerima hakikat dinding rumah menjadi lukisan. menjadi papan pameran lukisan. T__T. tapi ari tak adalah memanjat sana sini macam adeeb. ari tak minat mainan sangat nak banding dengan ayadi unntil now still beli gundam. ari ok sikit lah kalau bab tu. ari tak minat sangat tengok tv. dia sukakan hanphone, tab and laptop. maybe generasi kanak kanak sekarang memang macam tu agaknya. lagi satu ari mudah mesra. even orang baru kenal sebab dia jenis suka berkawan.tak macam ayadi yang tak suka dengan orang luar masa dia kecil dulu. ari ni jenis peramah kut. kawan kawan abah semua dia kenal. sebab dia memang anak abah  sangat. like me. hihi. antara adik beradik ari paling bertuah sebab lahir bukan zaman hidup susah sangat. dia membesar pun dalam suasana kakak kakak dah kerja.dah boleh bagi apa yang dia nak on time. dapat rasa pakai baju mahal, pakai handphone padahal umur baru lapan tahun. tsk. bertuah budak budak sekarang.

doa saya, semoga hidup mereka sentiasa dalam lindungan Allah. sebagai  kakak saya sangat sayng pada mereka. adeeb pun sayang umi, pak alang dan pak uchu. :)


27/06/2013

dingin dan berangin

pagi yang dingin. berangin. bukan angin yg bertiup tapi mak ni hah yang hangin satu badan. pasai apa tak taw lah. may be wake up in the morning at wrong side. bukan berangin nak marah tapi berangin nak nangis je rasa. camne tu?

tadi tengah bersiap siap nak gi keje encik azhar sempat nak tunjuk slip gaji. " ni haa...gaji dady bulan ni. " sambil hulurkan slip gaji. but me just like angguk dan terus baring kat katil tanpa tengok that slip. ntah jin tanah mana la yang merasuk pagi pagi buta ni pun tak tahulah. badan rasa macam penat je. adeeb puku empat pagi tadi dah bangun. kadang kadang honestly cakap even anak baru seorang rasa tak menang tangan nak jaga. kalaulah tinggal sendiri may be saya akan lebih relax. suami gi keje je boleh nak bermalas malasan. nak masak lambat pun takpe sebab sorang je. tak payah asyik nak kena tutup aurat duduk dalam rumah. kadang kadang rimas asyik bertudung. rambut saya habis rosak. tensionnyalah. siapalah yang sudi mendengar rintihan hati ini? stress giler!!

26/06/2013

miskin harta tapi kaya kasih sayang

ibu bapa saya bukanlah golongan berharta. like duit berkepuk kepuk kat bank. kami dulu jalani hidup seadanya. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. tapi kehidupan begitulah yg menjadikan kami adik beradik kenal erti hidup. 

abah cuma seorang nelayan. bukan nelayan yg tak ada pelajaran. abah saya melanjutkan pelajaran di institut pertannian besut dalam course perladangan. abah saya seorang yg pandai. fasih berbahasa inggeris. tamat pelajarannya di institut itu dia ditawarkan menyambung pengajian ke sebuah institut di indonesia kalau tak silap saya. tapi pemikiran orang dahulu. datuk nenek saya bagi keputusan muktamad yg jangan pergi. tak ada duit! tipikal orang melayu dulu dulu. sekadar cukup makan sudah. langsung tak fikirkan masa depan anak. then, mengikut cerita pakcik saya hal itu membuatkan abah saya merajuk dan nekad mengabdikan diri sebagai anak laut. sadisnya.

lalu dia bertemu jodoh dengan gadis sekampung iaitu adik kepada kawan baiknya sendiri yakni mak saya. berkahwinlah mereka dan lahirlah kami adik beradik. memang kami tak pernah nak bermewah mewah sangat. ekoran dari kehidupan yg susah mak saya sedaya upaya membantu meringankan bebanan abah. mak mula membuat kuih dan dihantar ke kedai kedai. ada juga orang yang datang beli direct kat rumah. bernafaslah sikit abah selepas tu. dan ditakdirkan Allah sepupu abah mencadangkan abah mengajar anak anak kampung tuisyen di malam hari. tapi org kg bukanlah kaya raya. yuran sepuluh ringgit sebulan pun ada yg tak mampu bayar. tapi abah saya ikhlas ajar. tak berkira sangat. dah tak mampu nak buat macam mana. at least dia orang ada kesedaran nak bagi anak belajar. last jawatankuasa kampung berpakat berikan abah elaun bulanan. taklah banyak tapi syukur alhamdulillah.

saya sangat rapat dengan adik adik saya. kami tak pernah bergaduh sampai berhari hari tak bercakap. tak pernah. setakat gduh adik beradik biasa je. abah cukup pantang kalau berkira dengan adik beradik. dulu saya selalu rasa mak pilih kasih. tapi bila dah berjauhan dengan dia baru saya faham. mak tak pilih kasih. sebaliknya saya rasa sayalah anak yang paling menyusahkan hati ibu bapa. ye, saya menitis air mata ketika ini. saya rapat dengan keluarga saya. tqmbah ada adeeb kami jadi bertambah rapat. besar kasih sayang kami. memanglah tak pernah cakap sayang sayang. cukuplah zahirkan melalui perbuatan. tak pernah kami umpat mengumpat antara satu sama lain. bila saya alam kesusahan cepat je dia orang bantu dan tak pernah minta dibalas. 

