03/10/2012

rezeki Adeeb

kenapa saya masih lagi posting perkara yang tak berfaedah kat blog? masih lagi ikut emosi. hurmm..what to do, saya manusia biasa yang serba tak sempurna. harap maaf. :)

ok, semalam mak mentua (actually i always confuse dengan ejaan mentua ni sebab ada orang eja mertua.) mesej from Madinah. she said my father in law sudah akikahkan Adeeb kat sana. syukur ya Allah. jauhnya Adeeb di akikahkan. di kota suci lagi. Alhamdulillah kami suami isteri panjatkan buat Ilahi. rezeki anak kami dan terima kasih buat ayah mentua saya. diorang bagi pelajar Malaysia kat sana makan. terima kasih.

di sini saya kongsikan artikel pasal akikah. saya copy paste dari melayukini.net


Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.
Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila  ia telah berkemampuan, maka  bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya.
Lebih cantik lagi, kita jangan tangguh ibadah aqiqah anak ini, sebab menjadi tanggungjawab ibu bapa mengaqiqahkan anaknya yang telah dilahirkan. Tidak menjadi permasalahan baginya yang mengatakan takut akikah 2 ekor kambing tidak habis di makan oleh tetamunya. Daging aqiqah sunat kita masak dengan masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.  Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.
Satu lagi masalah yang timbul dalam perkara ini ialah nazar. Ucapannya seperti “1 ekor kambing lagi akan dilakukan pada majlis doa selamat saudaranya untuk menunaikan haji” telah menjadi nazar beliau. Apabila telah menjadi nazar, maka ia telah menjadi wajib dan perlu dilaksanakan. Jika gagal ia akan berdosa dan perlu membayar kifarah sebanyak 3 hari puasa berturut-turut.
Melayukini.net - Maka, kita pun sudah mengetahui bahawa hukum mengadakan aqiqahhanyalah sunat mu’akad dalam Islam. Rasulullah SAW pun tidak mengatakan ia adalah wajib dalam Islam. Tapi kita kena sedaya upaya untuk menunaikannya kerana itu hak anak kepada kita. Boleh?

itu saja untuk kali ini. :)

02/10/2012

corat coret

berapa hari tak update ye? hurmmmm...sebagai blogger yang aktif berposting (cis, sangat mengada-ngada statment ni) this is not good. apakah? ok shut up. baiklah.

begini, (perlu ke taip 'begini'?) sekarang banyak sangat konflik yang berlaku pada saya. konflik apa, dengan siapa or how tak perlulah saya detailkan kat sini. macam tak kena and nanti nampak sangat saya ni jahat. so, saya buat harta karun jauh ke dalam dasar hati. saya nekad mahu kurangkan aktiviti berfesbuk. mampukah? ok, tak apa saya online everyday, everytime tapi just online without update any status, post link or what. may be just like comment, posting kawan-kawan. boleh kut.

perasaan nak balik kampung sangat kuat menggayuti hatiku sekarang. ntah kenapa ya? mungkin sebab kasihankan Adeeb yang selalu kesepian. tercari-cari orang. sangat tak bagus untuk pertumbuhan pembesaran Adeeb kalau asyik terkurung dalam bilik. saya rasa macam tak sihat la persekitaran macam tu untuk baby saya. macam tertutup minda dia. dan minda mama juga. bukan tak bawa Adeeb ambil angin kat luar tapi situasinya sama sahaja. takde sesiapa. hanya kami dua beranak. oh Tuhan, bosannya kehidupan macam ni. sampai bila harusku bertahan?

memang saya ada plan nak balik Kemaman. may be balik dalam sebulan. tenangkan fikiran, gembirakan diri sendiri, bawa Adeeb jumpe opah, atuk and his untie and uncle. ikatan kekeluargaan saya, (saya maksudkan keluarga saya. SAYA.) sangat kuat. kemesraan kami adik beradik, dengan mak abah sangat erat. jadi saya rasa pelik kalau ada sesetengah orang yang tak rapat dengan saudara sendiri. bagaimana mereka jalani hidup selama ni agaknya ya?

saya rindukan keluarga saya di kampung. T_T


i miss them :(


ayadi, mimie, leya and ari :)


ok bai !


24/09/2012

breast feed

tajuk entri kemain. macam nak post fakta-fakta yang penting untuk bacaan ibu-ibu gittew. padahal nan hado.  ok sebenarnya ini versi saya saja. mungkin ada info-info dari blog orang lain yang lebih berguna dan bermanfaat. 

terus terang saya cakap fully breast feeding baby sangat memerlukan semangat dan jiwa yang sangat cekal. (ayat karangan pmr) lebih-lebih lagi saya pada masa itu dikelilingi oleh orang-orang yang sangat kurang kesedaran betapa pentingnya susu ibu. tiada makanan yang paling berkhasiat untuk bayi melainkan susu ibu. dan pada masa itu saya akui yang saya hampir letih untuk berjuag seorang diri mempertahankan pendirian saya. mujur saya tidak pernah berputus asa. 

antara cabarannya, bila mengalami bengkak susu. bayi dalam pantang kebiasaannya memang lebih banyak tidur dari berjaga. adeeb pon x terkecuali. banyak tidur dan kalau nak menyusu memang terpaksa kejutkan. lagi teruk bila tetap taknak bangun walaupun kita kejutkan. sakitnya bengkak susu sampai tahap nak demam mama dibuatnya. belum lagi susu sentiasa keluar sampai basah baju. memang saya stress masa tu. tak tahu macam mana nak buat, nak bagi selesa. sangat x suka dengan keadaan tu. then, saya mula bertanya kawan, search kat internet, minta pendapat mereka yang dah berpengalaman akhirnya saya temui cara supaya saya dapat bf baby dengan senang hati.

saya ni pulak jenis yang malas nak pump susu. apapun bagi saya, breast pump sangat penting untuk persediaan bersalin. sebagai contoh, selepas lahirkan adeeb, adeeb sakit and duduk dalam incubator. susu disalurkan melalui tiub. oleh kerana adeeb x sempat nak menyusu mana nak dapat susu kan? susu formula memang tak dibenarkan sama sekali di hospital melainkan kes-kes tertentu seperti ibu yang belum sedar dari operation nurse akan bagi baby susu formula. so, nurse minta saya pump susu supaya adeeb dapat minum susu ibu even melalui tiub cuma. sebab kalau baby tak hisap or tak pump susu takkan keluar.

lagi satu bila orang selalu provok kita. 'nanti kau susah nak tinggal anak kau.' 'kau x malu ke nanti nak selak baju bagi anak nyusu?' 'nanti susu kau kering.yelah dalam pantang ni memanglah banyak lagi susu' 'kedekutlah tu nak beli susu formula kat anak' helloooo!! please ok people! rasa masa tu nak je saya cekik-cekik manusia yang jenis macam ni. memang sangat menyakitkan hati. kalau x cekal memang boleh terpengaruh. ok kalau cakap susah nak tinggal baby, saya nak tinggal baby untuk apa? saya bukan ibu yang bekerja. even ibu yang bekerja pun boleh full bf baby kenapa tak saya yang surirumah sepenuh masa ni? kalau cakap x malu nak bagi susu kat tempat awam, sekarang ni kebanyakan tempat ada sediakan tempat khas untuk menyusu baby. even takde tempat pun kite boleh beli nursing cover untuk menyusu kat public. susu kering? tu sebab kau malas bagi anak direct feed tu yang susu kau drop. idiot! kedekut? tolonglah, suami saya lebih dari mampu insyaAllah. 

sebagai ibu, saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya. jangan cakap 'macamlah kau tu dah empat puluh kali beranak.' orang sekarang lebih celik dari orang dulu okey. banyak sumber-sumber yang boleh kita cari. tak semestinya kita tak pernah ada anak kita tak tahu kan? kita kan generasi berilmu.huhu. lagipun kat internet macam-macam input yang kita perolehi right?

jadi korang, cekalkan hati dan jangan putus asa. banyak kebaikan susu ibu ni. anak pun cerdik. insyaAllah jadi anak yang soleh. berkat susu ibu. setiap kejadian Allah tu, ada kebaikan-kebaikan yang kita x nampak.


