02/07/2013

minggu last di labuan

assalamualaikum.

berapa hari lagi ye nak fly? alhamdulillah masalah jerebu sudah pulih. hati dah tak risau dah. semangat berkobar kobar nak balik terengganu. kalaulah husband pun nak berhijrah alangkah indahnya dunia. wuuu... mak cakap abah dah belikan tiket bus untuk mak, ayadi dan ari ke kuala lumpur. me pulak belum print lagi tiket flight. tak pelah nanti mintak sil check in terus and print boarding pass je. so tak yah nak kelam kabut sangat pi airport awal awal. pepun still kena cepat ahad nanti sebab nak urus bagasi masuk cargo. ada satu kotak besar yang penuh dengan tupperware dan satu beg pakaian. satu beg baby mama hand carry bawa naik flight. standby diapers adeeb takut poo poo dalam flight. as always. sedih jugak nak tinggal husband tapi kuatkan semangat.

malam jumaat lepas, keluar dengan sil and cousin siti. kami pergi makan makan dekat marry brown. then singgah parkson beli hadiah untuk baby jiran baru lahir. semangat anak dia. lahir 3.11kg. anak number dua. tapi menurut ibunya jaundis beberapa hari jugak. semoga baby Adli Zafran menjadi anak yang soleh. Aisy Qaleef baru 1 tahun 10 bulan dah jadi abang. seronoknya. Adeeb masih belum ada rezeki nak bergelar abang. insyaallah, ada rezeki nanti adalah. 

ahad lepas pulak husband ada pertandingan memancing. tapi dapat saguhati je number 17. bolehlah. balik jugak modal bayar yuran rm10. hihi. so, petang tu bawak adeeb pi airport. makan kat macdonald. oh ya, kat labuan ni, macdonald memang ada kat airport je. mama sempat shopping sepasang kasut flat untuk balik nanti. memang dah lama tak sarung heels,wedges sejak kahwin. kasut hantaran kahwin dulu pun jarang pakai. yelah, sebulan kahwin terus pregnant, pah tu beranak pulak. ada anak kecik yang aktif ni berangan ajelah nak melaram dengan kasut tinggi. kot terpeleot  time kejar anak tak ke haru kan? redha sajelah.

malam tadi satu famili dinner kat luar. sebab celebrate birthday sil semalam. on the way, along tanya fil kat mana nak dinner ni then fil jawab pizza hut. down terus semangat aiols. dan dan rasa nak lompat ikut tingkap pajero dan nak balik. terus rasa nyesal ikut. uwaa...tak suka makan pizza. napelah they all ni suka sangat makan western food ni i pon tak paham. husband lagilah dia memang cukup tak suka pi pizza. jemu katanya. along pon terus mengomel like eeiii...suka sangat pizza. makan nasi lagi kenyang.... hihi.. me dalam hati memang setuju sangat dengan kata kata along. tapi kita follow je selera birthday girl ok. kan birthday dia.. so biarlah dia makan apa yang dia nak. special day la katakan.

tak sabarnya tunggu ahad ni. jiwa dah berada kat kampung kot. jasad je kat sini. hihi. hurmm...sape kata tak sedih nak berjauhan dengan suami? of course lah sedih. kalau boleh setiap saat biar bersama sama. bukan senang nak lalui semua ni. tapi Allah je yang tahu apa yang bersimpang siur dalam hati. kalau orang cakap ....ehh tengok ceria je macam tak pernah ada problem pun? apa aku harus menangis dan meratap mengeluh setiap masa? camtu? apa aku mesti cerita kat satu dunia masalah aku?  begitu? motip? nak mintak simpati? sorrylah because im not that type. jangan pernah persoalkan tentang kehidupan orang lain. sebab kita sendiri pun tak akan suka orang menyibuk hal kita.

moga adeeb behave dalam flight. dua jam setengah tu lama jugak. kalau dia tidur lagi bagus. doakan semua berjalan lancar. amin.

2 comments:

  1. semoga selamat sampai.. kalu dah diizinkan suami.. apa salahnya nak blik pun kann.. pokok tak spotin.. xmau berenggang langsung ngan kiteorang.. mintak blik 3ari pun xkasi.. huk!

    ReplyDelete
  2. Aminn...pyratez ok je kalu nk balik kg. Lagi suke kut. Hihi

    ReplyDelete