abah saya tak banyak duit tapi banyak kasih sayang. ibu bapa saya tak ada kereta, tak ada rumah besar, tak ada dua tiga akaun bank. tapi kami tak kisah. kami jalani hidup seadanya. biar  serba kekurangan asal ada kasih sayang antara kami. tak pernah terjadi konflik pulau memulau atau buat hal masing masing atau sindir menyindir or kata mengata di facebook. semoga hidup serba sederhàna ini berkekalan. buat apa kaya raya tapi miskin kasih sayang.

sentap

yes...tajuk entri hari ni dalah sentap. jum bincangkan.

saya akui saya mudah tersentap dengan something. lagi lagilah kalau dengan sesuatu yang saya tak boleh nak terima dengan akal. dan jenis saya kalau dah datang angin sentap 
saya ni memang payah nak dengar suara saya lagi. dulu belum kahwin kawan kawan selalu cakap saya ni kuat membebel. cerewet. mulut pot pet pot pet membebel. haha. tapi dengan husband saya bukan jenis kuat membebel. kalau ada apa yg tak kena saya akan diam. jadi husband mungkin dah faham yg diam saya itu menandakan saya sedang marah. tapi bukanlah saya nak cerita pasal sentap dengan suami. 

adalah seorang hamba Allah ni. kadang kadang saya sentap dengan dia. tapi memandangkan kita ni orang luar lagi menumpang kat kampung orang pandai pandailah saya bawak diri. adeeb masih lagi kecil. baru setahun. apalah yang anak sekecil ini faham. budak budak biasalah setakat baru pandai pandai menegur. just like aaaa..baaa...mamama... kan? susah sangat ke nak tunjuk muka senyum dengan budak besar kuman?  taknak layan pun takpe. cuit sikit pun jadilah. bukan buat budak tu terkebil kebil tengok kau berlalu macam angin. sedih tengok budak yg tak berdosa di layan macam tu. kalau dengan anak anak orang lain pun dia macam tu maybe i dont mind. tapi dengan anak orang lain boleh di  dukung, di cium...tapi dengan anak kita? dari dulu saya perasan. tapi takpe. kita perhatikan sajalah. kita tak boleh paksa orang supaya suka kita. kalau dah orang nak benci kita tanpa sebab bencilah. sikit pun saya tak hairan. takpe, adeeb. tak lama lagi dah.

kadang kadang saya tertanya tanya kenapa akal saya selalu larang mulut saya mengata orang lain? kenapa akal saya selalu melarang saya tulis atau balas sindiran orang lain di facebook? kenapa hanya saya yang kena jaga hati orang lain sedangkan orang kalau nak mengata kita ikut sedap mulut dan jari mereka je nak taip apa. kenapa? kenapa? saya benci dengan kelemahan saya ini. saya benci sangat dengan sikap saya yg suka sangat nak jaga
banyak hati. ini bukan kelebihan. ini kelemahan. satu je saya nak pesan, kita ni jangan nak benci sangat dekat orang sebab orang pun belum tentu suka kita. kita ni nak tulis apa apa jangan ikut sesedap hati je. orang ni diam diam bukan apa. dalam hati kut dia doa kat Allah keburukan untuk kita. jangan melampau sangat memandang rendah kat orang. ingat sikit. bumi ni bulat. hidup ni macam roda. esok esok kut sampai giliran ke bawah orang tepuk tangan tanda puas hati dan seronok ketawakan kita.

25/06/2013

borak borak kosong

salam.

akhirnya tidur juga adeeb setelah buat sepah satu bilik dengan mainan. lately kemain payah nak bagi tidur siang. main...main....main...memanjat mengggigit adalah kemahiran yg padu dan tak tersangkal. mama tiap tiap hari jadi tarzan sebab menjerit JANGAN !!! senantiasa. kadang kdang mama boleh sakit jantunng dengan kerenah adeeb yg nakal. confirm ikut perangai abah masa kecik ni. nenek kata balik tadika abah akan singgah main air  dekat lombong. T_T dahsyatnya incik azhar masa kecik. nasib nenek always perhati dari jauh. tapi bukan itu yg saya nak cerita.

