26/06/2013

sentap

yes...tajuk entri hari ni dalah sentap. jum bincangkan.

saya akui saya mudah tersentap dengan something. lagi lagilah kalau dengan sesuatu yang saya tak boleh nak terima dengan akal. dan jenis saya kalau dah datang angin sentap 
saya ni memang payah nak dengar suara saya lagi. dulu belum kahwin kawan kawan selalu cakap saya ni kuat membebel. cerewet. mulut pot pet pot pet membebel. haha. tapi dengan husband saya bukan jenis kuat membebel. kalau ada apa yg tak kena saya akan diam. jadi husband mungkin dah faham yg diam saya itu menandakan saya sedang marah. tapi bukanlah saya nak cerita pasal sentap dengan suami. 

adalah seorang hamba Allah ni. kadang kadang saya sentap dengan dia. tapi memandangkan kita ni orang luar lagi menumpang kat kampung orang pandai pandailah saya bawak diri. adeeb masih lagi kecil. baru setahun. apalah yang anak sekecil ini faham. budak budak biasalah setakat baru pandai pandai menegur. just like aaaa..baaa...mamama... kan? susah sangat ke nak tunjuk muka senyum dengan budak besar kuman?  taknak layan pun takpe. cuit sikit pun jadilah. bukan buat budak tu terkebil kebil tengok kau berlalu macam angin. sedih tengok budak yg tak berdosa di layan macam tu. kalau dengan anak anak orang lain pun dia macam tu maybe i dont mind. tapi dengan anak orang lain boleh di  dukung, di cium...tapi dengan anak kita? dari dulu saya perasan. tapi takpe. kita perhatikan sajalah. kita tak boleh paksa orang supaya suka kita. kalau dah orang nak benci kita tanpa sebab bencilah. sikit pun saya tak hairan. takpe, adeeb. tak lama lagi dah.

kadang kadang saya tertanya tanya kenapa akal saya selalu larang mulut saya mengata orang lain? kenapa akal saya selalu melarang saya tulis atau balas sindiran orang lain di facebook? kenapa hanya saya yang kena jaga hati orang lain sedangkan orang kalau nak mengata kita ikut sedap mulut dan jari mereka je nak taip apa. kenapa? kenapa? saya benci dengan kelemahan saya ini. saya benci sangat dengan sikap saya yg suka sangat nak jaga
banyak hati. ini bukan kelebihan. ini kelemahan. satu je saya nak pesan, kita ni jangan nak benci sangat dekat orang sebab orang pun belum tentu suka kita. kita ni nak tulis apa apa jangan ikut sesedap hati je. orang ni diam diam bukan apa. dalam hati kut dia doa kat Allah keburukan untuk kita. jangan melampau sangat memandang rendah kat orang. ingat sikit. bumi ni bulat. hidup ni macam roda. esok esok kut sampai giliran ke bawah orang tepuk tangan tanda puas hati dan seronok ketawakan kita.

2 comments:

  1. sapa orang tu dear? kalu ngan yg ehem2 tu.. da baik kn?.. huhuhu.. ke org kg? hehehehe

    ReplyDelete