07/05/2013

entry rojak

Assalamualaikum...

adeeb tidur dengan lena dapatlah mama luang masa untuk tulis blog sekejap. lama kan saya menyepi. bukan apa laptopnsudah binaa. hihihi. binasa ikut cakap orang sini yang bermaksud rosak. handphone juga rosak. ni pinjam husband punya tablet. huhu.

kalau ikutkan banyak yang nak diceritakan. tapi since tablet ni kan gadjet touch touch bagai saya jadi malas. sebab saya memang x reti nak guna menda menda canggih ni. maklumlah orang kampung. tak pandai saya nak pakai. 

oklah, perkembangan anak. adeeb setakat ni dah melangkah. saya risau jugak pada mulanya takut fia lambat dapat kaki. almaklumlah, ramai orang cakap anak saya mesti lambat dapat jalan sebab anak saya besar, obesitilah, itulah inilah. sebagai ibbu sedihlah jugak. tapi saya diamkan sajalah. but thank you ALLAH. saya rasa adeb membesar terlalu pantas. sampai kadang kadang saya risau takut nanti kami dah takde bonding. hihi. giginya saja dah lapan batang. bab mengigit x payah cakaplah kan.  redha saja mama. sobs. apapun, syukur dia sihat.

mama sekarang jenuh ganti puasa. maklumlah, dah rejab kita ni. lepas syaaban tup tup ramadhan. setakat ni ada berbaki laggi dua hari. dugaan betul bila kita ganti puasa dalam masa yang dalam masa yang sama kita breast feeding anak. dengan susu dropnya, badan pun menggigil tahan lapar. nak layan  kerenah si kecil yang makin lasak lahi. aduiiii... bukan senang nnak jadi ibu ni. memang patut sangat syurga di bawah tapak kaki ibu. ok lia, sila insaf.

apa? balik kampung? hehe. tiap tiap hari ingat nak balik kampung. setiap kali ada flight berlepas ( rumah mertua dekat airport okeh ) mesti dalam hati tetanya tanya bilalah flightvaku yang seterusya. kihkihkih. trruk betul homesick x habis habis. kahkahkah.

sekarang ni masa dah terisi sikit sebab tuisyen untuk budak budak dah start. tapi kali ni mengajar waktu malam. minggu depan pulak dah nak kena ajar mengaji pulak macam dulu.  sebab ada anak cousin husband nak khatam cepat. diorang biasa ngaji dengan biras waktu malam. tapi sekarang biras selalu busy banyak meeting jdi aunty husband mintak saya saya ajar cucu mereka waktu pagi weekend. nak cepat khatam. lagi pula bulan depan biras nak buat majlis khtam quran untuk anak murid dia. sambil tu saya dan ipar bercadang nak buatvdoa selamat sekali untuk adeeb dan raihan. bulan depan dah setahun. kejap je masa berlalu.

oklh, cukuplah untuk kali ni. lenguh sudah. hihi. lain kali daya update lagi. nama entry rojak pasal cerita bercampur campur. hahaha. and sorry sebab banyak yang typo. malas nak betulkan. ok bai!

4 comments:

  1. dapat upah berapa dear ajar tusyen.. okla tu terisi sikit masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleyla. Ada yg byo rm50, ada yg byo rm100.

      Delete
    2. bnyak gak tu.. bpe org ajar2.. kalu 6 org dah rm600.. untung2.. hehehe.. nak ajar tusyen gak la.. tapi.. xde bakat nak mengajar..hahaha

      Delete
  2. Haha..mg xde bakat jugak. Lg seronok ajar ngaji quran I think.

    ReplyDelete