tak lama lagi dah saya nak terbang. tapi masalah jerebu sekarang ni sikit sebanyak buat saya risau. takut cuaca tak mengizinkan flight menerbangkan diri. saya bermohon semoga keaadan ini beransur baik. cadangnya nanti nak pi jenguk PUAN MELL DAN SYUKRII sekejap. dah lama kami niat nk jumpa tp ada saja halangan. sebenarnya adik perempuan saya tu ada sikit fiil pelik yg mengjengkelkn kami. dia tu kalau jauh macam macam dia buat rancangan. tp sampai masa non hado! always ok. always! let see she called my mum and said " mak, nntilepas ambik along and adeeb kita mskan dulu then pas rehat kejap kita pi midvalley. " tp sampai masa nya... " adik, umi penatlah. kita tak payah pergilah eh? " or " aku ni penat tau tak. malam td dah la kije. pas tu rushing ambik mk ngn adik adik kt putra. pahtu pi lcct pulak."  hah...gitulah. dia tu memanglah always mcm tu. sampai dah jadi bahan jenaka saya dengan mak. kihkihkih. dah la selalu cakap muka dia macam jessica alba. gila perasan. muntah kakak kau.

saya cukup bengang sebab entri before tak taw kemana hilangnya. mencik ai. dah la taip dengan penuh emosi sambil menghayun buaian. kau mampu?

24/06/2013

biar gambar yg berbicara cuma...



andai terjaga comelku
mesra kasih kudakapmu
belaianku menyegarmu
mama akan selalu disisimu...

andai kucapai si pelangi
akan kuserah kepadamu
agar dapat kau mewarnai seluruh hidup nanti...






 
 









18/06/2013

entri ada gambar

saya cukukp bengang sebab susah betul nak masukkan gambar kat blog since i used tablet. may be i kureng sikit dengan gajet gajet touch ni. u see how much typo my entri now... ni antara birthday gift yg adeeb dapat. selebihnya banyak dapat angpau. tp xkan saya upload gambar duit pulak. poyo je kann...








thanks a lot all.. mangkuk and plate spongebob tu mak uda yg kasi. kasut yg super cute tu untie nana dgn kak aliya... baju and suar cuddle from kakak irdina and baju elmo from untie rin dan abang haikal. thank you so much dari mama and adeeb..



happy birthday, Adeeb!

today is adeeb's birthday. i cant believe how fast masa berlalu. tup tup already one year i be a beautiful and gojes mummy. ok fine, ugly mummy. haha. just joking! did u know how happy i am ? i still remember one year ago at this time saya seang menanggung kesakitan untuk melahirkan. but that is such a beautiful moment that i have in my life. i never forgot! ok lets me flashback.  always buat my tears bergenang genang. wuuuu...

setelah 40 weeks pregnant i still tak sakit nak bersalin. masih teda tanda tanda baby nak keluar. how stress i am at that time bila melihat teman teman seangkatan sudah ramai yg bersalin. then i admit ward. doctor rohani, pakar kat hospital kemaman ambil keputusan untuk meng'induce me. she said better induce coz ibam on gdm diet control. ok i just follow the suggestion. she know better then me rite? induce je, few minutes i can feel the contraction. huhu...sakit sakit sakit... x senang duduk. baring tak kena, duduk tak kena, berjalan tak kena... menggelisah saje. tapi jalan baru 1cm. kuciwa. then makan tengahari dengan penuh selera rven sakit. haha. bab makan tak tolak. time tu i am 80 kg. redho saja melihat diri ini umpama gergasi. dalam hati duk terfikir aku ni confirm akan mengikuti jejak ibuku yg dari slim jadi setambun lepas da anak. pasrah sajalah. jam tiga petang doctor diana called to check jalan.and she tell me baru 3cm but dia akan buat jalan sikit supaya jadi 4 cm and i will sent to labour room. kat labour room doctor najmi cek sudah 5 cm lalu beliau terus memecahkan air ketuban. terus nak teran baby. tapi doctor cakap belum sampai masa. teranlah macam mana pun anak takkan keluar lagi. dan dikuatiri saya akan mengalami banyak kekoyakann disamping kepala anak will benjol because terlanggar pintu rahimnyg tak sempurna lagi bukaannya. then saya requestvnak tido mengiring sebab takut terteran baby sensorang. saya x sedar how much i press the red button called nurse sebab tak tahan. yang saya sedar tetiba saya dengar azan dan tanya doctor dah asar ke? doctor told me dah isyak. terkezut mak. huhu. akhirnya tepat jam 9 malam doctor cakap dah boleh teran. kat sini lagilah stress sebab bila dah boley teran taknak pulak baby ni kuar. hihi. sampai saya cakap x boleh..x boleh...x boleh dah...yg membuatkan staffnurse hangin and motivate me jangan cakap tak boleh! sian baby nak jumpa mama ni. mesti boleh! then tengok saya menderita sangat dekat sejam teran baby stil x deliver, salah seorang nurse panjat tepi katil dan push my tummy disamping saya teran sekuat hati. keluar jugak si debab 3.58 kg dengan jayanya. tapi nurse p
otong tali pusat then terus lari keluar and terjerit jerit dalam istilah perubatan yg saya tak paham. masa tu dalam hati tertanya tanya kenapa tak da pun babby d
i letak kat dada saya dengan darah darah maacam ibu ibu kat ward cakap? saya tanya nurse yg jahit jahit saya yu mana anak saya. anak saya boy ke girl...tp dia cakap jap ye ibu. ..nanti doctor cakap dengan ibu.paling hairan napa x dengar my baby menangis. then doctor datang cakap anak saya lelaki tapi lemas. sekarang dah ok tapi kena duk kat nicu. ok lega. ingatkan apa.keesokkan lepas sorang doctor dataang cek me barulah clear pasal kondisi anak saya time tu. rupanya adeeb bukan setakat lemas, tapi sudah tertelan najis dah tebelit tali pusat dengan tiga lilitan di leher. masa tu saya tasa down n  trfikir mungkinkah sebab lama sangat saya teran sebab tu anak terlilit tali pusat? tengah hari saya pergi ke unit nicu dan tengok petmata hati rsa nak tumbang kat situ kalo x kuat. hancur luluh hati daya tengok deeb tersekat sekat nak bernafas. mata dia layu je pandang saya. gugur airmata tengok keadaan dia. saya usap usap badan dia dengan tangan sebab nurse cakap saya x boleh dukung dia pasal doctor x benarkan adeeb dikeluarkan dari incubator. dalam hati saya macam mana saya nak cakap kat husband yang anak kami kritikal. macam mana saya nak tunjuk gambar anak kat suami..macam mana saya nak lalui ni sensorang. famili member yg lain datang melawat semua x boleh tengok. sampai saya pesan dekat mak tolong jangan bagi sesiapa datang nak melawat. saya tengok dalam nicu tu adeeb yg palling tenat. even baby lain seorang demi seorang dah discharged and just tinggal adeeb je seorang kat nicu and still in incubator. saya mengadu kat mak dan abah saya dan abah pujuk cakap tak apa at least nurse and doctor akan fokus pada adeeb sorang. entahlah..susah saya nak lupakan saat saat tu..