20/09/2012

hang out!

tajuk tak hengat. hang out la sangat. sebenarnya ia lebih kepada membawa adeeb pergi mothly check up dekat klinik desa. tipah tertipu sudah korang. tapi dah alang-alang keluar and husband pon off maka haruslah masa berkualiti itu kita manfaatkan dengan sebaiknya. cewah!

adeeb turn 3 months old. sudah 8 kg ok uolls. mak aii, semangatnya lah kan? anak sapa lah tu. berat yang amat sampai abah pon tak mau dukung adeeb lama-lama. huh! mama jugak yang kena kan. nasib badan. so, semalam kami pergi ke Ujana Kewangan je pon. tu je lah tempat semegah kat Labuan ni. nak pergi mana lagi kan? bukan ada tempat yang menarik tertarik kau memang the bomb pon. bolehlah dari takde langsung. jadi oreng-oreng Labuan sila bersyukur.

kami breakfast roti sardin. punyalah lembab service dia. nasib adeeb tidur time tu. kalau tak ada kemungkinan meragam jugak. mama mengantuk tunggu order. dah lah pangku si debab. hahaha.then lepas breakfast kami jalan-jalan pergi Parkson, Giant. seciput je pon. kat dalam Ujana Kewangan tu je ok. bukan bangunan berasingan. korang jangan tertifu. haha. takdelah memborong sangat biasa-biasa saje. then, kami pergi Pos Laju sebab nak tuntut envelop yang opah kirim. lepas tu balik. 

balik rumah mandikan adeeb dan apa lagi, kami tiga beranak pon tidur keletihan. habis cerita. hahaha. gambar? ada, nantilah upload.


nota kaki : Puan Mell, i mintak maaf bebanyak sebab menyusahkan you lagi. sila jangan marah. :)

18/09/2012

selepas setahun inilah hasilnya

ok. saya confuse kenapa dah tukar setting font colour still jugak keluar colour pink? abaikan.

baiklah, semalam genap setahun usia pernikahan kami. pejam celik pejam celik dah setahun. cepat kan masa berlalu? syukur pada Ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan buat kami suami isteri. dan memandangkan 16 september merupakan ulang tahun perkahwinan mentua yang ke 40 tahun ( 40 tahun ok. jubli emas berlian sudah. ) dapatlah kami menumpang celebrate bersama-sama. jadi malam tadi kami sekeluarga menyambutnya di Pizza Hut. ( sebut Pizza Hut dengan nada macam iklan kat tivi. )

malam tadi merupakan malam ketiga Adeeb keluar waktu malam. first masa saya ikut mak ke Kuala Terengganu, second, when we go to Kuala Lumpur. third, last nite. saya memang belum biasakan lagi Adeeb keluar berembun waktu malam. rasanya kurang elok untuk anak kecil. am i rite? so, percubaan kali ketiga juga ok macam sebelumnya. Adeeb boleh adapt dengan situasi kat restoran. syukur tak meragam nak menyusu. sebab mama dah make sure Adeeb kenyang sebelum berjalan. good boy, my son.

now baru sedar besarnya tanggungjawab menjadi seorang ibu. kadang-kadang rasa macam ajaib sangat bila ada seseorang yang hidupnya terlalu bergantung pada kita. yang memerlukan perhatian kita hundred percen. dulu people arround me always said, "lia, spend time with ur hubby betul-betul sebelum baby keluar." saya rasa pelik dan buat saya terfikir 'ish!ada anak pon still boleh spend time with hubby what?' at that time la. sekarang ini bila ingat balik memang betul apa yang orang cakap. bukan tak ada masa cuma masa itu agak terhad. waktu tidur, rehat, makan, buat kerja saya sudah x menentu. kadang-kadang macam tak ada langsung time nak rest. semua bergantung pada waktu tidur baby. tapi bila baby tidur bukan bermakna mama pon boleh tidur. time tu lah terkejar-kejar nak makan, nak mandi, jemur kain, lipat kain, dan semua-semualah. sangat penat. tapi itulah tanggungjawab. kenon-kenon sayalah ibu mithali. ( perkataan kenon-kenon i baru cipta tadi ) sebab tu lah syurga di bawah tapak kaki ibu kan? macam inilah agaknya letihnya mak saya nak jaga saya 4 beradik dulu-dulu. sobs! saya insaf sekarang, mak. 

semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada saya supaya saya dapat menjaga anak dan suami saya sesempurna yang boleh. Amin.

today Adeeb turn 3 month old.


ouhh..chubbynya pipi mama. silalah berdiet.


with abah yang always maintain. sooo jealouse!


doakan kebahagiaan kami. :)

16/09/2012

tatih..tatih..

hahaha..mesti korang ingat saya tengah ajar adeeb bertatih kan? salah la weii..mana ada budak umur 3 bulan dah pandai jalan. adeeb ni meniarap pon belum boleh lagi. huhu.

tatih yang saya maksudkan adalah merujuk pada diri saya yang masih lagi bertatih dalam dunia bloggin' ni. kalau nak bandingkan saya dengan Hanis Zalikha ( nak juga bagi contoh blogger yang dah tiptop. LOL. ) siapalah saya kan? ibarat langit dengan bumi gitteww.

jadi sekarang saya nak elakkan post entry yang mengarut dan yang tak mendatangkan manfaat buat kita semua. cewahh! bajet ada baca blog ni. hahaha. marilah kita sama-sama berkongsi sesuatu yang berfaedah ye kawan-kawan. ok bai!

perlu ke tajuk?

Salam...

kenapa tajuk entry kali ni macam tu? sebenarnya saya dah blur nak letak tajuk apa. so entry ni memang tak de tajuk hokay. 

baiklah saya nak story petang semalam adeeb menangis yang x boleh dimaaafkan. hampeh je kan? sebenarnya saya pergi mandi sebab dia dah tidur i tinggalkan je lah kan. selama ni belum pernah lagi dia menangis masa i mandi, so i mandilah lama-lama sikit. sesudah mandi buka je pintu bilik air kedengaranlah UWAAA!!! UWAAAA!!! so apa lagi kan? mama yang panik ni terus berlari dengan rakusnya tengok anak dah kejung dalam buaian. korang taw ke kejung tu apa ek? i keluarkan dia dari buaian and dukung dia tetap menangis. bagi susu pon menangis. macam dah merajuk dengan mama pasal mama tinggal dia sorang. so, dengan mama la menangis sebab kasihan anakku.

memanglah takde sesiapa di rumah time tu kecuali adik bongsu hubby tgh tidur kut kat bilik sebelah. memang i x tutup pintu bilik sementara i mandi. sedih sangat tengok adeeb nangis macam tu. terus telefon mak kat kampung ni sambil pangku adeeb. mak marah la pasal selalu sangat tinggalkan adeeb seorang diri. mulalah membebel takot cucunya jatuh buai la, tergolek dari katil la, blablabla... tapi nak buat macam mana, memang dekat labuan ni i terpaksa selalu tinggalkan adeeb sorang dalam bilik. kalau x macam mana i nak buat kerja. sobs sobs.. kalau boleh saya memang xnak tinggalkan adeeb seorang diri. but i have to.

labuan sekarang macam dilanda wabak kolera. ramai yg kena termasuk suami saya. saya belum lagi mintak dijauhkan la. xmau lah sakit-sakit dengan ada baby kecil ni. kesian anak saya. orang dalam rumah ni boleh dikatakan semua dah kena kecuali saya. adeeb pulak sekarang punggung melecet pasal adeeb ni kerap berat sejak lahir. tambahan anak saya x boleh pakai pampers murah. bukan nak berlagak tapi ni hakikat. masa kat kemaman pernah belikan pampers HEY BABY and kena merah merah kat punggung dia. baru ni mil beli pampers cap GIANT. ada ke pampers cap giant? sabo jelah. jenuh nak habiskan. anak saya pakai HUGGIES dry now dah tukar ke saiz L. adeeb memang besar. lahir pon dah besar kan? lagipon ni berkat susu ibu kut. :)

ahad depan ada kenduri. mil and fil dapat panggilan haji. so, buatlah doa selamat. nanti saya update pasal kenduri k. kalo rajin i amik gambar sekali. adik beradik hubby yg dekat semenanjung akan balik la dalm minggu ni. rasanya diorang hantar mil and fil sampai ke kota kinabalu kut. i and hubby hantar kat labuan je. semoga mil and fil mendapat haji yg mabrur insyaallah.

esok ulang tahun perkahwinan kami yg pertama. agaknya ada x suprise dari hubby? mana lah taw hubby belikan kereta ke untuk saya. hahaha..berangan x hengat. dapat bunga ros sekuntum pon jadilah. hahahaha...lusa adeeb genap tiga bulan. besar dah anak mama. semoga sentiasa sihat dan jadi anak yg soleh. amin..

ok lah.. tu je untuk kali ni k. nanti ada masa saya update lagi. layangkan beberapa keping gambar.


setahun lalu. yg saya pangku tu Aira Qalifa. anak cousin.


lima bulan yg lalu. di A Famosa.


this is adeeb's first picture in incubator.
( misi bagi snap pasal kesian kat ayah dia nak tengok sangat. ) 



keluarga kecilku.
( ni je gambar kami bertiga setakat ni. )


ok bai!




