13/04/2012

waiting for 20 April 2012

Assalamualaikum...

ok, untuk kali ke empat ratus lapan puluh tiga kali saya dengan riaknya nak bagitaw lagi yang saya ada lebih kurang seminggu je lagi untuk balik kemaman. hikhikhik. Dengan itu banyaklah jugak hal-hal yg saya nak kena setelkan before fly to Kuala Lumpur. oh ye, sebelum terlupa, AirAsia dengan dukacitanya telah menghantar mesej untuk inform yg flight saya diawalkan lima belas minit. thanks a lot ye AirAsia. hahahaha.

Sebelum balik saya mesti buat :

1. last checkup kat klinik desa sini 17 April nanti. mesti amik segala rekod kesihatan saya sepanjang preggy untuk klinik sana refer nanti.

2. kena kemas almari baik-baik. letak baju encik suami kat tempat yg dia senang nak cari dan nak ambil. paham jelah orang laki ni. main tarik je. mane yg rasa x jadi pakai disumbat-sumbat tanpa lipat balik. geram kadang-kadang. hehehe. may be suami ingat kalau dia x buat macam tu saya ni tade kije pulak nak buat kan? hahaha.

3. tukar dan cuci cadar, sarung bantal dan selimut. selimut simpan satu. nanti cadar ganti pakai yg kaler gelap sikit sebab kalo pakai yg kaler cerah alamat saya balik sini nanti xtaw la rupe cadar macam mane.

4. hantar novel-novel Makcik Munah. ( ibu saudara suami yg sangat baik hati ) 

5. Kemas barang-barang yg saya xnak pakai elok-elok sebab kalo dibiarkan takot suami buat x peduli habis berhabuk barang-barang saya.

6. bersihkan kipas, siling, lampu dan dinding kat bilik. kalo x berdebu suami bukan nak bersihkan kalo x di suruh. bilik ni cepat betul berhabuk. x suke sangat!

7. balik dari klinik desa 17 April mesti ke Klinik Wilayah untuk amik surat doctor sebab nak naik flight. Klinik tu klinik panel untuk Mas and AirAsia kat labuan ni kot.

8. ajar suami guna washing mechine. hihi. sebelum kawen, suami cuci sendiri kain baju dia. cuci tangan pakai berus ok. kesian dia. nanti ajar dia guna mechine senang sikit kije dia. tp mak mentua dah pesan suruh bagitaw suami letak je bakul baju kotor kat luar pintu bilik biar dia tolong cucikan. tp segan pulak saya. xpelah, ajar jelah suami nanti. hihihi.

9. kalo ada rezeki lebih dan suami ada masa nak ajak dia pi bandar cari gift untuk famili kat kampung. tapi ntah dia ada masa ke x sebab busy kije sangat. asyik ot je. huhuhu.

tu jelah kot. saya pon x taw dah ape lagi. hahaha. kalo ingat saya update okeh! 

tata!

3 comments:

  1. a'ah. hikhik. almari dah siap kemas dh. setel satu kije. nasib la ai ni suri rumah gitu

    ReplyDelete
  2. tau tape kan... adeh... mell tggal en.pokok 3 ari dulu pun... balik cam tongkang pecah rumah.. haha.. harap2 en.peret pandai jg diri.. hahak!

    ReplyDelete