mungkin ada yang cakap saya ni over ke apa tapi biarlah. memang bukan saya seorang yang ada anak.terpulang macam mana korang nak menilai saya. saya tak kisah. anak sayaseorang je. seluruh kasih sayang saya tertumpah pada adeeb. emas permata pun tak setanding adeeb. dan saya rasa semua ibu sanggup berganti nyawa demi anak.

doa saya sempena hari lahir adeeb yg pertama ni semoga anak saya sentiasa dalam lindungan Ilahi. semoga menjadi anak yg soleh. semoga berbahagia di dunia dan akhirat. mama halalkan setiap titis susu yang mama beri untuk adeeb..mama halalkan stiap titik peluh mama dalam membesarkan kamu. nak. mama sayang adeeb. sayang sangat sangat. Allah paling tahu apa yang da dalam hati mama. macam mana mama sanggup bekorban apa saja demi kamu, sayang.....


SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...
ALLAH BLESS YOU, SON.



15/06/2013

im coming home..im coming home...tell the world im coming...

assalamualaikum...

hari ini hari sabtu and as always husband kerja. coti pon kerja kekdahnya. kayanya idok jugok.hihi. tak baiklah! rezeki kan Allah yang tentukan jadi marilah kita memanjatkan kesyukuran. alhamdulillah. masih diberi rezeki untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini. kemain mak kau macam brtazkirah pulak mukadimahnya. hehe...

first, tak tahulah perkataan terima kasih tu sesuai ke tak nak tujukan pada puan Mell di atas kerajinan beliau membuat blog saya berwajah baru. ececece...bertukar wajah sudah kan. dah la suruh orang, kemain tuan tanah banyak cekadak. boleh x cari header yg ada tiga bulatan nak letak gambar...boley tak buat hitam putih nak bagi oldskull...boleh tak ayat kotak hati mama adeeb tukar pada catatan ratna...boleh tak nak pinky pinky... hoii...kemainlagi demandnya. banyak beno permintaan. hihi... pape pun thank you very much ya! nama blog pun dah tukar pada catatan ratna. ilham dari novel Ramlee AwangMurshid yang da menceritakan tentang catatan maryam. nak tahu apa sila baca semua koleksi sunan okey! actually my nickname ratna yang saya guna sejak bertahun tahun ni pun ilham novel beliau. tuan tanah tukar jadi ratna rafiqi suddey..pinjam nama anak kekdahnya. nak jugak glam glam poyo kat blog. kuikuikui...

berbalik pada tajuk entri, yup..saya nak balik kampung. early ramadhan. actually time balik tu belum pun ramadhan lagi. dua hari lagi nak ramadhan ikut kiraan kalender islam saya balik. nak sambut ramadhan kat kampung.and as always fly with adeeb. husband tak ikut. dah ajakk dia yg takmau. tp dia izin je saya balik. satu yg saya selalu confuse sesetengah orang selalu tak senang kalau tahu saya nak balik kampung. wth. sukehati sayalah. takkan saya tak boleh nak jenguk famili saya. takkan saya tak boleh nak balik rumah ibu bapa saya. siap ada yang cakap orang lain balik setahun sekali je kut. sampai sil yg dengar pun sil berbulu.sil said kalau saya nak balik sebulan sekalipun takde masalah kut.bukan guna duit dia orang pun. dah abang dia izin je kann..huhu...entahlah apa yang mereka mereka risaukan sangat...serius tak faham...

suka dengan entri mari mengaji puan Mell. thanks ya!