12/09/2012

entry di tengahari

Salam....

korang pernah x berangan? hehe.. saya ni boley dikatakan seorang yg sgt suka berangan. sebab kita boley bayangkan apa saje yg kite nak rite? waktu yg paling suitable untuk saya berangan adalah time nak tido. hihi.. mane la taw kot angan2x saya tu bersambung ke alam mimpi kan?

ok, saya selalu berangan yg suami akan baca blog saya. kiranye dia macam sleeping reader ma blog la. supaya dia boley tahu curahan hati saya, cerita saya, apa2x aje yg saya kongsi dekat sini. hihi. tapi hubby mcm x amik pot pon even wife da hint2x yg wife ada blog. huhu. hubby cume cakap " a'ah kan, sekarang ni boley dikatakan semua org ada blog sendiri' " huhuhu.

yang paling mengejutkan rupanya adik lelaki saya selalu baca blog saya. saya x pernah pon cakap kat beliau saya ada blog. tp rupenya dia dapat carik jugak. dia bagitaw saya masa saya balik bersalin hari tu. dia cakap mula2x dia saje2x je google nama dia kan, sekali muncul blog wifeyazhar ni. hahaha.. malu pon ade tp wat selamba badak je la. haha. adik pompuan saya pulak cakap dia dah agak yg saya mesti buat blog sendiri lps kawen hari tu. huhu. tp dia x pernah baca kot.

kawan-kawan pon ada yg dah taw saya ada blog. ada kot diorang baca. mb dey all juz blogwalking or whatever i dunno la kn? agaknya ada ke org baca blog saya selain puan mell ? hurmmm...

post dulu2x ada ckp yg saya xnak dah kongsikan gambar kt fb tp ada jugak gambar say lagi kan? saya serba salah jugak tp ntah la mb nnti saya akan delete balik. mgkin pendirian saya masih belum tetap. masih lagi x kuat dengan godaan2x dunia ni tp saya janji saya akan cuba ubah diri dari masa ke semasa untuk jadi lebih baik dari hari ini. insyaAllah. doakan saya ye.

malam tadi lps tidokan adeeb saya borak2x dgn hubby. bukan selalu dapat borak lama2x.. seronok jugak dgr nasihat suami. rupanya saya ni masih byk lg sikap yg saya kena ubah. suami x la marah tp nasihat dgn cara yg paling baik. sgt berdiplomasi, dan saya taw saya masih belum cukup matang. apapun sejak kelahiran adeeb saya perhatikan suami saya yg baik itu menjadi lebih baik lagi dr dulu. saya sangat gembira. dan saya sentiasa bahagia menjadi isterinya sejak kami diijabkabulkan. pilihan Tuhanku adalah pilihan yg terbaik buatku. syukur........

akhir kata, say nak cakap jgn terlalu over dengan sesuatu yg belum pasti sebab kita x akan pernah taw apa perancangan Allah lima minit akan datang untuk kita. saya cakap dari pengalaman sendiri. :)

10/09/2012

curahan hati

Assalamualaikum..

sebenarnya mood bloggin' ni sentiasa m'buak2x..tapi kesibukan uruskan anak wat saya selalu tergendala nak update blog. ceh! bajet ibu mithali. hahaha. ok, mesti u olls ade nampak saya update status kat Fb pasal peluang kan? ade ke 'u olls'? ko ingat ko hanis zalikha ke, lia? bajet retis org baca cerita ko. :p

ok marilah cerita pasal peluang.
peluang yg saya maksudkan adalah peluang dapat bina keluarga sendiri. i mean stay at different house dari keluarga kita or keluarga hubby. saya ni teringin sangat nak duk sendiri with my hubby and lil boy.. namun apakan daya kami masih belum cukup berkemampuan lagi. tambahan kos hidup di Labuan ni mak aii tinggi yg amat. dekat2x dengan Brunei la katakan. pampers huggies si adeeb tu kalo dekat kemaman satu pek (80 pieces) baru rm 29.90 kat sini dah rm 37.90 taw. nanges mama dengan abah. hahaha. ni nasib la adeeb fully breast feed. kalau susu formula xtaw la kos untuk adeeb sebulan dah berapa. pengsan kejap.

cuaca kat labuan sekarang x menentu. eh, tetiba cakap pasal cuaca pulak dah. ko ni pe hal lia? hahahaha..bukan ape saye sekarang ni duk tepi tingkap nampak macam nak ujan la pulak. adeeb tido ni lepas buat ribut dalam kereta tadi. haduii..itu yg kadang2x malas nak keluar tapi terliur jugak tgk org jenjalan nak jugak ikot. haha.

ok la. tu je.




sebenarnye tetiba jadi blur xtaw nak cerita apa. see u next entry. bai.

07/09/2012

puasa dan raya

Assalamualaikum...

raya dah nak habis baru nak sibuk2x nak cerita. hahaha.

puasa

puasa tahun ni saya masih dalam pantang. walaupun makan/minum kena catu, tetap gembira sebab sambut ramadhan dekat kampung halaman. meriahnya di rumah. dengan ada baby kecil lagi. hihi. yg x tahan org sahur dia sahur, orang buka dia buka jugak. org lain berbuka kat meja makan tp mama kat bawah sambil buaikan adeeb. hihi. rasa macam bibik indon je. sepanjang puasa menu saya boley dikatakan menu yg sama je. dah lah x boley minum ais. sabar je lah. dengan bf baby lagi memang haus giler. tahun ni x pernah skip sahur. bukan apa sebab takot kurang susu and kesian adeeb. so, gigihlah mama bersahur ramadhan kali ni.

dalam sibuk2x dgn baby, sempat lagi buat kuih raya. mak saya la semangat sangat. tapi seronok. sebab moment2x buat kuih raya tu sgt kelakar. macam2x lawak. dengan ular nak masuk rumah lah, dengan kepala sewel adik laki saya la..tu belum campur kuih hangus terbakar lagi tu. hihi. sambil buat kuih sambil dengar radio THR. sampai aku boley hapal lagu najwa latip. untuk dia...untuk dia.. haha...

bazar ? rajin jugak pegi. tu pon time adik pompuan saya balik je. kalo x saya jarang kemana-mana. tahun ni adik bongsu saya belajar berpuasa. dapatlah handphone sebijik berkat kesungguhan beliau berpuasa. huhu.


raya

seronoknya raya di kampung. tp hubby raya di labuan. x kisahlah. hihi. yg penting adeeb kutip duit raya. haha. dekat rm 500 jugak adeeb dapat. include raya kat kemaman dan labuan. bagi mama boley ? hihi. tahun ni kami 1 famili sedondon kaler grey. tahun depan macam nak kaler kuning je. huhu. ramai tetamu dtg beraya. kaum keluarga, kawan2x jauh dekat. lazimnya tetamu abah dan tetamu saya lah yg ramai. hihihi. eh, baru saya ingat tahun ni saya lupa nak gantung kad raya. aiseymen....

raya keempat hubby datang. 4 hari di kemaman kami pon fly ke labuan. huhu. rasanya lepas ni saya xde masalh dah nak fly by my own coz saya dan tahu macam mane nak check in sendiri. hihi.. hubby ajar semua2x. samapai labuan jenuh pi rumah terbuka. raya kt sini not bad la jugak. tp kalo boley setiap tahun nak balik raya kemaman. hihihi...........

first ramadhan


me, my son, sis and lil brother


saya rimasss!!!


suami raya kt labuan


buat malu saya je hubby asik nak bergambar kt bandar chukai. huhu


petang sebelum nak bertolak ke k.l :(

gambar2x lain nnt saya update lg k. tata!

