02/10/2012

corat coret

berapa hari tak update ye? hurmmmm...sebagai blogger yang aktif berposting (cis, sangat mengada-ngada statment ni) this is not good. apakah? ok shut up. baiklah.

begini, (perlu ke taip 'begini'?) sekarang banyak sangat konflik yang berlaku pada saya. konflik apa, dengan siapa or how tak perlulah saya detailkan kat sini. macam tak kena and nanti nampak sangat saya ni jahat. so, saya buat harta karun jauh ke dalam dasar hati. saya nekad mahu kurangkan aktiviti berfesbuk. mampukah? ok, tak apa saya online everyday, everytime tapi just online without update any status, post link or what. may be just like comment, posting kawan-kawan. boleh kut.

perasaan nak balik kampung sangat kuat menggayuti hatiku sekarang. ntah kenapa ya? mungkin sebab kasihankan Adeeb yang selalu kesepian. tercari-cari orang. sangat tak bagus untuk pertumbuhan pembesaran Adeeb kalau asyik terkurung dalam bilik. saya rasa macam tak sihat la persekitaran macam tu untuk baby saya. macam tertutup minda dia. dan minda mama juga. bukan tak bawa Adeeb ambil angin kat luar tapi situasinya sama sahaja. takde sesiapa. hanya kami dua beranak. oh Tuhan, bosannya kehidupan macam ni. sampai bila harusku bertahan?

memang saya ada plan nak balik Kemaman. may be balik dalam sebulan. tenangkan fikiran, gembirakan diri sendiri, bawa Adeeb jumpe opah, atuk and his untie and uncle. ikatan kekeluargaan saya, (saya maksudkan keluarga saya. SAYA.) sangat kuat. kemesraan kami adik beradik, dengan mak abah sangat erat. jadi saya rasa pelik kalau ada sesetengah orang yang tak rapat dengan saudara sendiri. bagaimana mereka jalani hidup selama ni agaknya ya?

saya rindukan keluarga saya di kampung. T_T


i miss them :(


ayadi, mimie, leya and ari :)


ok bai !


No comments:

Post a Comment