14/06/2013

lagi cerita pasal anak

saya buat blog bukan nak cari glamer. memang jauh sekalilah nak suruh satu dunia baca cerita saya. motip? ko ingat ko retis? tulis blog ni sebab salah satunya saya memang minat jugak menulis even kusedar diri ini tiadalah berbakat. merepek je pandai. hihi. paling utama untuk kenangan masa depan. nanti mesti rindukan masa lampau kan so bolehlah kita baca balik catatan perjalanan hidup kita. tak tahan guna ayat catatan perjalanan. kelassss iolsss!

my mother in law is my bestfriend. ni bukan ayat nak bodek ke apa tapi hakikat. kat labuan saya ni tak ada kawan sangat. jadi kije saya mengikut je mil pergi mana mana. like ke pasar, kenduri, holiday and so on. memang ada sil yg umur lebih kurang sebaya tapi she always busy with her kids. tapi kami memang selalu chat via sms. motip duk berjiran pun nak sms kan. haha. even kami duk satu rumah dulu pun kami sms jugak kalau ada apa apa hal. hihi. easy what? berbalik pada my mil, may be dia faham saya ni anak sulung and adeeb cucu first dalam family saya so apa apa je perkembangan adeeb mesti dia suruh rakam baik video or photo. mesti dia akan cakap nanti tunjuk kat opah kat kampung. mil pulak yg selalu tanya da x hantar gambar adeeb kat opah? ada x masukkan gambar adeeb kat fb? hihi. macam hari tu adeeb main datuk punya kayu golf. konon nak ikut datuk main golf la tapi x semmpat nak snap pasal mama time tu kat dapur. mil kata pak long nak ambil kayugolf tu adeeb marah. hihi. kayu golf tu kan berat so paklong takut terhempap atas kepala. atuk pulak memang kat luar tu jugak dia display golf set tu. cucu cucu memang x lepas peluang lah.

semalam mama potong rambut adeeb. memang x boleh blah mama punya hsil kerja tangan. sebijik macam abu bakar ellah. like mama serkup kepala adeeb dengan mangkuk then mama gunting ikut mangkuk. haha. petang semalam bawak adeeb keluar semua gelak. mama pun gelak la jugak. last cik nana tak tahan geram tengok hsil kerja tangan mama yg kreatif terlampau tu cik nana pi keluarkan semua alatan nak gunting rambut. nenek untie pun repairlah balik rambut adeeb. dekat nak maghrib datuk balik dari main golf datuk nampak kami tengah kerjakan deeb terus datuk amik mesin dan ketamkkan rambut adeeb sampai botak. haha.puas hati mama. meraung raung si adeeb sekejap. tapi lepas siap terus berhenti nangis dan datuk dukung terus eksyen mama nak ambik tak mau dengan mama. ewah...ewah...

saya geram sebenarnya dengan entri before sebab gambar entah kemana tak taw.padahal banyak saya uplload gambar adeeb. vengang tahap gila vavi.

thanks tu mrs mell by the way. jasamu dikenang.*flying kick. ehh, silap! flying kiss lorh.*


13/06/2013

two entri in one day

ok puan mell nak tolong register blog mama dengan nuffnang jadi marilah buat trafik kat blog iaitu update sampai lebam. *lambai tangan ala miss world to umi syukrii* saja nak update sebab entri pagi tadi tu pendek sangat just untuk warming up kata orang. ngek tol.

sekarang marilah kita merapu. biasalah buat blog sebab nak hilangkan boring. sambil luah luah perasàan sikit.tapi since ada anak cerita kat blog pun berkisar tentang anak je yang banyak. gitulah kekdahnya. sikit sikit update perkembangan anak. eh, sukeati i lah. adeeb now kemain melasak. nangis mak ko,nak. fenat gilos nak jaga. satu hari kalau x jatuh, x terpeleot, x tersungkur bukan adeeb lah namanya. redha saja mak ko ni. kalo opah kat kampung tahu kut mama naik tebal telinga kena bebel.bab munggah kain baju x payahlah nak cakap. itu rutin wajib. dahlah mak ko ni jenis cerewet.

ok saya akui saya cerewet sikit. ke cerewet banyak. lets see cadar katil mesti kena tegang sentiasa. kalau tidur tu kalau boleh kena tidur statik je jangan berkalih sebab nanti cadar tertarik. sehari empat lima enam kali betulkan cadar. batal kena susun macam orang nak hias bilik pengantin. motip? ko dah ada anak, lia. asal boleh x bersepah sudahlah. mainan adeeb mesti setiap masa nak kena masukkan dalam bakul. kalau boleh biar adeeb duduk depan bakul and main satu persatu. dah bosan satu letak balik dalam bakul dan ambik another one. anak ko baru nak setahun, lia. dia reti bahasa ke? then adeeb punggah kain baju abah. mama pun apa lagi histeria tejerit jerit jangan...jangan....ko jeritlah sampai terkeluar anak tekak pun adeeb buat jugak. lagi dia ketawa kut tengok mak dia macam orang gila.

