28/06/2013

mereka ini...

hari ni tak tahu nak update apa. pagi pagi online facebook pergi page adik. belek belek gambar, baca status update dia orang. tetiba rasa nak cerita tentang mereka kat blog ni. bila berjauhan serius rasa rindu sangat dengan dia orang. tak sabar nak jumpa minggu depan. *senyum lebar*

famili saya seimbang. tiga lelaki tiga perempuan. *including mak  dan abah* tapi lepas kahwin dan adeeb lahir kami dimonopoli oleh kaum adam. hihi. adik perempuan saya pada personal pendapat saya sangat sangat struggle. dia sejak umur tiga belas tahun merantau. sampai sekarang. tak dinafikan dalam adik beradik dia paling pandai.upsr dapat 5A, pmr pun straight A. result spm jangan cakaplah. nangis kalau nak banding dengan result iols. heh. jadi dari form one sampai form five dia duduk asrama. study kat mrsm. lepas spm dapat matriks. tapi ditolaknya sebab nak masuk universiti terus. dapat tawaran ke maktab pun dia tolak. kadang kadang saya terfikir kenapalah saya tak duduk asrama jugak dulu? kalau tak mesti struggle jugak. hehe. saya tengok banyak perkara positif yang dia lalui sebab berjauhan dengan famili. buktinya, mana ada dia menyusahkan mak dan abah. habis study je terus kerja menunggu. study kat u pun hukm yang taja. tak payah pikir camne nak bayar hutang ptptn. tsk. mampu kumpul harta sendiri. al quran tu pun dah sebelas kali khatam. saya? separuh jumlah dia pun tak sampai. malunya. padahal saya kakak. tak tunjuk contoh yang baik langsung kenn...

antara adeeb rafiqi, arizairin haiqal dan hadzerin ayadi. i vote for ayadi which is antara mereka bertiga yg paling senang nak jaga masa kecil. even masa tu saya merungut rungut dan selalu tension sebab nak pergi main mesti kena bawak adik.tapi lepas melalui pengalaman jaga ari dan adeeb i honestly admit yg ayadi paling senang. kalau letak dalam stroller tak pernah bangun or try nak turun. compare dengan adeeb yang memang kena pasang tali pinggang siap siap. duduk dalam rumah bagi mainan sebakul dia akan main sendiri dengan asyiknya. kita just tension at that time sebab always kena jadi tukang kemas. kalau tengok tv dia akan leka tengok sampai habis so senang kita nak buat kerja rumah.cuma tension sebab tak boleh nak tumpang tengok sebab asyik channel kartun dua puluh empat jam.

ari pulak even hyperactive senang sikit dari adeeb. tapi nak banding dengan abang,baik lagi abang masa kecik. zaman ari kami mula terpaksa menerima hakikat dinding rumah menjadi lukisan. menjadi papan pameran lukisan. T__T. tapi ari tak adalah memanjat sana sini macam adeeb. ari tak minat mainan sangat nak banding dengan ayadi unntil now still beli gundam. ari ok sikit lah kalau bab tu. ari tak minat sangat tengok tv. dia sukakan hanphone, tab and laptop. maybe generasi kanak kanak sekarang memang macam tu agaknya. lagi satu ari mudah mesra. even orang baru kenal sebab dia jenis suka berkawan.tak macam ayadi yang tak suka dengan orang luar masa dia kecil dulu. ari ni jenis peramah kut. kawan kawan abah semua dia kenal. sebab dia memang anak abah  sangat. like me. hihi. antara adik beradik ari paling bertuah sebab lahir bukan zaman hidup susah sangat. dia membesar pun dalam suasana kakak kakak dah kerja.dah boleh bagi apa yang dia nak on time. dapat rasa pakai baju mahal, pakai handphone padahal umur baru lapan tahun. tsk. bertuah budak budak sekarang.

doa saya, semoga hidup mereka sentiasa dalam lindungan Allah. sebagai  kakak saya sangat sayng pada mereka. adeeb pun sayang umi, pak alang dan pak uchu. :)


2 comments:

  1. antara anak2 buah kite n syukrii.. takat ni syukrii plg senang jage.. huhuhu.. alhamdulillah.. tp xtau la dah makin besar nanti.. hihihi..

    lawa benau background gambau tu.. hahaha

    p/s: facebook still meragam.. ggrr..

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah..last ramadhan taun lps. Kt supermarket cri barang basah

    ReplyDelete