27/05/2012

X Semudah Yang Disangka

Salam... wahh..teruk betul keadaan blog saya sekarang. macam gua je kan? bersawang dan sunyi sepi gitteww.. actually ada juga saya online via handphone tapi x puas nak posting entry. so, juz blogwalking ke blog kengkawan yg lain jek. sempat la saya baca update-update terkini kawan-kawan. sedih jugak sebab x aktif post entry-entry terbaru. tp wat donno sudey... hihihi.

story terbaru? hurmmm..tadelah menarik sangat. hari ni usia kandungan saya genap 37 minggu. kalo ikotkan dah boleh bersalin dah sebab misi cakap baby dah matang. pepun, due date tetap lambat lagi. kalo doc private, dia bagi due saye, 15 june. kalo misi kat KK bagi 18 june. tp kiraan kat baby center 17 june. ntah mane satu yg betul saya pon confuse. x kisahlah sebab yg pasti 4 june saya dah kena ke hospital. then terpulang kat doctor la samada saya kena admit or dilepaskan balik and tunggu sakit normal macam biasa. huhu.

semua ni x mudah bagi saya taw. sobs..sobss.. mulalah ni nak sendu-sendu ingat kat hubby. amik ko nak sangat bersalin kat sini. hihihi. sekarang saya kena pi klinik selang satu hari sebab nurse nak monitor my pregnancy. actually, saya ni salah sorang mum yg cukup bermasalah time mengandung. mule-mule pasal diabetes tu. kena mengulang buat bsp dua minggu sekali. jangan tanye saya bsp tu ape, korang google sendirik k. then sejak balik kemaman kaki saya bengkak x surut-surut. saya pon x taw la samada aktiviti berjalan sana sini banyak sangat or what. lepas tu tetibe berat badan saya mendadak naik. nak kata makan banyak, kat labuan pon macam ni la saya makan. misi pon terkejut. itu yg kandungan saya terpaksa di monitor. nurse cakap baby sihat walafiat tapi mum je yg banyak problem. huhu.

itu belum lagi campur lenguh sana sini, sakit-sakit pinggang..tak de sape nak picit. T_T mulalah ingat kat hubby. kalo dia ada boley jugak mintak urut-urut kaki yg bengkak ni.. picit-picit bahu ni.. setiap kali call kalo nak ngadu kat dia mesti nangis-nangis dulu. hubby pujuk-pujuk cakap sabar..redha..sebab ni pengorbanan untuk anak dan suami. dapat pahala lagi.. ouh hubby, i wish u were here! cakap je ready mental fizikal nak bersalin sorang diri nanti tp dalam hati ni takot sangat. orang lain ade hubby teman tapi kite sensorang je. huhu. mulalah nak salahkan hubby. hihihi. miss u so much, hubby. :(

memang x mudah rupenya. ni belum bersalin lagi saya dah serik nak beranak lagi. hahaha. kelaka kan? bukan ape, bile ingat betapa payahnya saya kena lalui sepanjang kehamilan ni aduii..memang makan tahun lagi la nak tunggu saya menambah. hihi. tapi saya percaya, sebagai pompuan naluri ibu ni kuat. nanti da selamat, tengok wajah zuriat kite and hubby, kepayahan tu pasti akan jadi momen-momen indah untuk kita kenang. am i rite?

sekarang ni tunggu hari je. tiap-tiap hari berdoa mintak bersalin cepat. semoga saya dan baby selamat. semoga Allah permudahkan segalanya buat saya. Amin.

p/s : x saba nak jumpe my husband. i miss him a lot.

17/05/2012

perkembangan terbaru

assalamualaikum... akhirnya dapat jugak update. dapat jugak meroyan sorang diri kat sini. huhuhu.. siyes ai rindu giler nak update my blog. tp internet yg x berapa nak ok wat mood ai jadi down gitu. hihihi. apepun saya taw la ramai yg tunggu saya update cerita terbaru. maklumlah mak kan artis. follower and reader beribu riban. hahaha. perasan tetibe.

ok, 20 april 2012 saya balik sini. bila ingat balik pasal hari tu memang x taw la nak cakap. alkisah hubby, fil, n mil hantar pi airport. dah sampai masa scan barang n diri sendiri tu sedih tgk hubby. dia dah x boley nak masuk kat balai berlepas kan.. sempat la hubby peluk2x n kiss2x pipi dahi wifey berkali-kali. hihi..gedik pulak. hubby pesan suruh jaga diri bebaik n jangan sedih-sedih. n hubby cakap hubby janji nnt hubby datang amik wifey n baby. hehehe.. bila pengumuman di buat saya pon beratur la sekali. sekali crew air asia check surat from doctor dia cakap surat saya x valid. uwaaa! macam mane ni.. pepun nasib la kapten accept saya. kalo x mmg saya x jadi balik la hari tu. saya la orang paling last naik flight. siap di iringi kapten n beg saya di bawa oleh pramugari lagi. hahaha. x pasal2x flight delayed dua tiga minit sebab seorang ibu humil ni. hahaha.

sampai kat lcct my famili da siap sedia menunggu. huhu.. diorang gelak-gelak kan saya. ye lah mane diorang pernah nampak saya lepas kawen ni. tup..tup balik bawak perot besar gitu. hahaha. sempat la shopping barang-barang baby kat k.l. penuh satu kereta. hihi. keesokan hari gi jenjalan kat melaka pah tu baru balik kemaman. 

sejak sampai kemaman penuh jadual saya dengan aktiviti berjalan. ke sana ke mari. ke rompin la..kuantan x payah cakap la.. dah berapa kali pergi. ni kaki bengkak sampai sekarang. maklumlah berjalan x abis-abis. hihi. sekarang ni macam dah x berapa nak larat dah. jalan pon makin pelan. sebab dah berat sangat dah. hihi

hari tu ada pi klinik private pasal nak scan. doctor cakap gender baby boy la pulak. huhu. hurmm..x kisah la janji baby sihat, selamat dan sempurna sifat. barang-barang baby sume dah ready. beg nak bawak ke hospital pon dah ready. tunggu mase je lah sekarang. kelmarin checkup doctor dah bagi surat suruh pi hospital dalam tempoh 3 minggu lagi. now 35w. x sabar nak bersalin.

dah duduk sini hari-hari ingat kat sana. bukan ada apa yg special pon kat labuan tu cume hati ni duk ingat n rindu kat hubby. risau jugak tinggal dia lame-lame. n paling risau pasal nak bersalin nnti dia tade kat sisi. sobs..sobss.. sedih la pulop. pepun mmg dah ready mental n fizikal nak bersalin tanpa hubby di sisi. hari-hari mintak hubby doakan supaya kami dua beranak ni selamat. ada jugak mintak hubby baca surah maryam, surah yunus.. biar wife mudah bersalin. semoga Allah perkenan doa kami. amin..

oh ye, nak ucapkan tahniah kat Puan Mell pasal dah pregnant. take care ea..

oklah.. setakat ni je lah. nnti ade mase ai update lagi. ok bai!

miss my husband a lot. :'(