06/09/2012

Kelahiran yg terindah

Assalamualaikum ...

semoga malam ni saya berpeluang post entry yg panjang. hihi. gigih nak berblog even ada anak kecil. :)

ok, now hubby and baby dah tidur. saya pulak yg x boley tido. besenye, ( since ada adeeb ) saya pantang baring kompem belayar ntah kemana-mana. kadang2x time nyusu adeeb sambil baring, saya yg terlena dulu. hihi. malam ni x ngantuk pulak. may be laptop duk menggoda sangat kot. huhu.

ok,  cerita pasal pengalaman bersalin. :)

setelah 40 minggu hamil, saya masih belum sakit dan x keluar tanda2x untuk bersalin. disebabkan saya ni GDM diet control maka haruslah masuk hospital terus. huhu. pagi 17 june yg indah itu, ditemani mak saya ke hospital. macam bese la check jalan ( kena dgn doctor lelaki ) check degupan jantung baby, check itu ini dan bla..bla..bla.. saya admit. petang tu kat ward doctor pakar datang check and cakap esok pagi saya kena induce.so malam tu rehat la. sembang-sembang dengan wanita2x seangkatan denganku. huhu. dalam pukul 11 malam nurse masukkan ubt untuk buang air besar. hihi. nak cuci perut kot nanti beranak x la kuar mnde yg x sepatutnye itu. hihi.

kol 7.30 pagi 18 june. saya induce. masuk je ubt saya terus sakit. memulas2 like period pain tu. yg ampun. ..sakit yg teramat dan mula x senang duduk. nak jalan x boley pasal kena baring dalam tempoh 1 jam sebab nurse cakap takot ubat tu jatuh balik. ( dimasukkan kat bawah ) sambil tunggu sejam tu, perut diberkas. hihi..alaa..besela monitor jantung baby. huhu. ada kakak yg induce macam saya still x sakit. wahh..kebalnye dia kan? hihi..lepas sejam saya bawak berjalan sekitar ward. pi luar kat mak la. bangun x kena, duduk x kena, jalan x kena.. mak tanya sakit ke ? sakitla mak ooii..macam la mak x pernah beranak. hihi. mak x pernah kena beranak paksa. jawab ibuku dengan selamba. hahaha..dalam duk sakit tu sempat lagi ni mintak mak belikan mineral water yg sejuk okeh. nak jugak minum yg sejuk2x. dah nak terberanak pon. hihi. kol 12 waktu makan, makan dengan penuh selera walaupun sakit. haha.. teruk betul kan? eh, haruslah makan nanti xde tenaga nak meneran k. hihi. dalam kol 3 ptg contraction makin kerap. nurse panggil nak check jalan. ( selagi jalan belum terbukak 4cm selagi tu la x ley pi labour room. tahanla ko kat situ. ) hihi.. masuk bilik rawatan tengok2x ada doctor diyana. dalam hati memang gembira la sangat sebab doctor diyana pernah check jalan saya and dia buat soft je. huhu. kata doctor baru 3cm tapi doctor diyana cakap dia akan tolong buatkan jalan sikit...dia korek2 and cakap dah 4cm so sila la sediakan sepersalinan baju baby dan saya akan dihantar ke labour room.

kat labour room doctor najmi check jalan katanya dah 5cm. dia pecahkan air ketuban. haa...dan2x tu jugak saya nak teran. tapi doctor larang. katanya belum sampai masa. sebab anak sulung kena tunggu 10cm jalan terbuka. haiyo..lame lagi tu.. saya dah sakit sangat tahap nak mati dah. dah x larat nak tanggung sakit tu. ALLAH je yg tahu. dalam hati berdoa cepatla hari ini berlalu. kat labour room sementara nak tunggu 10cm agaknye berapa belas kali saya tekan button panggil nurse. cakap x tahan nak teran tp x boley. yg terkencing atas bed tu toksah cakap la. terlalu sakit sampai saya rasa dah mati agaknya saya kali ni. nurse cakap bacelah surah2x.saya gitaw nurse dah beratus kali saya baca ni, sampai nurse pon ketawa. hihi. saya penat tanggung sakit saya tanya doctor najmi boley x saya nak tido..terkejut doctor tu. sebab dalam sakit2x boley lagi nak tidur tu. haha. doctor cakap tidurlah dan saya request nak mengiring sebab kalo telentang memang saya akan teran baby sorang diri. huhu. doctor x bagi teran selagi x 10cm pasal takot koyak banyak and nanti kepala baby benjol sebab terlanggar pintu rahim yg x terbuka dgn sempurna. 

akhirnya pukul 9 mlm barulah cukup 10cm. korang bayangkan saya tanggung sakit dari 7.30 pagi. lebih 12 jam. x ingat apa dah ingat mati je. bukan nak takutkan korang tapi bagi saya beranak memang sakit sampai saya serik dah. untungnya bagi org yg sakit normal and x tanggung lama2x. yg jnis mudah. cemburu betul. tapi bahagian masing2x ALLAH dah tetapkan. saya bersalin ditemani 3 doctor, 3 misi. saya teran sehabis daya tp baby tetap xmo kuar. agaknya saya dah kehabisan tenaga. saya cakap kt diorang, x boleh dah. marah misi tu kat saya. dia cakap jgn sesekali cakap x boley. mesti boley. saya x menjerit ok. jgn korang menjerit time nak bersalin nanti. buat malu je. banyak ingat Allah. last misi tolong tolak perot saya baru baby keluar. ajaibnya, keluar je baby terus hilang semua sakit yg saya tanggung lebih 12 jam. Maha Suci Allah..besarnya kekuasaanNya.

tapi baby boy saya sakit. Allah bagi saya ujian. dengan hubby jauh, bersalin sorang diri, anak pulak sakit. adeeb berjuang nak hidup. serius cakap saya xkan lupakan detik2x melahirkan dia. setiap hari saya ingat. x pernah lupa sikit pon. anak saya terbelit tali pusat di leher, lemas dalam kandungan dan tertelan najis.  x menangis langsung. saya sangat takut. kesilapan doctor elisya, dia x scan masa saya datang nak admit.rasa nak je saman. huhu. kalau x mesti saya caesar terus. tapi apa yg Allah dah tetapkan adalah yg terbaik buat hambaNya. adeeb duk dalam incubator dari malam 18 june sampai 24 june hari dia discharge. sepanjang adeeb sakit naluri keibuan saya sangat teruji. airmata tak payah cakap la berapa banyak yg tumpah tengok zuriat kita bertarung nyawa nak hidup. sakit yg saya alami nak lahirkan dia rasa x seberapa bila tgk anak kita menderita. dengan wayar sana sini. jarum kat tangan dan kaki. hancur luluh hati saya. belum lagi dengan tiub masuk ke perut melalui mulut dia. adeeb x dapat bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. doctor puasakan dia pasal nak cuci sisa2x najis yg dia tertelan. sedih tgk dia x dapat menyusu. bila dah boley menyusu, doctor bagi ikut tiub dengan sukatan tertentu. pertama kali dapat direct nyusukan dia saya menangis. menangis sebab dia xmau lepaskan puting sebab terlalu lapar. kesian sangat. tapi doctor x bagi nyusu terlalu banyak pasal penafasan dia x stabil sepenuhnya. apapun Alhamdulillah, adeeb sihat. syukur pada Ilahi.

kelahiran adeeb buat keluarga saya lebih happy. ikatan kekeluargaan bertambah erat. maklumlah, adeeb cucu pertama dalam keluarga belah saya. abah dan mak saya bagi perhatian penuh kat adeeb. masa nak balik Labuan pon kesian kat diorang. hihi. xpe, ada masa adeeb balik sana tengok opah dan atuk ok. hihi.

ni ada beberapa gambar. silalah tengok :)


keadaan adeeb dalam incubator.


hari discharge.


kenangan mama masa ngandungkan adeeb 7 bulan. kat rumah mak angkat atuk kat melaka.


manja dengan abah :)


Semoga Adeeb Rafiqi menjadi anak yg soleh. doa mama dan abah semoga kamu sentiasa dilindungi Allah swt. mama dan abah sayang Adeeb lebih dari segalanya.

sekian.....

03/09/2012

capek !

assalamualaikum...

hari ni husband start kije pas coti raya yg panjang. ( dua minggu kira lama la jugak kan? ) dan aku kepenatan !!! huhu. may be belum pernah uruskan adeeb sorang diri sebelum ni. ye lah.. kat kemaman dua bulan lebih. kat sana memang ramai pembantu yg sukarela nak kaga adeeb. mama cume tukang bagi adeeb susu je. huhu. kat sana ada opah, atok, pak lang, uchu.. dan umi yg kadang2x balik cuti. haa..mulalah mama nak sendu2 ni. hihi. 1st day kat sini pas balik hari tu adeeb asik nangis je. ngan mama sekali yg nangis. tgk anak nangis mama pon banjir. ingat sume2x kat kemaman. hihi. abah hanya mampu melihat je la. no pujuk2x. kih3x. ok lah. tu je nak cite. bai!!

02/09/2012

short entry

salam...

akhirnya dapat jugak update. banyak mende saya nak cerita sebenarnya tp belum ada masa nak taip entry panjang2x. saya berubah status kini dan masih menyesuaikan diri dengan keadaan ini. masih cuba menyusun jadual harian saya supaya keje2x rumah as housewife and mama kepada my baby. semua macam kelam kabut sikit sekarang. ni pun baby ada tgh tidur kat sebelah. rindu nak post panjang2x. banyak yg saya nak jelaskan dan kongsi dengan korang. nantilah, bila dah betul2x berjalan lancar semua saya akan sentiasa update about my life. huhu. love u!

