13/04/2012

Dia yg bernama SUAMI

Assalamualaikum...

Hari ni dua kali saya post. ni entry yg kedua. hahaha. mood sikit punya baik ni. hehehe.

surat buat suami tercinta.
 
dear my lovely hubby, 

mumy sayang dady. sayang sangat. bila ingat macam-macam dugaan yg kita lalui sebelum kawen rase macam x percaya yg hari kita dah selamat berumah tangga hampir 7 bulan. tapi betul kata orang, cinta itu buta, tapi perkahwinan mencelikkan segalanya. bila dah bergelar suami isteri, tidur sebantal, makan sepinggan kite lebih mengenali diri masing-masing. walaupon masih banyak perkara tentang diri kita yg kita masih lagi dalam proses mempelajari dan memahami antara satu sama lain. 

kadang-kadang mumy tertanya, kenapa dady macam tu, kenapa x macam ni. dady pon salu suruh mumy macam ni, jangan macam tu. hehe. kadang-kadang kite selisih faham hal-hal yg simple. tp kita cepat sedar kan? yang kita memang different person. yg saling melengkapi kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. 

mumy nak ucap terima kaseh banyak-banyak sebab jadi suami mumy. terima segala kekurangan yg ada pada diri mumy. mumy yg x macam orang lain. :( mumy yg tersangat-sangat kerdil nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain yg pernah hadir dalam hidup dady. tapi dady tetap pilih mumy. tetap amik mumy. tetap berpegang teguh pada janji-janji kita. tetap memaafkan segala kesilapan mumy, keterlajuran mumy. mumy yg pernah melukakan hati dady dengan teruk. mumy yg membuatkan dady terus fly dari Labuan ke Kemaman semata-mata nak buktikan dady betul-betul sayang mumy. oh Tuhan, berdosanya mumy ketika itu. 

terima kaseh sebab hulurkan jari-jari dady ketika mumy pening-pening...hulurkan tangan ketika mumy mual-mual. berikan tangan dady ketika kaki mumy lenguh-lenguh. x hiraukan penat seharian berkerja sebab nak bagi mumy selesa di awal kehamilan. kesian dady. tapi dady x pernah merungut bila mumy merengek-rengek mintak picit sana sini. sabar je layan kerenah mumy yg manja ni. yg sudi hulurkan bahu setiap kali mumy menangis nak balik kampung. yg hampir setiap malam tidur di lantai beralaskan tikar semata-mata nak bagi mumy tidur dengan selesa. thanks dady. mumy love you so much. 

berat hati nak tinggalkan dady kat sini lame-lame. macam-macam mumy pikir..makan pakai dady. kalo dady penat sape nak tolong picitkan. kalo dady demam sape nak jaga. kalo dady nak mkn nak minum sape nak sediakan. sape nak kejutkan dady pagi-pagi untuk bangun gi kije. sape nak siapkan bekal dady. sape nak cuci lipat baju dady. kesian dady. terima kaseh sebab izinkan mumy balik Kemaman untuk lahirkan anak kita kat sana.

mumy ingat satu ayat yg berbunyi lebih kurang macam ni 'suami isteri yg hidup berbahagia di dunia insyaallah Allah akan pertemukan mereka di akhirat.' semoga kita akan menjadi salah satu dari pasangan itu. mumy nak jadi isteri dady dunia akhirat. mumy sayang dady. tolong doakan mumy selamat lahirkan zuriat kita. semoga anak kita menjadi kekuatan dan pengikat kasih sayang kita suami isteri. ampunkan segala dosa-dosa mumy dan redhailah mumy sbg isteri dady sepanjang hidup kita berdua. semoga Allah sentiasa memelihara rumah tangga kita di dunia akhirat. Amin.

mumy and baby love dady so much. please take care of urself and we both waiting for you at Kemaman. 

lots of love,
mumy and baby 
(^_~)

p/s : dah lame saye simpan entry ni sebenarnya. :)
saya sangat sayangkan suami saya.

gambar ni sehari selepas kami bergelar suami isteri.


3 comments:

  1. law en.peret bace nie... compem sedu sedan... muehehe... moge semue selamat.... xsabau nak tgok bby... t bg mell tgok gmbr bby tau.. mell sorg je...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mane la taw kot satu hari nt dia tejumpe blog ai nih. hihihi. t ratna send pix baby kay mell k. hikhik. tp mne la taw kot bapak dia xcited n post kt fb nt.

    ReplyDelete
  3. hehe... tau tape... compem die letak tue... hahak...

    ReplyDelete