saya akui kadang kadang garang dengan anak.bukanlah garang sangat pun. tapi pernah mil cakap kat adeeb " alaa..sian dia kecikkecik dah kkena marah." at that time i just like hehe. dalam hati cakap " bukankah ada peribahasa mengatakan kalau nak melentur bbuluh biar dari rebungnya." nanti dah besar kalau nak marah dah x guna kut. saya marah anak bukanlah tahap tengking anak. just like " adeeb, mama say no!" " adeeb, dont! "  itu je pun. x sampai hati kut nak sergah sergah kat anak. kecik lagi pun kann..

sekarang lebih suka post pasal adeeb kat blog berbanding facebook. kat blog boleh cerita banyak banyak and orang x la meluat kut psal rata rata mummy update blog semua pasal perkembangan anak. kat fb tu saya mula rsa macam annoying sangat nak puji puji anaj sendiri. takut orang meluat like " yelah anak ko je yang cerdik." sebab saya ada rsa macam tu dekat seirang dua. lagilah status dia update pasal anak tu boley buat satu entri kat blog.hihi..berjela jela..lagi kalau uplod picture anak dia then habis semua orang dia  tag. nak nya orang like and komen eh, comelnya anak awak. eeii..x kuasa aku. elok ko buat blog and update banyak banyak perkembangan anak. lagi cool i think. am i rite?



cukup sampai di sini

" makcik..tolonglah..saya nak khatam ..."
" apa kata ajar kat rumah saya pulak..tolonglah makcik..."

NO !  okey.. itu jawapan saya. wahh.. bongkak sangat bunyinya. lets me explain.

bukan senang jadi guru mengaji. berat. saya x sanggup nak tanggung dosa yg berada diluar kesedaran saya. now saya faham why my father in law sangat tegas dalam mengajar mengaji. sampai ada kakak tu yang menangis. sampai ada makcik husband xnak mengaji dengan my fil. sampai my mil pernah merajuk sebab banyak kali salah hukum tajwid. kamu ingat senang ke jadi guru mengaji.? alkisah saya ada bagitahu husband susahlah ajar ngaji bebudak ni. kadang kadang salah bacaan kita tegur, kita betul kan mulalah tunjuk muka moody. yang x tahan siap ada yg marah kita balik like ee...makcik janganlah tegur.. ewah ewah...mentang mentang makcik ni baik suka suki ko je kan? lagi lagi kalo adeeb lasak berlari sana sini lagi x fokus saya nak ajar dia orang mengaji. korang ingat saya x rasa berdosa ke? memang honestly cakap saya jadi x senang hati. jadi husband dengan tegasnya cakap BAGITAHU MEREKA DADY X IZINKAN MUMY AJAR MENGAJI LAGI. So its that clear? lepas ni jangan asyik tanya kenapa kenapa lagi. ngerti kamu? im really sorry.

10/06/2013

selamat hari lahir, anak...

salam...
semalam kami celebrated birthday adeeb. majlis berjalan lancar alhamdulillah. seronok jugak.  tiga minggu berturut turut berkenduri. gembira dapat berkumpul ramai ramai. bercerita, ketawa dan makan. hihi.

semalam pukul empat setengah pagi dah bangun.. macam biasa lah tiap tiap hari pukul lima pagi memang dah siap mandi dan solat. ayam tiga ekor tunggu nak digoreng. sibuk sangat tu x lah pasal kenduri pun kecil kecil je and tetamu pun terdiri dari kaum kerabat suami. majlis mula pukul sepuluh. dia orang start khatam quran dulu. then fil berucap sikit sempat beliau pesan supaya anak murid terus istiqamah. jangan berhenti ngaji even dah khatam. teruskan membaca quran. ana murid ngaji bukan budak budak je tapi yg dah bergelar atuk nenek pun ada. memang trrdiri dari pelbagai peringkat umur. sambutan hari lahir anak anak pun ( adeeb rafiqi dan hanis raihan ) biasa biasa saja. tia tiup lilin bagai sebab yu bukan budaya kita sebagai orang islam.family husband really concern about this. kesempatan ni saya nak ucap terima kasih buat semua tetamu yg datang. yg bagi hadiah, bai duit yg ramai. trrima kasih dekat kakak icum yg bagi adeeb sepasang baju. begitu jugak dengan untie rin dan untie nani yg bagi baju jugak. buat kak aliya dan cik nana time kasih bagi sepasang kasut yg sangat comel. pada nenek untie, nenek long, nenek nurse, uchu siti dan semua yang lain terima kasih banyak banyak sebab bagi duit. begitu jugak pada atuk nenek labuan yg bagi duit agak lumayan nilainya. hihi. x lupa pada atuk opah kemaman dan pak chu yg belikan baju serta sandal dan jugak duit untuk adeeb. murah rezeki kamu nak. mak kau dah macam retis pulak buat ucapan terima kasih ni.

