06/09/2012

Kelahiran yg terindah

Assalamualaikum ...

semoga malam ni saya berpeluang post entry yg panjang. hihi. gigih nak berblog even ada anak kecil. :)

ok, now hubby and baby dah tidur. saya pulak yg x boley tido. besenye, ( since ada adeeb ) saya pantang baring kompem belayar ntah kemana-mana. kadang2x time nyusu adeeb sambil baring, saya yg terlena dulu. hihi. malam ni x ngantuk pulak. may be laptop duk menggoda sangat kot. huhu.

ok,  cerita pasal pengalaman bersalin. :)

setelah 40 minggu hamil, saya masih belum sakit dan x keluar tanda2x untuk bersalin. disebabkan saya ni GDM diet control maka haruslah masuk hospital terus. huhu. pagi 17 june yg indah itu, ditemani mak saya ke hospital. macam bese la check jalan ( kena dgn doctor lelaki ) check degupan jantung baby, check itu ini dan bla..bla..bla.. saya admit. petang tu kat ward doctor pakar datang check and cakap esok pagi saya kena induce.so malam tu rehat la. sembang-sembang dengan wanita2x seangkatan denganku. huhu. dalam pukul 11 malam nurse masukkan ubt untuk buang air besar. hihi. nak cuci perut kot nanti beranak x la kuar mnde yg x sepatutnye itu. hihi.

kol 7.30 pagi 18 june. saya induce. masuk je ubt saya terus sakit. memulas2 like period pain tu. yg ampun. ..sakit yg teramat dan mula x senang duduk. nak jalan x boley pasal kena baring dalam tempoh 1 jam sebab nurse cakap takot ubat tu jatuh balik. ( dimasukkan kat bawah ) sambil tunggu sejam tu, perut diberkas. hihi..alaa..besela monitor jantung baby. huhu. ada kakak yg induce macam saya still x sakit. wahh..kebalnye dia kan? hihi..lepas sejam saya bawak berjalan sekitar ward. pi luar kat mak la. bangun x kena, duduk x kena, jalan x kena.. mak tanya sakit ke ? sakitla mak ooii..macam la mak x pernah beranak. hihi. mak x pernah kena beranak paksa. jawab ibuku dengan selamba. hahaha..dalam duk sakit tu sempat lagi ni mintak mak belikan mineral water yg sejuk okeh. nak jugak minum yg sejuk2x. dah nak terberanak pon. hihi. kol 12 waktu makan, makan dengan penuh selera walaupun sakit. haha.. teruk betul kan? eh, haruslah makan nanti xde tenaga nak meneran k. hihi. dalam kol 3 ptg contraction makin kerap. nurse panggil nak check jalan. ( selagi jalan belum terbukak 4cm selagi tu la x ley pi labour room. tahanla ko kat situ. ) hihi.. masuk bilik rawatan tengok2x ada doctor diyana. dalam hati memang gembira la sangat sebab doctor diyana pernah check jalan saya and dia buat soft je. huhu. kata doctor baru 3cm tapi doctor diyana cakap dia akan tolong buatkan jalan sikit...dia korek2 and cakap dah 4cm so sila la sediakan sepersalinan baju baby dan saya akan dihantar ke labour room.

kat labour room doctor najmi check jalan katanya dah 5cm. dia pecahkan air ketuban. haa...dan2x tu jugak saya nak teran. tapi doctor larang. katanya belum sampai masa. sebab anak sulung kena tunggu 10cm jalan terbuka. haiyo..lame lagi tu.. saya dah sakit sangat tahap nak mati dah. dah x larat nak tanggung sakit tu. ALLAH je yg tahu. dalam hati berdoa cepatla hari ini berlalu. kat labour room sementara nak tunggu 10cm agaknye berapa belas kali saya tekan button panggil nurse. cakap x tahan nak teran tp x boley. yg terkencing atas bed tu toksah cakap la. terlalu sakit sampai saya rasa dah mati agaknya saya kali ni. nurse cakap bacelah surah2x.saya gitaw nurse dah beratus kali saya baca ni, sampai nurse pon ketawa. hihi. saya penat tanggung sakit saya tanya doctor najmi boley x saya nak tido..terkejut doctor tu. sebab dalam sakit2x boley lagi nak tidur tu. haha. doctor cakap tidurlah dan saya request nak mengiring sebab kalo telentang memang saya akan teran baby sorang diri. huhu. doctor x bagi teran selagi x 10cm pasal takot koyak banyak and nanti kepala baby benjol sebab terlanggar pintu rahim yg x terbuka dgn sempurna. 