06/06/2012

admit and discharge

Assalamualaikum...

hihi.. sorry larh sebab x beranak lagi. haha.

day 1

alkisahnya 4 June pergilah saya ke hospital. dalam hati x putus-putus berdoa janganlah saya kena admit. lebih kurang jam 10 am saya sampai dan terus ke bahagian dewan bersalin macam yg doctor kat KK dah pesan. mak saya yg temankan. maklumlah hubby jauh.  x perlu tunggu lama-lama nurse panggil suruh masuk ke bilik rawatan. 

nurse suruh baring katanya nak check jalan. aduhai..bab ni lah yg paling xmau ni tapi redha jelah. malu tok sah cakaplah. rase x mau pandang muka misi tu. misi check-check katenya 1cm je. then misi masukkan ubat suruh buang air besar. lepas tu pi la tandas dekat satu jam. hahaha..rase macam kena cirit birit pon ada. kelakar betol la. lepas tu misi suruh baring lagi sebab nak check degupan jantung baby. alhamdulillah normal je. nurse tanya itu ini sambil menulis rekod saya. barulah rase selesa sikit ngan nurse and x segan sangat. datang doctor Elisya. dia check jalan lagi. tetibe katenye jalan saya arround 3cm. dalam hati toksah cakap la terkejut bukan main. sebab cepatnye terbuka. macam x logik kan? misi suggested doctor Elisya scan. last-last doctor Elisya cakap tunggu doctor Diyana la. x lama doctor Diyana datang dia scan dan terus saya kena admit. pasal bukaan pintu rahim dah 3cm.

terasa macam orang bodoh je bila seorang manusia yg x sakit ni disuruh duduk atas kerusi roda untuk ditolak ke ward. saya nak jalan sendiri tapi permintaan saya ditolak sama sekali. hahaha. saya duklah kat ward dengan keaadaan sihat walafiat. x sakit, x de tanda pape. bosan toksah cakaplah. nak tidur x ngantuk pulak. kejap-kejap bangun, kejap-kejap baring, kejap-kejap pi tandas. hihi.. nasib akak katil sebelah tu ramah and suke bercerita itu ini..hihihi. petang tu mase buang kecil tetiba ade lendir-lendir kuar. saya bagitaw misi and KJ ward tu cek jalan saya lagi sekali. Ya ALLAH, time dia cek sakit giler. cek mase pagi tu pon x sakit macam dia. rase nk tendang dia. KJ tu macam pelik sebab dia cek katenye jalan saya baru 1cm macam mane doctor Elisya boley cakap 3cm. saya lagilah x taw pape. serah je diri org nak buat ape. sobs!

day 2

pagi kedua datanglah doctor lelaki round tengok patient kat ward. sekali dia cakap nak cek perot saya. uwaaa!! xmo! hubbbbyyyyy!!!! hahaha. tapi doctor tu just tekan-tekan perot sikit je. soft je. saya tanya doctor tu x boley ke saya balik sebab lom sakit and doctor cakap tunggu sampai tengahari sikit. tengok dulu keadaan macam mane. dalam kol 10 lebey datanglah doctor pakar, doctor Rohani. doctor Rohani cek perot saya and cakap baby still high. belum betol-betol bawah sangat. doctor baru je ingat nak induce sebab nak bagi saya bersalin cepat. last x jadi. doctor Rohani cakap nnti dia minta doctor Diyana cek jalan saya lagi sekali. dalam hati x rela dah rasenye sebab ingat time KJ cek jalan petang hari pertama tu sakit bukan main. sampai keluar lendir-lendir kaler coklat. so lepas makan tengahari ngan mak, ( mkn kat kantin hospital pasal lauk kt ward x sedap! giler demand. hahaha. ) doctor Diyana panggil and cek jalan. Alhamdulillah, dalam 4 orang yg berbeza cek jalan saya, doctor Diyana cekla paling x sakit. soft je. mula dengan Bismillah..siap mintak maaf lagi kat saya. doctor Diyana cakap 1cm je so dia bagi saya discharge petang tu jugak. lega rasenya. doctor Diyana pesan kalo sakit terus je datang sebab saya dah cukup minggu.

hubby macam frust je bila saya cakap saya discharge. sebab boley nampak cara dia dua hari saya kat ward dia macam x sabar nak baby kami lahir. hihi. saya pon x putus berdoa mintak cepat-cepat dapat bagi hubby tengok anak dia. balik tu, cousin saya suggest suruh pi jumpe bidan. katenya bagi bidan rase sikit perot ni. hehe. saya gitaw hubby tapi hubby x kasi. jangan urut-urut katenya. bia sumenye normally. risau dia. hihi...

note : boleh pulak seseorg kt FB tanye saya cek jalan tu ape? sedangkan dia pon tgh hamil around 5 or 6 month. x membaca ke dia tu ? paling mudah, x bertanya kawan ke? dalam hati terus terlintas one word for her..idiot! really sorry la.

korang doakan saya k. :)


03/06/2012

nasihat hubby

Assalamualaikum...

ok. dah berapa hari x update eh ? xpe la kan..update jarang-jarang pon ok jugak. kalo x serabut jugak sikit-sikit nak update. hihi. ketika ni saya dah mula x sedap perot. ada la macam rase sakit sikit tp x la sakit sangat. bese-bese je. lagipon tanda-tanda pon belom ada. so relax sudah!

kelmarin ada gayut-gayut tepun ngan hubby. hikhikhik. sweetnye. hahaha. perasan tiba-tiba. hahaha. gedik x pasal la saya ni. seronok dengar hubby bercerita itu ini, berleter, nasihat n usik-usik kite. bukan selalu hubby kite nak macam tu. bese serius je manjang. hehe. banyak yg hubby pesan. terutama pasal baby la. hubby cakap dengar cakap doctor apa yg terbaik untuk baby. hubby pon duk risau pasal saya xde depan mata dia. hihi. hubby cakap dia kat sana dah x terurus makan minum pakai. even MIL ada tp katanya x sama macam saya uruskan dia. sedih pulak dengar. sian kat hubby saya kan? tapi hubby cakap jangan risau pape sebab yg paling penting buat masa sekarang ni adalah saya dan baby kami. :)

esok saya kena pi hospital. x tawlah sama ada kena induce atau caeser. mintak-mintak doctor bagi balik dulu and tunggu sakit normal macam biase. teringin sangat nak bersalin cara normal. kalo boleh anak sulung ni Allah bagi la nikmat tu. bukan semua orang dapat rasa kan?

kaki still lagi bengkak. pinggang beselah lenguh-lenguh sokmo. malam-malam x lena tidur langsung. hubby pesan jangan banyak merungut. hubby cakap hubby x suke wife dia merungut itu ini. sebab dah banyak nikmat yg Allah bagi kat kami. kena redha. ni pengorbanan. hubby cakap Allah dah banyak makbulkan doa saya jadi saya sebagai hamba Allah jgn banyak nak komplen itu ini. saya berdoa nak kawen ngan hubby, Allah makbulkan. saya nak baby cepat, Allah bagi rezeki. jadi jangan banyak sangat nak merungut. insaf saya bila kena ceramah dengan hubby. hubby saya bukan jenis bising macam hubby org lain. dia jarang nak bersuara. tapi sesekali dah berleter boleh tahan jugak. hehehe. tapi saya suke. suke bila hubby nasihat-nasihat. baru la terasa diriku ini sebenarnya belum matang. hehe. manja lom habis. hehehe. tapi manja dgn hubby saya je. :p

rindunye kat hubby. lepas raya nnt nak balik cepat-cepat ke Labuan. sebab x sanggup nak berjauhan lama-lama dgn hubby. rase lain je bila dia xde kat sisi. hehehe... setakat ni je lah untuk kali ni. x taw dah nak cerita apa. oh ye! kenapa kemaman semakin panas ek ? 