after kenduri semua rest. adeeb pun tertidur kepenatan. saya pun cuba nak tidur tapi x mengantuk. jadi borak borak ngan encik suami ajak dia jalan. walaupun dalam hati memang x berharap sangat dià nak keluar. tapi tepat jam tiga petang adeeb bangun dia suruh bersiap. suprise jugak. kami pi macdonald tapi x makan srbab orang ramai sangat.jadi kai masuk restoran lain yg x sesak. si adeeb termuntah makan potato banyak sangat. bagus ko, nak. lari lagi sana sini kat airport tu. tsk.

actually semalam kira birthday adeeb in advance. minggu depan baru cukup srtahun. tapi xkanlah nak berkenduri lagi kot minggu depan. x larat saya. lagipun lately husband susah nak cuti sebab kije tengah banyak so kami combinekan dengan khatam quran andbirthday raihan. paling puas hati srbab rata orang cakap kek sedap. x sia sia saya tempah. orang labuan kalu na tempah kek bolehlah like page TERATAK SI NURUL LABUAN kat fb. servis dia okey sangat. kakak tu very friendly and tiada cas untuk penghantaran. kek di jamin sedap. sil pun puji.

selamat hari lahir adeeb. mama sayang adeeb.


07/06/2013

entri hari jumaat

lately macam malas nak jenguk blog. x tahu kenapa. nak update lagilah malas tapi ini kugagahi juga jari jemari supaya menaip. sebab macam x best bila x ada cerita. jadi malas x malas update kah jugak sikit hari ni. ok...alhamdulillah irdina nadhirah sudah tamat baca quran pagi tadi. so bolehlah dia ikut majlis khatam quran lusa nanti. minggu ni memang azab sikit untuk dia pasal pagi petang sampai malam kena ngaji. berhelai helai pulak tu saya suruh dia baca. bukan apa takut x sempat nak khatam ahad nanti dia jugak yg sedih. dengar dengar bunga telur pun dia dah beli. memang saya positif dia sempat habiskan even her ustaz said x sempat tapi saya x nak dia rsa down. so kita motivate sikit and dia berjaya. good job my dear. proud of you. but serious makcik cakap makcik sedih tadi bila kamu cakap " trrima kasih makcik sebab ajar. " alahai...terharu ai taw. kihkihkih.

hari ni i menderita cerry berry u know. ntah apalah yg i makan. sampai adeeb pun terpaksa mama angkut ke toilet. habis tu nak tinggal kat sape? x kuasa nak dengar dia melalak ssensorang kalu saya tinggal kat bilik. so marilah ikut mama membuang. nasib ko lah, nak. haha.

saya tak tahu ni saya sorang je yg rasaa atau sume mums pun like this. bila anak tidur, pandang muka anak hati jadi sedih. apakah? kadang sampai ngalir airmata. ntah apa apa. tapi ni lah hakikatnya. macam macam datang dalam fikiran. paling utama rsa sedih sebab x mampu nak bagi apa yg terbaik di dunia ni buat anak. rsa macam bersalah.

blurlah..nntilah update lagi. ngantuk + malas = ngalas. apakah?



layanlah gambar ni sekeping. lama x letak gambar kat blog. hihi...

02/06/2013

true love story

hamboih tajuk..xnak kalah langsung. haha. saya tulis entri denngan diiringi lagu kawen. ok, rumah makcik husband tengah meraikan menantu. saya dah pergi tadi. sempatlah mengeluarkan peluh dan membakar lemak mengejar si adeeb. now dah terlena dia tidur penat kut asyik berjalan. oh ya memanglah i nak flashback zaman bercinta ni. sila lah meluat. haha. anak dah nak masuk dua baru nak cerita. eh? haha..doa doakanlah okeh.

" camnelah kau boleh kenal syahrul.."
" hah? laki kau orang sabah? mana kau orang bertemu? "
" betul ke kau kenal laki kau kat facebook? "

letih. serius letih nak jawab soalan soalan ni kdang kadang. penat ulang cerita. lepas ni kalau orang tanya lagi tak tahulah. jadi marilah baca cerita saya sampai muntah hijau.

at that time i baru putus cinta dengan budak dari johor. memang stok stok exbf mak orang luar. x berapa sikit nak berkawan dengan orang satu negeri. agaknya time tu konon konon kalau kawen nanti taknak tinggal kat terengganu.. nah sekarang tercampak kat labuan. puas? hakhak. takbur sangat. jadinya tengah putus cinta tu i rajinlah masuk maxis portal dekat forum comunity.. tetiba terpersan ada ruang chatting yg bernama hotdates. kat situlah i habiskan masa sehari hari. kredit lebur kat situ je. sobs! first join memang xnak bagi bagi no phone. cukup sekadar chat kat situ. so saya guna nickname cinta sang ratu. saya ada geng geng sendiri kat situ yg kami gelar redline kapaki crew tengkorak bernanah. haha. giler seram nama geng. kami terdiri dari me, temanku fantasi, innuyasha, akatsuki, seridewimalam, dan beberapa lagilah. geng ni suka guna tulisan kaler merah.  ntah mana lah sesetengah dari mereka ni. ramai yang dah lost contact.

