16/09/2012

perlu ke tajuk?

Salam...

kenapa tajuk entry kali ni macam tu? sebenarnya saya dah blur nak letak tajuk apa. so entry ni memang tak de tajuk hokay. 

baiklah saya nak story petang semalam adeeb menangis yang x boleh dimaaafkan. hampeh je kan? sebenarnya saya pergi mandi sebab dia dah tidur i tinggalkan je lah kan. selama ni belum pernah lagi dia menangis masa i mandi, so i mandilah lama-lama sikit. sesudah mandi buka je pintu bilik air kedengaranlah UWAAA!!! UWAAAA!!! so apa lagi kan? mama yang panik ni terus berlari dengan rakusnya tengok anak dah kejung dalam buaian. korang taw ke kejung tu apa ek? i keluarkan dia dari buaian and dukung dia tetap menangis. bagi susu pon menangis. macam dah merajuk dengan mama pasal mama tinggal dia sorang. so, dengan mama la menangis sebab kasihan anakku.

memanglah takde sesiapa di rumah time tu kecuali adik bongsu hubby tgh tidur kut kat bilik sebelah. memang i x tutup pintu bilik sementara i mandi. sedih sangat tengok adeeb nangis macam tu. terus telefon mak kat kampung ni sambil pangku adeeb. mak marah la pasal selalu sangat tinggalkan adeeb seorang diri. mulalah membebel takot cucunya jatuh buai la, tergolek dari katil la, blablabla... tapi nak buat macam mana, memang dekat labuan ni i terpaksa selalu tinggalkan adeeb sorang dalam bilik. kalau x macam mana i nak buat kerja. sobs sobs.. kalau boleh saya memang xnak tinggalkan adeeb seorang diri. but i have to.

labuan sekarang macam dilanda wabak kolera. ramai yg kena termasuk suami saya. saya belum lagi mintak dijauhkan la. xmau lah sakit-sakit dengan ada baby kecil ni. kesian anak saya. orang dalam rumah ni boleh dikatakan semua dah kena kecuali saya. adeeb pulak sekarang punggung melecet pasal adeeb ni kerap berat sejak lahir. tambahan anak saya x boleh pakai pampers murah. bukan nak berlagak tapi ni hakikat. masa kat kemaman pernah belikan pampers HEY BABY and kena merah merah kat punggung dia. baru ni mil beli pampers cap GIANT. ada ke pampers cap giant? sabo jelah. jenuh nak habiskan. anak saya pakai HUGGIES dry now dah tukar ke saiz L. adeeb memang besar. lahir pon dah besar kan? lagipon ni berkat susu ibu kut. :)

ahad depan ada kenduri. mil and fil dapat panggilan haji. so, buatlah doa selamat. nanti saya update pasal kenduri k. kalo rajin i amik gambar sekali. adik beradik hubby yg dekat semenanjung akan balik la dalm minggu ni. rasanya diorang hantar mil and fil sampai ke kota kinabalu kut. i and hubby hantar kat labuan je. semoga mil and fil mendapat haji yg mabrur insyaallah.

esok ulang tahun perkahwinan kami yg pertama. agaknya ada x suprise dari hubby? mana lah taw hubby belikan kereta ke untuk saya. hahaha..berangan x hengat. dapat bunga ros sekuntum pon jadilah. hahahaha...lusa adeeb genap tiga bulan. besar dah anak mama. semoga sentiasa sihat dan jadi anak yg soleh. amin..

ok lah.. tu je untuk kali ni k. nanti ada masa saya update lagi. layangkan beberapa keping gambar.


setahun lalu. yg saya pangku tu Aira Qalifa. anak cousin.


lima bulan yg lalu. di A Famosa.


this is adeeb's first picture in incubator.
( misi bagi snap pasal kesian kat ayah dia nak tengok sangat. ) 



keluarga kecilku.
( ni je gambar kami bertiga setakat ni. )


ok bai!




No comments:

Post a Comment