26/06/2013

miskin harta tapi kaya kasih sayang

ibu bapa saya bukanlah golongan berharta. like duit berkepuk kepuk kat bank. kami dulu jalani hidup seadanya. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. tapi kehidupan begitulah yg menjadikan kami adik beradik kenal erti hidup. 

abah cuma seorang nelayan. bukan nelayan yg tak ada pelajaran. abah saya melanjutkan pelajaran di institut pertannian besut dalam course perladangan. abah saya seorang yg pandai. fasih berbahasa inggeris. tamat pelajarannya di institut itu dia ditawarkan menyambung pengajian ke sebuah institut di indonesia kalau tak silap saya. tapi pemikiran orang dahulu. datuk nenek saya bagi keputusan muktamad yg jangan pergi. tak ada duit! tipikal orang melayu dulu dulu. sekadar cukup makan sudah. langsung tak fikirkan masa depan anak. then, mengikut cerita pakcik saya hal itu membuatkan abah saya merajuk dan nekad mengabdikan diri sebagai anak laut. sadisnya.

lalu dia bertemu jodoh dengan gadis sekampung iaitu adik kepada kawan baiknya sendiri yakni mak saya. berkahwinlah mereka dan lahirlah kami adik beradik. memang kami tak pernah nak bermewah mewah sangat. ekoran dari kehidupan yg susah mak saya sedaya upaya membantu meringankan bebanan abah. mak mula membuat kuih dan dihantar ke kedai kedai. ada juga orang yang datang beli direct kat rumah. bernafaslah sikit abah selepas tu. dan ditakdirkan Allah sepupu abah mencadangkan abah mengajar anak anak kampung tuisyen di malam hari. tapi org kg bukanlah kaya raya. yuran sepuluh ringgit sebulan pun ada yg tak mampu bayar. tapi abah saya ikhlas ajar. tak berkira sangat. dah tak mampu nak buat macam mana. at least dia orang ada kesedaran nak bagi anak belajar. last jawatankuasa kampung berpakat berikan abah elaun bulanan. taklah banyak tapi syukur alhamdulillah.

saya sangat rapat dengan adik adik saya. kami tak pernah bergaduh sampai berhari hari tak bercakap. tak pernah. setakat gduh adik beradik biasa je. abah cukup pantang kalau berkira dengan adik beradik. dulu saya selalu rasa mak pilih kasih. tapi bila dah berjauhan dengan dia baru saya faham. mak tak pilih kasih. sebaliknya saya rasa sayalah anak yang paling menyusahkan hati ibu bapa. ye, saya menitis air mata ketika ini. saya rapat dengan keluarga saya. tqmbah ada adeeb kami jadi bertambah rapat. besar kasih sayang kami. memanglah tak pernah cakap sayang sayang. cukuplah zahirkan melalui perbuatan. tak pernah kami umpat mengumpat antara satu sama lain. bila saya alam kesusahan cepat je dia orang bantu dan tak pernah minta dibalas. 

abah saya tak banyak duit tapi banyak kasih sayang. ibu bapa saya tak ada kereta, tak ada rumah besar, tak ada dua tiga akaun bank. tapi kami tak kisah. kami jalani hidup seadanya. biar  serba kekurangan asal ada kasih sayang antara kami. tak pernah terjadi konflik pulau memulau atau buat hal masing masing atau sindir menyindir or kata mengata di facebook. semoga hidup serba sederhàna ini berkekalan. buat apa kaya raya tapi miskin kasih sayang.

No comments:

Post a Comment