27/05/2012

X Semudah Yang Disangka

Salam... wahh..teruk betul keadaan blog saya sekarang. macam gua je kan? bersawang dan sunyi sepi gitteww.. actually ada juga saya online via handphone tapi x puas nak posting entry. so, juz blogwalking ke blog kengkawan yg lain jek. sempat la saya baca update-update terkini kawan-kawan. sedih jugak sebab x aktif post entry-entry terbaru. tp wat donno sudey... hihihi.

story terbaru? hurmmm..tadelah menarik sangat. hari ni usia kandungan saya genap 37 minggu. kalo ikotkan dah boleh bersalin dah sebab misi cakap baby dah matang. pepun, due date tetap lambat lagi. kalo doc private, dia bagi due saye, 15 june. kalo misi kat KK bagi 18 june. tp kiraan kat baby center 17 june. ntah mane satu yg betul saya pon confuse. x kisahlah sebab yg pasti 4 june saya dah kena ke hospital. then terpulang kat doctor la samada saya kena admit or dilepaskan balik and tunggu sakit normal macam biasa. huhu.

semua ni x mudah bagi saya taw. sobs..sobss.. mulalah ni nak sendu-sendu ingat kat hubby. amik ko nak sangat bersalin kat sini. hihihi. sekarang saya kena pi klinik selang satu hari sebab nurse nak monitor my pregnancy. actually, saya ni salah sorang mum yg cukup bermasalah time mengandung. mule-mule pasal diabetes tu. kena mengulang buat bsp dua minggu sekali. jangan tanye saya bsp tu ape, korang google sendirik k. then sejak balik kemaman kaki saya bengkak x surut-surut. saya pon x taw la samada aktiviti berjalan sana sini banyak sangat or what. lepas tu tetibe berat badan saya mendadak naik. nak kata makan banyak, kat labuan pon macam ni la saya makan. misi pon terkejut. itu yg kandungan saya terpaksa di monitor. nurse cakap baby sihat walafiat tapi mum je yg banyak problem. huhu.

itu belum lagi campur lenguh sana sini, sakit-sakit pinggang..tak de sape nak picit. T_T mulalah ingat kat hubby. kalo dia ada boley jugak mintak urut-urut kaki yg bengkak ni.. picit-picit bahu ni.. setiap kali call kalo nak ngadu kat dia mesti nangis-nangis dulu. hubby pujuk-pujuk cakap sabar..redha..sebab ni pengorbanan untuk anak dan suami. dapat pahala lagi.. ouh hubby, i wish u were here! cakap je ready mental fizikal nak bersalin sorang diri nanti tp dalam hati ni takot sangat. orang lain ade hubby teman tapi kite sensorang je. huhu. mulalah nak salahkan hubby. hihihi. miss u so much, hubby. :(

memang x mudah rupenya. ni belum bersalin lagi saya dah serik nak beranak lagi. hahaha. kelaka kan? bukan ape, bile ingat betapa payahnya saya kena lalui sepanjang kehamilan ni aduii..memang makan tahun lagi la nak tunggu saya menambah. hihi. tapi saya percaya, sebagai pompuan naluri ibu ni kuat. nanti da selamat, tengok wajah zuriat kite and hubby, kepayahan tu pasti akan jadi momen-momen indah untuk kita kenang. am i rite?

sekarang ni tunggu hari je. tiap-tiap hari berdoa mintak bersalin cepat. semoga saya dan baby selamat. semoga Allah permudahkan segalanya buat saya. Amin.

p/s : x saba nak jumpe my husband. i miss him a lot.

17/05/2012

perkembangan terbaru

assalamualaikum... akhirnya dapat jugak update. dapat jugak meroyan sorang diri kat sini. huhuhu.. siyes ai rindu giler nak update my blog. tp internet yg x berapa nak ok wat mood ai jadi down gitu. hihihi. apepun saya taw la ramai yg tunggu saya update cerita terbaru. maklumlah mak kan artis. follower and reader beribu riban. hahaha. perasan tetibe.

ok, 20 april 2012 saya balik sini. bila ingat balik pasal hari tu memang x taw la nak cakap. alkisah hubby, fil, n mil hantar pi airport. dah sampai masa scan barang n diri sendiri tu sedih tgk hubby. dia dah x boley nak masuk kat balai berlepas kan.. sempat la hubby peluk2x n kiss2x pipi dahi wifey berkali-kali. hihi..gedik pulak. hubby pesan suruh jaga diri bebaik n jangan sedih-sedih. n hubby cakap hubby janji nnt hubby datang amik wifey n baby. hehehe.. bila pengumuman di buat saya pon beratur la sekali. sekali crew air asia check surat from doctor dia cakap surat saya x valid. uwaaa! macam mane ni.. pepun nasib la kapten accept saya. kalo x mmg saya x jadi balik la hari tu. saya la orang paling last naik flight. siap di iringi kapten n beg saya di bawa oleh pramugari lagi. hahaha. x pasal2x flight delayed dua tiga minit sebab seorang ibu humil ni. hahaha.

sampai kat lcct my famili da siap sedia menunggu. huhu.. diorang gelak-gelak kan saya. ye lah mane diorang pernah nampak saya lepas kawen ni. tup..tup balik bawak perot besar gitu. hahaha. sempat la shopping barang-barang baby kat k.l. penuh satu kereta. hihi. keesokan hari gi jenjalan kat melaka pah tu baru balik kemaman. 

sejak sampai kemaman penuh jadual saya dengan aktiviti berjalan. ke sana ke mari. ke rompin la..kuantan x payah cakap la.. dah berapa kali pergi. ni kaki bengkak sampai sekarang. maklumlah berjalan x abis-abis. hihi. sekarang ni macam dah x berapa nak larat dah. jalan pon makin pelan. sebab dah berat sangat dah. hihi

hari tu ada pi klinik private pasal nak scan. doctor cakap gender baby boy la pulak. huhu. hurmm..x kisah la janji baby sihat, selamat dan sempurna sifat. barang-barang baby sume dah ready. beg nak bawak ke hospital pon dah ready. tunggu mase je lah sekarang. kelmarin checkup doctor dah bagi surat suruh pi hospital dalam tempoh 3 minggu lagi. now 35w. x sabar nak bersalin.

dah duduk sini hari-hari ingat kat sana. bukan ada apa yg special pon kat labuan tu cume hati ni duk ingat n rindu kat hubby. risau jugak tinggal dia lame-lame. n paling risau pasal nak bersalin nnti dia tade kat sisi. sobs..sobss.. sedih la pulop. pepun mmg dah ready mental n fizikal nak bersalin tanpa hubby di sisi. hari-hari mintak hubby doakan supaya kami dua beranak ni selamat. ada jugak mintak hubby baca surah maryam, surah yunus.. biar wife mudah bersalin. semoga Allah perkenan doa kami. amin..

oh ye, nak ucapkan tahniah kat Puan Mell pasal dah pregnant. take care ea..

oklah.. setakat ni je lah. nnti ade mase ai update lagi. ok bai!

miss my husband a lot. :'(

19/04/2012

Labuan ~ last day

Assalamualaikum... ok saya berpeluh-peluh kepanasan ni. hehe. baru je siap kemaskan bilik. dah tukar cadar, cuci kain baju sume, bersihkan kipas -even x bersih sgt sbb takot nak panjat kerusi-.  senang hati tengok bilik kemas dan bersih. tapi sayu hati tengok bantal hubby. uhuk! -nangis lagik pasal sedih- semalam masa hubby nak pi kije dah hntar hubby ngan linangan air mata gitu. hehe.

saya : D, rasa macam xnak balik je. (suara kuar x kuar je. air mata bergenang gitu.)
hubby : hahahaha...
saya : sedih...
hubby : xpe, mumy baliklah bersalin kat sana, lepas bersalin nnt balik la sini balik. (sambil gosok-gosok pale wife. peluk bahu wife yg cengeng)

apa lagi saya peluk hubby and x bagi dia pi kije. hahaha. boley pulak macam tu kan? tp hubby p kije jugak. takpe..takpe..esok hubby cuti sbb nak hantar wife pi airport. kesian hubby saya. macam manelah nanti dia saya duk kampung lama-lama. adui..nak cinta-cinta jarak jauh mcm dulu mmg x sanggup dah kot. dulu lainlah takde ikatan kan? sekarang dah jadi suami isteri. mati kerinduan la saya. hahaha. ayat yg mmg x boley blah langsung.


p/s : malas nk packing, suruh hubby la malam nanti boley? hehe.

17/04/2012

Last checkup at Labuan

Assalamualaikum...

ok, finally settle jugak checkup kat Labuan ni. hari ni last. nanti sambung kat Kemaman pulak. So far sume macam ok la. darah ok, timbang naik 1.5 kg lagi. sungguh hairan kenapa timbang asik naik padahal dah control makan. my baby besar kot. memang ada info mengatakan kalo mum kemungkinan ada diabetes baby mesti besar. uhuk! xpelah yg penting baby sihat. degupan jantung baby pon ok. cume hb mum yg menurun. tp still undercontrol. dari 12 ke 11. x taw dah mum nak wat macam mane lagi. asalkan jgn under 11 sudah. nurse tekan-tekan kat perut and cakap kepala baby dah ke bawah. Nurse pesan jangan banyak sangat berjalan or naik turun tangga. sebab baru 7 bulan ni. 

hari ni pas checkup terus balik je. x merayap kat bandar dah macam selalu. seriously cakap mum memang dah x berapa larat sangat nak jalan. ni pon sedang menanggung sakit pinggang. x bagitaw pon kat dady sebab tanak dia risau. lagipon jumaat ni dah nak fly kang susah hati pulak dia. Saya pon make sure yang diri saya ni sihat. kalo boley janganlah ada problem pape. nak problem-problem tunggulah dah sampai Kemaman nanti. so baby please....behave ya sayang. kesian mumy and dady ni. hehe.

