17/05/2012

perkembangan terbaru

assalamualaikum... akhirnya dapat jugak update. dapat jugak meroyan sorang diri kat sini. huhuhu.. siyes ai rindu giler nak update my blog. tp internet yg x berapa nak ok wat mood ai jadi down gitu. hihihi. apepun saya taw la ramai yg tunggu saya update cerita terbaru. maklumlah mak kan artis. follower and reader beribu riban. hahaha. perasan tetibe.

ok, 20 april 2012 saya balik sini. bila ingat balik pasal hari tu memang x taw la nak cakap. alkisah hubby, fil, n mil hantar pi airport. dah sampai masa scan barang n diri sendiri tu sedih tgk hubby. dia dah x boley nak masuk kat balai berlepas kan.. sempat la hubby peluk2x n kiss2x pipi dahi wifey berkali-kali. hihi..gedik pulak. hubby pesan suruh jaga diri bebaik n jangan sedih-sedih. n hubby cakap hubby janji nnt hubby datang amik wifey n baby. hehehe.. bila pengumuman di buat saya pon beratur la sekali. sekali crew air asia check surat from doctor dia cakap surat saya x valid. uwaaa! macam mane ni.. pepun nasib la kapten accept saya. kalo x mmg saya x jadi balik la hari tu. saya la orang paling last naik flight. siap di iringi kapten n beg saya di bawa oleh pramugari lagi. hahaha. x pasal2x flight delayed dua tiga minit sebab seorang ibu humil ni. hahaha.

sampai kat lcct my famili da siap sedia menunggu. huhu.. diorang gelak-gelak kan saya. ye lah mane diorang pernah nampak saya lepas kawen ni. tup..tup balik bawak perot besar gitu. hahaha. sempat la shopping barang-barang baby kat k.l. penuh satu kereta. hihi. keesokan hari gi jenjalan kat melaka pah tu baru balik kemaman. 

sejak sampai kemaman penuh jadual saya dengan aktiviti berjalan. ke sana ke mari. ke rompin la..kuantan x payah cakap la.. dah berapa kali pergi. ni kaki bengkak sampai sekarang. maklumlah berjalan x abis-abis. hihi. sekarang ni macam dah x berapa nak larat dah. jalan pon makin pelan. sebab dah berat sangat dah. hihi

hari tu ada pi klinik private pasal nak scan. doctor cakap gender baby boy la pulak. huhu. hurmm..x kisah la janji baby sihat, selamat dan sempurna sifat. barang-barang baby sume dah ready. beg nak bawak ke hospital pon dah ready. tunggu mase je lah sekarang. kelmarin checkup doctor dah bagi surat suruh pi hospital dalam tempoh 3 minggu lagi. now 35w. x sabar nak bersalin.

dah duduk sini hari-hari ingat kat sana. bukan ada apa yg special pon kat labuan tu cume hati ni duk ingat n rindu kat hubby. risau jugak tinggal dia lame-lame. n paling risau pasal nak bersalin nnti dia tade kat sisi. sobs..sobss.. sedih la pulop. pepun mmg dah ready mental n fizikal nak bersalin tanpa hubby di sisi. hari-hari mintak hubby doakan supaya kami dua beranak ni selamat. ada jugak mintak hubby baca surah maryam, surah yunus.. biar wife mudah bersalin. semoga Allah perkenan doa kami. amin..

oh ye, nak ucapkan tahniah kat Puan Mell pasal dah pregnant. take care ea..

oklah.. setakat ni je lah. nnti ade mase ai update lagi. ok bai!

miss my husband a lot. :'(

1 comment:

  1. insyaAllah... moga mumy and bby sehat hendaknyer... nampak gaye en.peret dapat partner mancing la nanti.. hihi.. tq.. dear.. i will.. u t.care too..

    ReplyDelete