akhirnya pukul 9 mlm barulah cukup 10cm. korang bayangkan saya tanggung sakit dari 7.30 pagi. lebih 12 jam. x ingat apa dah ingat mati je. bukan nak takutkan korang tapi bagi saya beranak memang sakit sampai saya serik dah. untungnya bagi org yg sakit normal and x tanggung lama2x. yg jnis mudah. cemburu betul. tapi bahagian masing2x ALLAH dah tetapkan. saya bersalin ditemani 3 doctor, 3 misi. saya teran sehabis daya tp baby tetap xmo kuar. agaknya saya dah kehabisan tenaga. saya cakap kt diorang, x boleh dah. marah misi tu kat saya. dia cakap jgn sesekali cakap x boley. mesti boley. saya x menjerit ok. jgn korang menjerit time nak bersalin nanti. buat malu je. banyak ingat Allah. last misi tolong tolak perot saya baru baby keluar. ajaibnya, keluar je baby terus hilang semua sakit yg saya tanggung lebih 12 jam. Maha Suci Allah..besarnya kekuasaanNya.

tapi baby boy saya sakit. Allah bagi saya ujian. dengan hubby jauh, bersalin sorang diri, anak pulak sakit. adeeb berjuang nak hidup. serius cakap saya xkan lupakan detik2x melahirkan dia. setiap hari saya ingat. x pernah lupa sikit pon. anak saya terbelit tali pusat di leher, lemas dalam kandungan dan tertelan najis.  x menangis langsung. saya sangat takut. kesilapan doctor elisya, dia x scan masa saya datang nak admit.rasa nak je saman. huhu. kalau x mesti saya caesar terus. tapi apa yg Allah dah tetapkan adalah yg terbaik buat hambaNya. adeeb duk dalam incubator dari malam 18 june sampai 24 june hari dia discharge. sepanjang adeeb sakit naluri keibuan saya sangat teruji. airmata tak payah cakap la berapa banyak yg tumpah tengok zuriat kita bertarung nyawa nak hidup. sakit yg saya alami nak lahirkan dia rasa x seberapa bila tgk anak kita menderita. dengan wayar sana sini. jarum kat tangan dan kaki. hancur luluh hati saya. belum lagi dengan tiub masuk ke perut melalui mulut dia. adeeb x dapat bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. doctor puasakan dia pasal nak cuci sisa2x najis yg dia tertelan. sedih tgk dia x dapat menyusu. bila dah boley menyusu, doctor bagi ikut tiub dengan sukatan tertentu. pertama kali dapat direct nyusukan dia saya menangis. menangis sebab dia xmau lepaskan puting sebab terlalu lapar. kesian sangat. tapi doctor x bagi nyusu terlalu banyak pasal penafasan dia x stabil sepenuhnya. apapun Alhamdulillah, adeeb sihat. syukur pada Ilahi.

kelahiran adeeb buat keluarga saya lebih happy. ikatan kekeluargaan bertambah erat. maklumlah, adeeb cucu pertama dalam keluarga belah saya. abah dan mak saya bagi perhatian penuh kat adeeb. masa nak balik Labuan pon kesian kat diorang. hihi. xpe, ada masa adeeb balik sana tengok opah dan atuk ok. hihi.

ni ada beberapa gambar. silalah tengok :)


keadaan adeeb dalam incubator.


hari discharge.


kenangan mama masa ngandungkan adeeb 7 bulan. kat rumah mak angkat atuk kat melaka.


manja dengan abah :)


Semoga Adeeb Rafiqi menjadi anak yg soleh. doa mama dan abah semoga kamu sentiasa dilindungi Allah swt. mama dan abah sayang Adeeb lebih dari segalanya.

sekian.....

4 comments:

  1. Huh..terharulah pualk bila baca cite ni...

    ReplyDelete
  2. pape pun tahniah dari enot yer...

    ReplyDelete
  3. berkat susah payah mamanya.. adeeb membesar dengan sehat.. bambam.. hihi.. aminn... moga adeeb jadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  4. Enot - tq ya. hihi..

    mell - bambam berkat susu ibu. hihi

    ReplyDelete