MIL dah awal-awal siapkan buah tangan sikit untuk mak kat kampung. kirim ikan terubuk masin dengan kek lapis Serawak. sampai naik segan pulak saya. kek lapis tu adik ipar yg duduk kat bintulu yg post kan ke Labuan. sebab MIL mintak dia tolong belikan sebab nak bagi mak saya. isk..buat susah-susah je. nak bayar balik tp adik ipar cakap x payah. dia sedekah. hehe. malu ai. terima kaseh daun keladi. lain kali ai nak lagi ok. hahaha. 

makin nak balik rasa makin berat hati nak berjauhan dengan hubby. rasa macam sensitif semacam je. x taw nape. malam-malam x boley tidur renung wajah dia rasa rawan je hati ni. rasa pilu dan sayu je. sampai nangis sebab takot nak pisah ngan dia lame-lame. tapi nak buat macam mane..separuh hati tu nak sangat balik sana separuh hati lagi macam sedih nak berjauhan. mintak-mintak xdelah terasa sangat nanti.

hurm.. tu je lah untuk hari ni. malas dah nak menaip. pinggang sakit ni. adui..

16/04/2012

T_T

rasa macam sayu je. sedih la pulak nak tinggal hubby sensorang kat sini. rasa macam x sanggup la pulak nak berjauhan lama-lama. 

15/04/2012

dating wif hubby

Assalamualaikum...

ok hari ni hari ahad so hubby cuti. bangun pagi tadi lepas sarapan terus masak untuk makan tengahari. biasalah kalo hari ahad memang tugas saya kena masak. sebab MIL pi kursus haji tiap-tiap ahad. ahad depan xtaw la sape yg akan masak sebab saya dah tak de kat sini. mesti kelam kabut MIL nanti. oh ye, jangan hairan kenapa saya masak awal. kan saya mengajar budak-budak tuisyen setiap weekend jam 9 pagi. so terpaksa settlekan kije cepat-cepat. hihihi. macam mak mentua pesan, just masakkan lauk sambal telur dan goreng sayur je. so itulah yg saya buat. 

lepas siap masak tadi saya pon tercongok la depan tv. ( bila takde sesapa kat rumah barulah tgk tv. kalo x macam segan) tp saya rasa tv yg tgk saya tadi. fikiran melayang-layang sebab boringnye lah life kat sini. dah la takde kawan. sume orang kat rumah ni pulak jenis suka berkurung dalam bilik. tetiba hubby datang and tanya nak pi klinik x. aik? pelik ni. baiknye dia hari ni. hehe. saya tanya lah klinik bukak x sebab weekend. hubby cakap bukak. sebenarnye bukan klinik gov tapi private sebab nak amik surat pelepasan dari doktor untuk naik flight. 

so kami pi la klinik wilayah. sebab klinik tu yg nurse kat kk suggest suruh pi. then sampai kat klinik sekali pompuan yg jaga kat reception tu cakap kalo nak surat tu, kena datang dlm 18 or 19 april sbb surat tu valid for 3 days tempoh penerbangan. pulak dah! nurse kat kk cakap valid 7 hari. bengang la pulak.. so hubby tanya budak tu klinik wilayah je ke yg boleh kuarkan surat tu. budak tu cakap klinik wilayah just panel for MAS. kalo AirAsia sume klinik pon boleh. so tanpa buang masa kami pi klinik suria pulak. jumpe doctor lily je lah. tp dugaan dtg lagi. hahaha. doctor lily takde sebab ada kes kat hospital. haiyo. geram la jugak sikit kan. last kami ke poliklinik permai and nasib kami baik. so jumpe doctor selva and beliau keluarkan surat untuk saya. kenalah bayar rm20. hubby cakap surat je pon tapi rm20 kena bayo. haha. lawaklah hubby ni. alaa..hubby ni. rm20 je pon bukan rm200. hehe. tp bila pikir-pikir balik betul jugak. sebab doctor tu jgn kata nak cek saya, cuit pon tidak.. hehehe. pepun syukur lah sebab dah settle satu hal.

then kami pon jenjalan la kat bandar. tapi kenalah pi makan dulu sebab ibu hamil ni dah kelaparan. haha. hubby tanya nak makan apa so kami pi KFC je. takde lah order beriya-iya sangat. just potato wedges, ayam seketul, fries and dua minuman. milo and coffee. tu je. lepas makan saya ajak hubby pi Labuan Supermarket. hubby beli baju dan seluar track. sbb nak pakai time mancing. bese dia pakai jeans habis kotor and payah nak cuci. hihi. saya pulak sempat lagi menambah koleksi stoking baby dan sarong tangan baby. hihi. lagi satu saya mintak hubby belikan anggur merah. sebab dari hari tu teringin nk makan. dah cakap lama kat hubby tapi dia lupa. huhu. oh ye, sebelum pi makan tadi hubby sempat singgah kedai mancing. huhuhu.

so, seronok jugak dapat keluar dengan hubby sesekali. bukan salu dia ada masa nak bawak saya jalan. hehehe. tq hubby sebab belanja tadi. hehe. i love you!

14/04/2012

my bestfriend

tutt..tuttt.. ok itu bunyi mesej yg baru saya terima ni.  petang-petang macam ni dapat khabar baik dari Kemaman memanglah buat saya gembira. kan? 

saya dengan ini nak ucapkan tahniah buat kawan baik saya nun jauh di sana kerana telah selamat melahirkan baby girl. hikhikhik. mesti comel dan lemah lembut macam mum dia kan.

to : Suhaira

semoga kehadiran orang baru akan menyerikan lagi rumah tangga Suu dan hubby. dan semoga si kecil yg comel itu akan menjadi anak yg solehah. Amin.

dengar je kawan baik dah bersalin buat saya jadi makin nervous la pulak. x sabar nak balik sana nak tgk baby dia. 

Puan Suu and hubby.

picture baby dia belum ada lagi lah. nanti ai update kalo dia izinkan ok. 

p/s : baru petang semalam kite chattin' kat facebook kan Suu? tahniah my dear!

saat yg sangat indah biarpun ada seribu kepayahan

Salam...

tajuk memang gedik habis kan? hahaha. xpelah..saje je sesekali nak menjiwangkan diri sendiri. tetibe datang mood nak flashback memori sepanjang hamil ni. :) 

mase dua hari lagi nak menikah dulu, makcik saye tanya saye samada nak baby cepat atau x? saye tanya dia kenapa? then dia cakap kalo belum mau makan la pil perancang sekarang. hahaha. ciss! ingatkan ape la. saye cakapla mestilah saye nak cepat-cepat. lagipon saye time tu dah 25 tahun. hubby 36 tahun. ye.. saye dan hubby beza umur kami 11 tahun. tapi disebabkan hubby saye orangnye kecil, kurus and cute (cute la sgt) so dia x nampak macam seusia umurnye. hikhikhik.

x sampai sebulan kawen, tibalah hari sepatutnye saye period. actually saye seorang yg sangat teratur period. x pernah lewat seminggu or x pernah x period dalam sebulan. sepanjang saye mendapat haid since umur 13 tahun saye memang xde masalah dengan period. cume ade problem senggugut setiap bulan. dan saye seorang yg suke menanda tarikh period. huhu. tapi bulan tu saye terlewat 1 hari. sebenarnye saya dah rase saya hamil. (macam taw-taw je) mb instint kite sendiri kot. tapi saye xnak berharap lagi. then hari kedua lewat lagi. adik ipar dah bagi alat UPT tu tapi dia pesan tunggu la sampai seminggu dulu.. hari ketiga xde jugak cik Period tu saye mula hilang sabar. hahaha. x sempat tunggu seminggu dah saye terus buat UPT and result positif. keluar dua line merah dengan jelas sejelasnya. hihihi

saye buat UPT tu time pagi. orang kate elok waktu pagi. saye bile dah tgk result positif ape lagi kelam kabut mandi nak bagitaw kat hubby. hihi. mase bagitaw hubby tu saye x sedar saye boley nangis. hehe. memang x boley berhenti menangis sebab terharu sangat. hubby gosok-gosok kepala saye dan cakap syukur. tapi hubby pesan jangan exited dulu sebab hubby nak doctor yg sahkan. baru dia betul-betul yakin.


