24/09/2012

breast feed

tajuk entri kemain. macam nak post fakta-fakta yang penting untuk bacaan ibu-ibu gittew. padahal nan hado.  ok sebenarnya ini versi saya saja. mungkin ada info-info dari blog orang lain yang lebih berguna dan bermanfaat. 

terus terang saya cakap fully breast feeding baby sangat memerlukan semangat dan jiwa yang sangat cekal. (ayat karangan pmr) lebih-lebih lagi saya pada masa itu dikelilingi oleh orang-orang yang sangat kurang kesedaran betapa pentingnya susu ibu. tiada makanan yang paling berkhasiat untuk bayi melainkan susu ibu. dan pada masa itu saya akui yang saya hampir letih untuk berjuag seorang diri mempertahankan pendirian saya. mujur saya tidak pernah berputus asa. 

antara cabarannya, bila mengalami bengkak susu. bayi dalam pantang kebiasaannya memang lebih banyak tidur dari berjaga. adeeb pon x terkecuali. banyak tidur dan kalau nak menyusu memang terpaksa kejutkan. lagi teruk bila tetap taknak bangun walaupun kita kejutkan. sakitnya bengkak susu sampai tahap nak demam mama dibuatnya. belum lagi susu sentiasa keluar sampai basah baju. memang saya stress masa tu. tak tahu macam mana nak buat, nak bagi selesa. sangat x suka dengan keadaan tu. then, saya mula bertanya kawan, search kat internet, minta pendapat mereka yang dah berpengalaman akhirnya saya temui cara supaya saya dapat bf baby dengan senang hati.

saya ni pulak jenis yang malas nak pump susu. apapun bagi saya, breast pump sangat penting untuk persediaan bersalin. sebagai contoh, selepas lahirkan adeeb, adeeb sakit and duduk dalam incubator. susu disalurkan melalui tiub. oleh kerana adeeb x sempat nak menyusu mana nak dapat susu kan? susu formula memang tak dibenarkan sama sekali di hospital melainkan kes-kes tertentu seperti ibu yang belum sedar dari operation nurse akan bagi baby susu formula. so, nurse minta saya pump susu supaya adeeb dapat minum susu ibu even melalui tiub cuma. sebab kalau baby tak hisap or tak pump susu takkan keluar.

lagi satu bila orang selalu provok kita. 'nanti kau susah nak tinggal anak kau.' 'kau x malu ke nanti nak selak baju bagi anak nyusu?' 'nanti susu kau kering.yelah dalam pantang ni memanglah banyak lagi susu' 'kedekutlah tu nak beli susu formula kat anak' helloooo!! please ok people! rasa masa tu nak je saya cekik-cekik manusia yang jenis macam ni. memang sangat menyakitkan hati. kalau x cekal memang boleh terpengaruh. ok kalau cakap susah nak tinggal baby, saya nak tinggal baby untuk apa? saya bukan ibu yang bekerja. even ibu yang bekerja pun boleh full bf baby kenapa tak saya yang surirumah sepenuh masa ni? kalau cakap x malu nak bagi susu kat tempat awam, sekarang ni kebanyakan tempat ada sediakan tempat khas untuk menyusu baby. even takde tempat pun kite boleh beli nursing cover untuk menyusu kat public. susu kering? tu sebab kau malas bagi anak direct feed tu yang susu kau drop. idiot! kedekut? tolonglah, suami saya lebih dari mampu insyaAllah. 

sebagai ibu, saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya. jangan cakap 'macamlah kau tu dah empat puluh kali beranak.' orang sekarang lebih celik dari orang dulu okey. banyak sumber-sumber yang boleh kita cari. tak semestinya kita tak pernah ada anak kita tak tahu kan? kita kan generasi berilmu.huhu. lagipun kat internet macam-macam input yang kita perolehi right?

jadi korang, cekalkan hati dan jangan putus asa. banyak kebaikan susu ibu ni. anak pun cerdik. insyaAllah jadi anak yang soleh. berkat susu ibu. setiap kejadian Allah tu, ada kebaikan-kebaikan yang kita x nampak.


No comments:

Post a Comment