satu hari my husband time tu dia guna nickname pyratez tinggalkan no phone. actually before dis we just say hai something like that cmtu je. dia ada geng geng dia sendiri kut. kalau geng geng kami suka buat drama purbalah yg mana i dipaksa membawa watak seri mersing ekoran cik pontianak x online time tu. kadang berbalas balas puisi dengan tkf, sdm and so on.berbalik pada cerita tadi, i amik no phone husband and pi mesej dia. " hai pyratez, me ratna csr." kahkah boley pulak muka x malu kan? then dia reply said hai tu. haha. sejak tu kami sselalu mesej mesej calling calling...entah bila hubungan jadi serius saya pun x tahu dan x ingat. haha. lama kami berkawan. termasuk tempoh dah kawen ni rasanya dah dekat tujuh tahun. tujuh tahun lama ke? heh. memang tak terpikir pun bertemu jodoh jugak dengan dia. since jarak always a big problem tapi jodoh ditangan Tuhan.

serius cakap maa berkawan saya kuat cemburu. kronik sangat. cemburu buta gittew. dah berapa kali kami putus baik putus baik.. since dalam tempoh brtunang lagilah hubungan tu  macam dah goyah sikit dan msing masing bawak haluan sendiri. masing masing x pedulik hal pasangan. saya  masa tu pasrah jelah kalau x jadi kawen pun. haha. tapi jodoh tu kuat. akhirnya kawen jugak. and now tup tup dah ada anak dorang.. tup tup dah nak masuk dua. eh? again. hahaha. kemaruk betul lah saya ni nak beranak lagi. ntah nape membuak buak benor keinginan tu. haha. doa doakanlah. kahkah.

tu jelah nak cerita. x best pun kisah cinta saya. hihi. bye!

01/06/2013

adeeb's pre-birthday

saya bukan dilahirkan dalam famili yang banyak duit. masa kecil dulu x pernah mak dan abah sambut birthday kami adik beradik. kadang kadang cemburu tengok makcik makcik selalu jemput kami sebab diorang celebrated birthday cousin. tapi kami adik beradik macam dah terbiasa dan x pernah mintak mak abah buat sambutan. mungkin masa tu dah reti bahasa yang hidup kami susah. abah kerja nelayan je dan mak pulak buat kuih hantar ke kedai disamping ambik upah menjahit.sadis kan? macam cerita kat novel tp inilah hakikatnya. hehe. cuma adalah sesekali mak belikan kek sebiji dan kami adik beradik makan sanma sama.  tak ada belon, x ada hdiah jauh sekali nak jemput tetamu.

now sekarang bila dah ada anak sendiri dan ada sikit rezeki jadi saya sedaya upaya nak buat hari lahir adeeb. biasa masa dah kerja dulu kalau birthday Arizairin kadang kadang kami bawak dia pergi KFC, mcD or A&W camtu jelah. sekurang kurangnya merasa lah jugak dia kan. mungkin sebab since kami kecil x pernah sambut hari lahir jadi adik bongsu pun trrpaksa menerima hakikat tradisi kami ini. kihkihkih.

ok lagi seminggu kami nak buat majlis jadi sikit sebanyak adalah jugak persediaan yang saya dah buat. pasal kek memang dah tempah. ambik kek coklat satu kilo. haruslah kek coklat pasal mama love that very much. haha. tentang goodies tu adalah plan nanti nak letak belon, lolipop, snack or whatealahkan. husbannd mati mati nak letak kurma.nak ambik berkat katanya. jadi adalah saya order kurma walnut dari cousin husband. memang dia bisnes online makanan dari timur tengahni. unfortunately, kurma tu sold out lah pulak. so, husband suggested kami bagi cupcakes untuk guest nanti. so saya dah called orang yang kami tempah kek tu untuk tambah cupcakes dalam tiga puluh biji. jadinya bajet macam bertambah dan haku akan claim kaw kaw dari incik suami yg sangatlah demand itu. apa apa yg dia nak always expensive.  i hate that taw.

sabtu depan kena ke bandarlah sebab nak pi pasar dulu pagi tu nak beli ayam tiga ekor nak perap buat ayam berempah. then nak cari lah barang barang goodies sikit. hihi. beriya benar sayani macamlah saya sorang ada anak. actually bagi me, first birthday ni memang me akan celebrate la hari lahir anak or anak anaak yg lain akan datang. anak anak? again. hihi. tp untuk tahun tahun seterusnya bila diorang dah berumur dua tahun ke atas tidak akan lagi menjadi acara waajib nak birthday birthday ni. let see if da rezeki sambut, x ada, x dalah sambut. easy. me is simple person and i will treat my child also like me. starting now me belum beriya nak belikan adeeb mainan sebab x nak ajar diamacam tu. serik adik saya yang number tiga tu masa kecil dimanjakan sangat fengan mainan. setiap kali lalu kat kedai mainan mengamuklah kan. apa lagi. hish... membazir.

itu jelah setakat ni. till then. LOVE, ratna _GOJEZ. <3