28/05/2013

travel with adeeb

sebenarnya saya baru balik dari kota kinabalu selepas beberapa hari kat sana. alang alang cousin husband kahwin kami sempat la sambung cuti. and saya pergi dengan mertua. husband tak ikut. penat memang penat bawak anak kkecil berjalan tapi tak kan nak tinggalkan pulak. kalau ikutkan memang dah rancang lama tapi bila dekat tarikh nak pergi saya nyaris nak cancel ikut tapi tak berani nak cakap kat mertua sebab takut kena marah. hihi. kami menginap di homestay condo universiti di menggatal. memang selesalah kondo tu. da wifi, aircond, complete kitchen, swimming pool dan macam macam lah. not bad lah tinggal situ.

day 1, 23/05/2013.
kami naik feri dari labuan jam 8.30 am. sesak lah jugak memandangkan dah cuti sekolah. dari labuan menuju ke menumbuk lebih kurang dua jam.ni kali ketiga kot saya naik feri. pening kepala tengok laut. lagi la penat mengejar si adeeb bertawaf satu feri. jalan sana jalan sini maklumlah baru dapat kaki. berdukung dan berpangku taknak dia  sekarang. asyik nak berjalan je. tiba di menumbuk dalam pukul sepuluh lebih kami terus menuju ke kota kinabalu. my father in law yang driving. kami bertiga je. ops! empatlah termasuk adeeb. singgah di papar for lunch. tapi adeeb tidur so saya tunggu dalam kereta. sampai ke kk menuju ke menggatal jalan jem ditambah dengan hujan yang maha lebat. jdi kami sampai di homestay jam dua lebih. check in je terus masing masing mandi, solat dan berehàt. lepas maghrib kami berjalan jalan ke one borneo. memang besar la shopping complex ni sampai kami tersesat cari kereta parking kat mana. haha. nasib da bawak stroller kalo tak penat nak dukung adeeb.

day 2, 24/05/2013.
after breakfast kami menuju ke putatan. nak pergi rumah uchu dimana tempat kami sepatutnya berkumpul untuk sama sama bergerak ke masjid untuk acara akad nikah. lama lah jugak kami berkumpul kat situ memandangkan ada doa selamat dan jamuan kecil untuk familli. the best thing is i got something from uchu.actually uchu baru balik dari vacation kat london. so she give me one tshirt of course from london. one for me one for sister in law. thanks a lot uchu. oh ya, uchu tu mak saudara husband yang bongsu. orangnya sangat baik. anak anak dia semua bijak. yang lelaki bakal ke ireland kot. nak ambil medic. lepas jamuan kami berkonvoi ke masjid teluk likas. alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri. malam tu kami sekali lagi pergi ke one borneo and dinner kat pizza hut. sebenarnya say kurang sikit dengan makanan maacam ni. bagi saya tak kenyang and i still want nasi.may be orang kampung sangat kot saya ni. jadi tekak pun tekak melayu yang pandai telan budu belacan je. kalau tak kerana masuk dalam keluarga husband ni agaknya sampai mati kot x kenal pizza.haha. very the very orang kampung kann??

day 3, 25/05/2013.
dalam pukul sepuluh pagi kami ke wisma muis. sebab majlis persandingan diorang tempah kat dewan wisma ni. memang banyak protokol kan kahwin kat dewan. bagi saya kenduri kaat kampung lagi meriah. bagi saya lah. maybe bagi orang lain tak.si adeeb tak payah cakaplah. mana reti duduk diam. nak panjat stage lah, tolak kerusilah dan ada je kerenah dia yang menguji kesabaran mama. redha je lah dapat anak aktif terlampau. haha.nasib ada fil yang sudi tolong tengok tengokkan adeeb sama. kalau tak pengsan jugak mama sorang sorang. pelamin dia simple je tapi cantik. tema biru putih.kami pihak laki semua berbaju coklat.

day 4, 26/05/2013.
kalau ikutkan hampir semua yang bertolak balik hari ini. tapi kami belum sebab fil memang nak sambung cuti. kami sempat pergi ke tamu mingguan kota belud. memang besar la paar minggu dia tapi kebersihan tak tahu nak letak kelas ke berapa. sebab agak kotorlah. saya letak adeeb dalam stroller memandangkan dia tidur. dan saya sangat setuju yg stroller memang tak sesuai langsung kita bwak ke pasar minggu or tempat tempat like this. sebab orang ramai dan saya persa saya sorang je yg tolak baby dengan stroller.hihi. balik dari kota bvelud kami singgah tengok rumah terbalik kejap dekat tuaran kot. tapi kami x masuk just tengok dari luar je.

day 5, 27/05/2013.
last day. pagi pagi dah check out. tapi singgah jap kat kk sebab fil ada urusan kat cidb. lepas fil siapkann urusan dia kami singgah lunch dekat kimanis dan terus ke beufort. saja singgah beli buah. lepas berhenti solat dekat masjid kami terus ke menumbuk dan ambik feri balik labuan.

sebenarnya ni kali ketiga saya bercuti ke sabah. first masa anakdara dulu. masa kerja kat pejabat adun chukai. rindunya kehidupan zaman anak dara. huhu. second masa pregnant si adeeb kami bercuti kat kundasang then third baru ni dengan adeeb. antara ketiga tiga mestilah enjoy masa zaman solo dulu kan. hehe. tapi yang lain pun not bad lah jugak. tapi bila ada anak kecil memanglah penat. hihihi. apapun masih lagi undercontrol. haha. gamabr memanglah tak ada sebab saya tak ada camera. handphone pun handphone biasa yang tade camera. hihi. tab x bawak sebab husband x kasi bawak. so memang takde lah gambar. apapun kenangan telah terlukis di ingatan. cewahh..ayat jiwang karat penutup entri.

4 comments:

  1. syokla dia bercuti... kami maybe sabtu ni bercuti.. xkemana pun.. balik kg ajer.. hehe.. asal abah adeeb xikutnya tu.. bz eh?

    pelik lak nama tempat kat sana.. dah menggatal, menumbuk lak.. memang kena sangat.. hahaha..

    sayang xde gambo.. kalu tak leh snap keletah abam adeeb buat tatapan umi syukrii.. kikiki

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Haha..mmg la.pelik pelik nama tmpat kat sana.. membakut la, mempakul la..macam macam. Gmbo xde..hphone cp hayam. Abh adeeb beselah mana mau travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah adeeb tak sputin la.. abah syukrii beria2 je kunon bg kami anak beranak blik sendiri.. tp xde maknanya..

      Delete