tetibe saya dilanda demam. hihihi. selesema dan batuk sikit-sikit. hubby pulak busy kije. yelah dah sebelum tu lama hubby amik cuti pasal nak kawen kan. so mentua la yg bawak pi klinik. kami pi klinik suria labuan. sekali giliran saya terkena dengan doctor Sulaiman. redha jelah dapat doctor laki. ingatkan boley checkup dengan doctor Lily. so, sekali lagi doctor wat urine test. and doctor sahkan saya hamil. hehehe. Syukur.


dalam tempoh awal kehamilan tu saya memang alahan. nak kata teruk sangat tu x la jugak. tapi x teruk pon macam teruk. hahaha. merepeklah saya ni kan? beselah  muntah-muntah, hilang selera makan, malas mandi. ( hahaha.. serius cakap saya jadi malas nak mandi.) x suke bau hubby lepas hubby kumur-kumur listerine. saya rasa macam bau tu busuk sangat. dan yg paling saya benci adalah asyik sakit kepala. pepun masuk ke bulan yg ke empat saya dah ok. malah selera makan bertambah-tambah gitu. sampai berat badan naik mendadak 4kg. masa alahan tu saya ada jugak kena gastrik pasal xmo makan. sampai kena pi klinik.


sekarang saya dah masuk 7 bulan. walaupon macam-macam dugaan, alhamdulillah im still survive! dengan problem nak dpt diabetes la, itulah, inilah..saya masih lagi ok. tu belum campur lagi dugaan-dugaan lain. mengidam itu ini tp x dapat la, apala..macam-macam lagi. huhu. pepon saya bersyukur sebab Allah bagi say peluang merasai nikmat ibu mengandung.


dan, semoga bayi saya selamat, sihat dan sempurna sifat. mintak Allah permudahkan proses bersalin nanti dan semoga anak kami menjadi anak yg soleh @ solehah. Amin.




13/04/2012

Dia yg bernama SUAMI

Assalamualaikum...

Hari ni dua kali saya post. ni entry yg kedua. hahaha. mood sikit punya baik ni. hehehe.

surat buat suami tercinta.
 
dear my lovely hubby, 

mumy sayang dady. sayang sangat. bila ingat macam-macam dugaan yg kita lalui sebelum kawen rase macam x percaya yg hari kita dah selamat berumah tangga hampir 7 bulan. tapi betul kata orang, cinta itu buta, tapi perkahwinan mencelikkan segalanya. bila dah bergelar suami isteri, tidur sebantal, makan sepinggan kite lebih mengenali diri masing-masing. walaupon masih banyak perkara tentang diri kita yg kita masih lagi dalam proses mempelajari dan memahami antara satu sama lain. 

kadang-kadang mumy tertanya, kenapa dady macam tu, kenapa x macam ni. dady pon salu suruh mumy macam ni, jangan macam tu. hehe. kadang-kadang kite selisih faham hal-hal yg simple. tp kita cepat sedar kan? yang kita memang different person. yg saling melengkapi kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. 

mumy nak ucap terima kaseh banyak-banyak sebab jadi suami mumy. terima segala kekurangan yg ada pada diri mumy. mumy yg x macam orang lain. :( mumy yg tersangat-sangat kerdil nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain yg pernah hadir dalam hidup dady. tapi dady tetap pilih mumy. tetap amik mumy. tetap berpegang teguh pada janji-janji kita. tetap memaafkan segala kesilapan mumy, keterlajuran mumy. mumy yg pernah melukakan hati dady dengan teruk. mumy yg membuatkan dady terus fly dari Labuan ke Kemaman semata-mata nak buktikan dady betul-betul sayang mumy. oh Tuhan, berdosanya mumy ketika itu. 

terima kaseh sebab hulurkan jari-jari dady ketika mumy pening-pening...hulurkan tangan ketika mumy mual-mual. berikan tangan dady ketika kaki mumy lenguh-lenguh. x hiraukan penat seharian berkerja sebab nak bagi mumy selesa di awal kehamilan. kesian dady. tapi dady x pernah merungut bila mumy merengek-rengek mintak picit sana sini. sabar je layan kerenah mumy yg manja ni. yg sudi hulurkan bahu setiap kali mumy menangis nak balik kampung. yg hampir setiap malam tidur di lantai beralaskan tikar semata-mata nak bagi mumy tidur dengan selesa. thanks dady. mumy love you so much. 

berat hati nak tinggalkan dady kat sini lame-lame. macam-macam mumy pikir..makan pakai dady. kalo dady penat sape nak tolong picitkan. kalo dady demam sape nak jaga. kalo dady nak mkn nak minum sape nak sediakan. sape nak kejutkan dady pagi-pagi untuk bangun gi kije. sape nak siapkan bekal dady. sape nak cuci lipat baju dady. kesian dady. terima kaseh sebab izinkan mumy balik Kemaman untuk lahirkan anak kita kat sana.

mumy ingat satu ayat yg berbunyi lebih kurang macam ni 'suami isteri yg hidup berbahagia di dunia insyaallah Allah akan pertemukan mereka di akhirat.' semoga kita akan menjadi salah satu dari pasangan itu. mumy nak jadi isteri dady dunia akhirat. mumy sayang dady. tolong doakan mumy selamat lahirkan zuriat kita. semoga anak kita menjadi kekuatan dan pengikat kasih sayang kita suami isteri. ampunkan segala dosa-dosa mumy dan redhailah mumy sbg isteri dady sepanjang hidup kita berdua. semoga Allah sentiasa memelihara rumah tangga kita di dunia akhirat. Amin.

mumy and baby love dady so much. please take care of urself and we both waiting for you at Kemaman. 

lots of love,
mumy and baby 
(^_~)

p/s : dah lame saye simpan entry ni sebenarnya. :)
saya sangat sayangkan suami saya.

gambar ni sehari selepas kami bergelar suami isteri.


waiting for 20 April 2012

Assalamualaikum...

ok, untuk kali ke empat ratus lapan puluh tiga kali saya dengan riaknya nak bagitaw lagi yang saya ada lebih kurang seminggu je lagi untuk balik kemaman. hikhikhik. Dengan itu banyaklah jugak hal-hal yg saya nak kena setelkan before fly to Kuala Lumpur. oh ye, sebelum terlupa, AirAsia dengan dukacitanya telah menghantar mesej untuk inform yg flight saya diawalkan lima belas minit. thanks a lot ye AirAsia. hahahaha.

Sebelum balik saya mesti buat :

1. last checkup kat klinik desa sini 17 April nanti. mesti amik segala rekod kesihatan saya sepanjang preggy untuk klinik sana refer nanti.

2. kena kemas almari baik-baik. letak baju encik suami kat tempat yg dia senang nak cari dan nak ambil. paham jelah orang laki ni. main tarik je. mane yg rasa x jadi pakai disumbat-sumbat tanpa lipat balik. geram kadang-kadang. hehehe. may be suami ingat kalau dia x buat macam tu saya ni tade kije pulak nak buat kan? hahaha.

3. tukar dan cuci cadar, sarung bantal dan selimut. selimut simpan satu. nanti cadar ganti pakai yg kaler gelap sikit sebab kalo pakai yg kaler cerah alamat saya balik sini nanti xtaw la rupe cadar macam mane.

4. hantar novel-novel Makcik Munah. ( ibu saudara suami yg sangat baik hati ) 

5. Kemas barang-barang yg saya xnak pakai elok-elok sebab kalo dibiarkan takot suami buat x peduli habis berhabuk barang-barang saya.

6. bersihkan kipas, siling, lampu dan dinding kat bilik. kalo x berdebu suami bukan nak bersihkan kalo x di suruh. bilik ni cepat betul berhabuk. x suke sangat!

7. balik dari klinik desa 17 April mesti ke Klinik Wilayah untuk amik surat doctor sebab nak naik flight. Klinik tu klinik panel untuk Mas and AirAsia kat labuan ni kot.

8. ajar suami guna washing mechine. hihi. sebelum kawen, suami cuci sendiri kain baju dia. cuci tangan pakai berus ok. kesian dia. nanti ajar dia guna mechine senang sikit kije dia. tp mak mentua dah pesan suruh bagitaw suami letak je bakul baju kotor kat luar pintu bilik biar dia tolong cucikan. tp segan pulak saya. xpelah, ajar jelah suami nanti. hihihi.

9. kalo ada rezeki lebih dan suami ada masa nak ajak dia pi bandar cari gift untuk famili kat kampung. tapi ntah dia ada masa ke x sebab busy kije sangat. asyik ot je. huhuhu.

tu jelah kot. saya pon x taw dah ape lagi. hahaha. kalo ingat saya update okeh! 

tata!